Tuesday, 22 January 2013

Bingka Nestum



ni lagi satu misi menghabiskan nestum

punya la banyak nestum aku beli. hilang akai agaknya aku masa tu
mungkin masa tu aku kena sawan nestum





sumber : kak yatiememories

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan susu segar
5 biji telur gred B
3/4 cawan gula pasir (aku rasa manis sangat, nanti nk kurangkan)
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar butter - dicairkan


semua bahan kat atas ni diblend

masukkan 1 /12 cawan nestum dan gaul sebati dengan whisk @ senduk kayu. masukkan 1 sudu teh butter

masukkan 1 sudu besar butter dan panaskan atas api kecil

tuangkan adunan dalam loyang, tabur nestum di atasnya

masak selama 50 - 60 minit. untuk dapatkan permukaan yang garing, untuk 5-10 minit terakhir gunakan api grill hingga perang permukaannya





dah selamat berpindah lokasi ... dalam perut den

Sunday, 20 January 2013

Asam Pedas Kelapa Ikan Salmon



yu hu.... labah-labah datang menerpa dalam mimpi indah semalam
tanya kot-kot dia boleh sewa blog aku 

amboi ko labah-labah, lawak ganas dan kurang ajar nampaknya

baru je dua tiga hari tak update ko dah mampu nak menghina
sentap mak dengan ko wahai labah-labah
laser yek,,, belajar kat mana ni?

pegi intai tajuk tu... asam pedas kelapa ikan salmon
buntu mana nak cari kelapa ikan salmon?

hehehehh .. tpyo error la darling
konon taip pantas macam juru trengkas, ujung-ujung salah berlambak

kepala ikan salmon, beli kat jusco. orang kata kepala ikan salmon sedap buat asam pedas
jom kita jangan percaya membuta tuli, try dulu baru tau sedap ke tak





watak utama adalah 1 kepala ikan salmon - potong 4
kalau nak nampak banyak, boleh potong 24

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 biji buah keras
3/4 cawan cili kisar
1 cawan perahan air asam jawa
1/2 ikat daun kesum


blend halus bawang merah, bawang putih, belacan, dan buah keras

tumis bahan kisar dan cili sampai naik bau dan garing. bila dah menepati citarasa, masukkan air asam jawa. kacau sebati, biar sampai mendidih. 

masukkan ikan dan daun kesum. kacau sebati. masukkan garam dan perasa.
jangan masak terlalu lama, nanti ikan jadi keras.





tunggu komen dari tukang makan dan pengomen tegar yakni en suami yang pergi kerja kejap tapi tak balik-balik lagi sampai sekarang. 

pegi mancing la tuuuuuuuuuuu
jangan nak membongak





pendapat aku????..
entah la, aku bukan penggemar ikan tegar
ada aku makan, tak de aku diam


Wednesday, 16 January 2013

Terus terang sangat



Ada orang kata muka aku macam angelina jolie

Teruk sungguh,,,, berterus terang sangat


Cover cover la sikit walaupun itu adalah kebenaran

Tapi ,,,,,,
bila aku terpandang cermin tepat jam 6.00 pagi tadi
he eh la,,,,, memang nyata keangelina jolieannya


Ok la, ok la,,,, aku accept kenyataan tuh



Nak muntah?.... jeles le tuh

Kedengkian sungguh korang kan? Tak ble langsung aku nak berterus terang

Tuesday, 15 January 2013

Rawatan Alternatif



bila usia dah meningkat ni (walaupun ramai yang tak caya usia aku meningkat), badan selalu jugak meragam. dulu masa sekolah kali memang selalu lenguh-lenguh, sekarang ni memang tetiap hari lenguh. kejap-kejap lutut lenguh, kejap kang tapak kaki tak selesa, kang ibu jari rasa nak tercabut


kenapa ek?... 
mak aku kata memang keturunan kitorang
sekarang along n iwan pun selalu lenguh kaki

google punya google rawatan alternatif untuk lenguh, keluar plak mende alah ni
selipar untuk refleksilogi

bernas sungguh idea korang kan?
kalau ku try, mau terkikis urat kentut aku

sungguh la nonsonse la idea tu







Sunday, 13 January 2013

Dara Terpingit



pada yang berkenan, sila la kumpul duit dari sekarang

bayar booking dulu kerna mereka adalah antara yang terhangat di pasaran

harga pun amat la boleh tahan... gadis kampung, bertudung litup dan pandai masak, tak pandai jadi ahli mesyuarat tingkap





Friday, 11 January 2013

Bila wartawan bersiaran ,,,, kes dera



aku la wartawan tu,,,, heheheh, tukar profession sikit



pagi tadi, on the way nak pegi kerja.., macam biasa mesti le dengar radio. biasanya 7.30 pagi kat sinar fm dan dua tiga siaran radio yang aku selalu bukak, ada la berita ringkas
 

hamboi ,,,
hari ni je ada dua berita budak kena dera, sorang dengan boipren mak dia, umur 2 tahun dan sorang lagi 18 bulan kena dera dengan bapak sendiri


mmmmmmm
nyaman  betul korang, yek.
sedap-sedap je nak cucuh orang dengan puntung rokok, dengan kayu api. meh sini tadah ponggong kau, aku cucuh sikit. tengok ada rasa sakit tak????  kalau menjerit, aku cucuh cucuh lagi
 
buat boipren mak tu, aku tak tau nak cakap apa. mak tu dah tak boleh guna mata ke?.. tak perasan ke badan anak tu dah berbirat kena tali pinggang?.  lagipun apa hak dia sedap sedap ais krim je nk ngajar anak orang sampai macam tu sekali.
hello .... budak tu kecik lagi tau... ekau tu yang dah besar pun bengap tak dapat ilmu, lagi nak salahkan budak kecil


yang bapak tu pulak, keldai ke apa?
memang  korang kawin dan anak tu keluar untuk korang dera ke?..
manyak jelita muka korang yek


cuba la korang bangun dari tido tu dan pikir, apa sendiri rasa kalau ada orang datang kepakkan tangan korang,,, kangkang-kangkangkan peha korang yg gemok pendek tu.
heaven tak rasa?...lazat macam chocolate cadbury tak?



aku tak sanggup nak tengok ataupun upload gambar mangsa dera,,,
berkecai la hati mak jemah


kat dunia bole la korang gelak gelak kat kedai kopi bila dah dera budak budak tu. dah mati nanti sendiri mau rasa yek


dulu aku ada cerita yg adik aku kerja kat rumah kebajikan tu ....
hari tu dia call aku semata-mata nak story pasal adik beradik 6 orang baru masuk. dalam lingkungan 1 bulan hingga 11 tahun. mak pak nampak hebat, hantar budak2 tu naik wish. sampai hati diorang sendiri hantar anak anak kat rumah kebajikan?... anak-anak yang dah tau erti kasih sayang bukan main nangis

iye la, sapa tak nangis bila jadi pada diri sendiri, terpaksa jauh dari mak pak dan tinggal dengan orang lain.

diri kecil pulak tu. bapak dia pun bukan main nangis, peluk anak-anak tapi pelik bila mak langsung macam tak de perasaan. korek punya korek, selidik ngalahkan fbi dan csi, rupanya budak-budak tu mangsa dera bapak diorang. berlakon je lebih
konon sedih giler. giler betul.
tapi kesian kat budak-budak tu la


uwaaaaaaaa... mak jemah sedih, nak nangis celah pokok bunga orkid


Thursday, 10 January 2013

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus



Ustaz glemer, ramai yang suka cara dia berdakwah. Zaman sekarang ramai budak yang suka cara macam ni, tak de le mengantuk bila dengar ceramah. Lagipun, bila kita suka senang nak masuk kepala dan jadi ikutan

Aku pun suka dengar ceramah dia, semoga ilmu dan mesej yang nak disampaikan ustaz melekat teguh dalam kepala, terus dijadikan amalan seharian


Jom kita tengok antara soalan yang ditujukan pada ustaz dan cara ustaz mengolah persoalan tersebut. Ada antara jawapan dia yang perlukan kita berpikir lagi, kasi prektis otak kita yang berkarat ni bekerja

S : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kawin?
U : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awk, wajib kawen dulu

S : Selepas dengar ceramah ustaz malam ni apa yang patut dibuat?
U : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau

S : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ni?
U : Bukak channel astro "animal planet". Aku bukan pakar hewan

S : Apa hukum besarkan payudara
U : Adoi, macam macam. Guna bahan kekal seperti silikon haram tapi dengan cara bersenam, nak besar mana pun boleh

S : Bolehkah bergambar dengan awek
U : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk tengah-tengah

S : Apa hukum teringat makwe lama
U : Ni soal hati, x berdosa. Sedangkan selipar jepon hilang pun kita dok teringat-ingat

S : Betul ke ustaz kata bertudung tu tak wajib
U : Betul, boleh tutup aurat pakai baldi asalkan tak nampak tapi tebuk sikit lubang untuk mata

S : Apa hukum kalau cium mulut
U : Mulut sapa? Haram, cium tangan pun haram. Kawin cepat, boleh cium semua tempat day and night


sumber : fb & google



amboi ustaz ...hebat sungguh, macam profesor plak
 alhamdulillah dan tahniah kerna berjaya menarik belia ke majlis ilmu

Pink + Choc



Hi kawan-kawan sekalian
Kali ni aku nak tunjuk (show off ???) choc love n kipas


150 bekas untuk majelis harijadi katanya
bertuah la korang dapat coklat sebagai buah tangan



kalau aku pegi majelis apa-apa je la, aku lagi suka dapat door girf macam ni. Daripada buat jajan & letak dalam paper bag, lepas tu paper bag orang buat depan mata kita,,, alahai, agak sakit hati rasanya




sebelum ....
telanjang bolen tanpa penutup & riben



selepas .....


haaaaa, ko ingat produk kecantikan & kurus je ada gambar sebelum dan selepas?
coklat pun bole, tau



dulu aku rasa sungguh la leceh nak ngikat kotak ni dengan riben
tapi bila dah banyak kali buat, rasa mende tu tak de le susah sangat
kalaupun rasa leceh, buat la sikit-sikit. lama-lama siap la tuh
buat pun kena la dengan hati gembira, jangan moncong-moncong
baru la sonok nak buat kerja

haaaa... ayat penyejuk hati, penyedap hati


Wednesday, 9 January 2013

Idea Hantaran



Not bad, like it


practical, pasti akan digunakan sampai ke akhir dia,,,,, bukan akhir hayat kita


 
jadikan kesah aku sbg pengajaran, dulu kan glemer barang kulit, hantaran adalah kasut dan hand bag kulit. tapi pakainya ntah berapa kali je. ujung-ujung semua aku mastautinkan dalam kotak atas lemari. ada la sekali dua aku dok belagakkan depan cermin, huhuhu sungguh outdated untuk dipakai semula

bakal mereput kot mereka di situ

jadi... hantaran jenis ini adalah  berkonsepkan no pembaziran




Copy dari wall kawan di fb, dia tengah cari idea hantaran
nasib la azab aku dah habih






Kek Mentega Suji Marble



Hello baby ... dah selesai bab anak sekolah, kita cerita bab mengisikan perut 

Resepi pertama di tahun 2013. Bukannya resepi pertama di dapur aku tapi resepi pertama dalam blog. Kalau resepi pertama di dapur, mau kena sekeh dengan laki aku. 

ollllololol... walau pemalas macamana pun, masak tak boleh tinggal
suami dan anak-anak laki adalah hantu nasi, kena la masak nasi
wanita dan gadis tak kesah bab nasik ni
janji ada benda nak makan


kali ni aku try resepi dari cik mat gebu yang glemer giler tuh

tapi resepi suruh guna mentega bermutu tinggi, aku sebagai insan hina ni cuma guna mentega bermutu biasa, buttercup je aku tibai. dah itu je yang wujud dalam dapur aku

stok suji memang tak pernah putus .... sebab aku tak pernah guna pun sejak beli
:)
belinya selalu tapi gunanya sungguh la jarang

kiranya ni misi menghabiskan stok lama yang bermastautin dalam kabinet dapur kita



apa lagi ditunggu, jadik la seperti aku. korek peti ais dan gobok untuk upacara penghabisan stok sebelum stok tu pindah masuk tong sampah. tak suka tau bila masukkan makanan dalam tong sampah. masa buat housekeeping, aku dengan berat hatinya terpaksa buang almond hiris 1 kilo. tak perasan sungguh, tau-tau dah berabuk

tak suka tau




bahan-bahan

250 gram butter
170 gram tepung
1 camca teh baking powder
150 gram gula castor
100 gram tepung suji
1 camca teh esen vanilla
4 biji telur gred A
100ml susu segar
Sedikit chocolate emulco



cara-cara

ayak tepung dengan baking powder. campur tepung suji. panaskan oven 170 darjah

pukul sebati butter dan gula 

masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul sebati lagi

masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. pukul lagi, maksud aku... pukul adunan tu, bukan pukul diri sendiri ataupun anak-anak yang mengacau korang

asingkan 6 sudu besar adunan untuk digaul dengan coklat emulco. aku tibai guna serbuk koko, kata nak habiskan barang-barang lama, kan?

lenser loyang dengan kertas minyak
masukkan adunan biasa sampai habis dan marblekan dengan adunan bercampur coklat tu. 

masak selama 50 minit atau sampai masak

jangan sebab aku kata 50 minit, korang pun follow 50 minit, tengok-tengok kek rasa tepung je 



bagi yang tatau macamana rupa tepung suji, tu haaaa. yang dalam pinggan tu, warna dia kekuningan dan rasa berbijik-bijik

suji ni ada jugak orang panggil semolina
guna la nama mana yang korang suka, janji happy




dah selamat mendiami perut aku dan anak-anak buah aku kat opis tu

rezeki diorang
sapa suruh ada boss macam aku,,, kan kena paksa makan masakan aku