Wednesday, 10 September 2014

Make OVer guna Wallpaper



aku perati je, perangai anak perempuan dengan anak lelaki jauh beza. perangai anak dara dengan anak teruna pun jauh le beza

masa kecik, yang perempuan sah-sah le suka barbie, warna pink. yang lelaki kisah dengan patung ultraman superman. rumah aku dulu.... pening kepala sungguh. laki aku ada penyakit tiap-tiap hari beli mainan untuk anak dia

nampak macam menipu kan??... tapi tu le kenyataan dia. pagi-pagi sebelum hantar along pergi rumah babysitter, dia singgah kedai runcit dulu beli mainan tapi yang kecik-kecik la. bila laki tak de, aku yang kena hantar along, dia nak jugak pegi kedai. pakcik tu kata "along, ni ada mainan baru atok simpan untuk along"

hamboi-hamboi... macam share partner pulak ye

sekarang anak perempuan dah bertukar jadi anak dara. dah tak nak bilik kebudak-budakan katanya. cat tak nak warna putih, nak warna merah katanya. pening tu nak ooi. interion designer kata warna bilik tidur kena la coosy supaya senang mata nak lelap. kang ada yang pukul 3-4 pagi ko tak boleh tidur lagi

tak pe, aku kan ibu mithali peringkat kebangsaan. kena la buat something. bukan nak ikutkan je permintaan anak tapi betul jugak cakap dia tu

minggu lepas dah ubah kedudukan katil n lemari

tapi lemari kat bilik dia tu bukan main sedih. stok lama lepas aku kawin. samada kena cat baru atau beli baru

telan ailio untuk kedua-dua pilihan

cari-cari jalan-jalan kat internet, tengok ada je orang yang pakaikan lemari dengan wallpaper

baguih jugak idea ni kan



misi seterusnya .... cari wallpaper yang seswai



contoh dari pakcik google. not bad nih

sang ibu dah boleh start senyum




lemari yang dah siap tapi lemari bilik dia tu ada curve pulak. cabaran rasanya tu


disebabkan mencabar, nantikan je la samada usaha tu berjaya ataupun tak

minggu lepas beli kayu-kayu kecil konon nak buat para kecil tempat letak pinggan dalam KC tapi tak berjaya. mari salahkan kayu ye... sebab kecil sangat. tiap kali ketuk dengan paku, kayu pecah. bukan salah aku ....lega



Tuesday, 9 September 2014

Cerita Seram



korang penakut tak???

aku ni penakut ya hamat. jangan le korang harap aku nak tengok cerita hantu kat tivi. kat wayang lagi le. kot kalau sapa-sapa nampak aku kat wayang untuk tengok cerita hantu, anggap je le aku dah buang tebiat

penyakit penakut ni aku berjaya turunkan kat along

tapi dia penakut versi melampo-lampo pulak sampai kekadang berangin je hati aku dengan dia. masa adik-adik dia kecik lagi, kena paksa la diorang temankan dia memberry. bukan le masuk sesama tapi adik kena tunggu kat pintu

tunggu orang berry????
tak nyaman langsung kan


pernah dulu aku duk berkelana kat rumah jiran tetangga bila rumah aku kena kacau. punca dari along le jugak. dia demam panas lepas tu meracau-racau. dia kata ada orang kat depan dia. aku ni dah start saspen campur nak nangis. dah le laki otstesen

jiran yang datang bagi bantuan pulak kata masa dia nak masuk tadi ada budak botak lari keluar. hamboi hamboi sungguh korang ni. dan dan tu jugak le aku nangis

hasilnya ..... malam tu aku membawa toto dan bantal tumpang tidur rumah dia. malam esoknya pulak tidur rumah ex-jiran kakak aku. lepas isyak, start kereta pegi rumah dia. esok dah nak azan subuh hangkut balik budak-budak balik rumah, siap-siap untuk pergi sekolah. kawan tu pulak india tauuuu

nekad tuh,.. takut punya pasal mengatasi segala

ada satu malam tu majuk dengan laki, tumpang tidur bilik anak. sayup-sayup je aku dengar bunyi macam orang main guli. melantun-lantun je bunyi dia. tak lama pulak tu bunyi pulak orang peronyokkan plastik dari atas lemari baju

apa kes ni????....apa nak buat???
dah le majuk

makin lama bunyi plastik tu makin kuat.... last-last bunyi tu macam orang peronyok plastik tu tepi lubang telinga aku je. tak boleh jadi ni.... tindakan segera perlu dilakukan


pelahan-pelahan aku bangun dari katil sambil mata pejam. berani ko nak buka mata??... kot tiba-tiba ada je benda tersenyum depan aku, sapa nak jawab??... tau-tau terkencing kat situ jugak

dalam mata pejam aku lari balik masuk bilik asal. padan muka kan?... nak sangat majuk. dah tu tega pulak tinggalkan anak dalam bilik tu sebab nak selamatkan diri sendiri. jual ikan sangat perangai tuh

ada banyak cerita seram tapi takut pulak nak cerita. takut malam nanti teringat-ingat

maka sampai ke tua ni, penakut aku masih tak surut-surut


Monday, 8 September 2014

Erti Sebuah Kesusahan



assalamualaikum kawan-kawan

pagi isnin ni kak ton rasa segar je sebab esok dan lusa kak ton cuti
huhuhuhu, jangan jealous ye. walaupun cuti, sebab percutian adalah kerna menjadi supir untuk anak. jadi tak de le boleh relax-relax goyan kaki sangat kan

hokay, ni kak ton nak luahkan perasaan sikit


rasanya dah 3-4 minggu kot kak ton hantar anak-anak pergi sekolah. selalunya en. suami yang hantar tapi atas sebab-sebab peribadi, kak ton ambil alih tugas tu

bila dah hantar anak, kena keluar pagi sikit la dari rumah. pukul 6.50 paling lewat kami dah bergerak keluar. sebabnya sekolah diorang ni melawan arus kak ton nak bergi kerja. nak keluar simpang pun ramai yang gunakan konsep terkemut-kemut. kak ton tak suka sampai office lebih dari pukul 8 jadi anak-anak kena la berkorban sikit supaya tak dengar suara petir ibu diorang

redho je la kan


kebanyakan hari, kak ton nampak dua beradik ni jalan kaki ke sekolah. sorang tu darjah enam, sorang tu mungkin darjah dua kot. dengan adik yang beg beratnya, dengan gelapnya lagi

sedih tau kak ton tengok

niat nak berenti dan tumpangkan diorang selalu je terbantut. memula tu angah tak bagi, sebab tu sekelas dengan dia. takut dia rasa malu. lepas-lepas tu keadaan untuk kak ton berhenti tak mengizinkan

ko giler.... 
tiba-tiba nak berenti kat simpang. kang naya je kena lempang dengan orang lain

tapi sungguh kak ton kesian

bukan sebab mak pak tak mampu tapi sebab paknya malas nak hantar. selalu lepas hantar diorang kat sekolah, kak ton jumpa bapak eh kat gerai kuih. mak eh bukak gerai kuih jadi bapak eh tolong lepak kat situ

lepak sambil order teh dari kedai sebelah. hangin tak ko rasa?????.... anak tu berjalan kaki le pepagi buta pegi sekolah, ko senang lenang layan teh. bukan tak de motor nak bergerak, saja jenis malas kak ton rasa

bukan kak ton tak tau rumah dia, astro ada semua pun ada. tak kesian ke dengan anak tu weh????? 

ko pun bukannya kerja. dok berlonggok je kat kedai tu


satu lagi ni senario kat kampung suami. tempat adalah dirahsiakan demi menjaga status penduduk kampung

ramai je yang kak ton tengok tak pentingkan pendidikan anak-anak. kalau nak pergi sekolah, pergi le. kalau tak pergi sekolah lega bapak rasa sebab boleh tolong kerja-kerja kampung. ko mampu anak darjah 5 tolong bapak cari umpan untuk buat mancing. kawan-kawan nun tengah belajar english ke hapa ntah kat sekolah


yang kak ton tak ble tahan, tiap-tiap rumah pun ada kuali astro. susah le sangat kan kehidupan tu

anak-anak tu le harta kita tau. kalau diorang berjaya nanti, boleh la jugak kita menumpang senang. paling tidak pun tumpang gembira dengan kejayaan diorang. tak rasa bangga ke kita... kita belajar tak tinggi tapi anak masuk uni. nangis ko bila anak tu ngambil ijazah

mode sedih tak mampu terima kenyataan



Friday, 5 September 2014

#Campak Belakang



bila terpandang gambar sejarah, masa zaman bergetah dulu.... laju je mulut kata kena diet

terus teringat resepi sihat takde minyak. ok, esok kena beli bayam, sawi, ayam takde kulit, salmon, telur. protein kan katanya, no fat no carbo

kalau tinggal sesorang,.. terus block minyak, beras, tepung dan roti dari masuk dalam rumah. benggali jual roti pun jangan berani lalu depan rumah tau. pegi ikut jalan lain kalau nak meniaga

teruk sangat kan bila semangat tu datang



kuci kuci sangat gambar ni

mesti orang ingat..comelnya kakak budak tu, sama comel dengan adik dia ha. terlajak suwittttttt 

muntoh warna warni



ooooooo,,,, kakak ada tiga orang adik rupanya. yang tadi tu adik kakak yang no dua. jauh jugak jarak umur kakak dan adik ya

pandai ibu bapa merancang demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga


lagi kakak dan adik-adik beraksi



  



bay watch sangat nih
body adalah mantop

mesti korang tertunggu-tunggu gambar kak ton pakai bikini kan???... jangan harap la nak tunjuk kat sini

pada sapa-sapa yang nak tengok, sila telegram


jadinya??

kesimpulannya??

apa yang harus dibuat??


sila lah ber"exercise" kalau teringin badan kecik dan molek macam dulu

belum start diet dah rasa nak nangis



Thursday, 4 September 2014

Tidur diulit Nyamuk



aku rasa semalam mesti semua nyamuk yang tinggal kat kampung jawa berjaya membulatkan badan, mesti kenyang giler-giler

tengah sedap-sedap tidur, air liur baru nak keluar letrik pulak tak de. tak pe, aku bulatkan hati untuk tidur jugak walaupun peluh dah mula menampakkan diri..... tak berjaya jugak, capai telefon. huhuhu, pukul 12.48 pagi baru. lama lagi nak membawa ke pukul 5.40 pagi

anak-anak kesayangan dah start bangun, napa panas???... napa panas????... sabar la sayang ye, lektrik tak de

gagahkan diri untuk bangun, berdiri tepi tingkap. tengok rumah jiran, semua pun gelap. ok bagus, bukan aku tak bayar bil lektrik yang berjumlah RM99.45

tak lama lepas tu, baring lagi. hamboi-hamboi,,,,, bukan main lagi nyamuk menari tepi telinga. aku bajet ni mesti dalam 50 ekor ni. kalau gini punya bunyi, aku rasa diorang menari samba

merata badan pulak tu .... pantang ada bahagian yang terbuka, semua diorang sapu. aku cuma mampu sapu peluh je yang bertakung kat leher sambil tangan duk mengipas anak-anak. sweet je aku rasa.... kipas berjemaah 3 orang anak

peluh menitik pakej dengan nyamuk menari
bagus betul

tak boleh jadi, hilang sabar dah nih. masuk bilik air, basahkan tuala. selimut dengan tuala basah kat kaki, ekon versi kampung. bahagian lain tutup dengan selimut, pun cik nyamuk singgah jugak. aku ingat diorang siap upgrade jadi disko

meh sini phone, homakaih,,,, dah pukul 2.02am, kena call tnb jugak nih. jawapan ... major breakdown kat pencawang, paling cepat 3 jam baru boleh baik

mari le kita nangis ramai-ramai wahai penduduk kampung jawa



maka ... hari ni half day le nampaknya, anak-anak pun tak sekolah jawabnya

walaupun tak tidur sebab busy mengipas anak tapi .... terselit rasa bangga. kejap-kejap anak ni bangun, "tak payah kipas la ibu, tidur je". kejap nanti sorang lagi bangun, cakap benda yang sama. tak pe la anak, ibu baik hari ni

:)


Tuesday, 2 September 2014

Candy Buffet warna Turquoise



candy buffet yang selamat ditempuhi pada ahad lepas

kak ton jugak bertindak sebagai supervisor pada majlis kawan itm kak ton dulu. hamboi hamboi korang, sekarang dah main konsep ada supervisor pulak ye

event kat puncak alam, majlis kesyukuran sempena masuk rumah tahun lepas

sebagai supervisor, kena la sampai awal sikit. maka pukul sepuluh lebih kak ton dan anak-anak dah sampai. i kan punctual sikit, tepat pukul 10 seperti yang dijanjikan i dah keluar rumah dan drive dengan keadaan yang cool sambil pasang cd frozen. comel kan i???

sedikit azab bila sampai sana. meja untuk candy buffet tak de kaedahnya ko. nak meloncat-loncat dibuatnya

janji orang khemah tu sediakan satu meja buffet dan skirting supaya sama dengan meja makan tapi hampeh

macam ni le kalau kita order tangan atas tangan akka guna orang tengah ni. peluh jantan tau keluar menitik2

caterer pulak sampai lambat. janji pukul 11 tapi pukul 12 lebih baru sampai, tu pun jenuh bercalling-calling. bila caterer sampai, tuan rumah ingat nak bising la sikit. tengok2 caterer laki bini duk bertegang urat tepi lori. hahahahah, tak jadik dia nak bukak mulut. tau ko takut ye atiem

jadinya guna je meja kat dapur tapi tinggi ya amat pulak. nasib la korang nak ngambil nanti, yang bebudak sure kena mintak bantuan



kena tukar setting sebab mejanya kecik je




turquoise 

ingat nak tutup bahagian grill belakang tu tapi tuan rumah bising, "napa ko tutup-tutup rumah aku???" nyampah betul tuan rumah ni. memekak beno, mentang-mentang le kawan kan





amik ni tengok la kecantikan kak ton dari sudut sipi. jangan harap kak ton nak paparkan diri, i is sungguh fotogenik tau







bunga ceconit ni tuan rumah yang selitkan



dua orang assistant yang tak berapa ringan tulang

mungkin malu sebab ramai orang








cupcakes



situasi di rumah .... kena letak lolipop n mashmellow dalam dulang berisi air. takut cik semua datang melawat. kang naya je tetamu mulut bengkak kena gigit semua

dari pagi... dekat pukul 6.30 baru bertolak balik

sonok pulak jadi supervisor ni



Friday, 29 August 2014

Kita Kasi Tukar... cadangan je baru



tengah baring-baring sambil layan feeling untuk tidur, pandang kiri pandang kanan,... kesian bilik anak-anak kak ton. dari dulu sampai sekarang asyik macam tu je. tak de perubahan pun. kalau lain pun mungkin sebab tukar langsir atau cadar atau kedudukan katil

tapi katil pun ada 2 arah je bertukarnya

huhuhu, gitu le bila bilik kecil. mana lagi nak dipusingkan 


nak kena buat perubahan nampaknya ni. anak-anak dah besar, kena bagi sikit privacy dan kebebasan pada diorang. bukan le kebebasan apa pun, bukan nak bagi diorang pergi disco. cuma nak bagi diorang rasa sonok je

tapi bila ditanya, banyak le pulak permintaannya. juling le pulak biji mata mendengarnya

bilik nak warna merah, almari nak kena gitu gini. permintaan tahap vip. mungkin si angah ingat ibu dia baru keluar duit epf lapan ratus ribu kot

kita ni plan skala kecil, dia ingat kita panggil kontktor kelas A kot

tapi memang kena buat sesuatu nampaknya. kita kan makcik-makcik, suka pulak bab tukar-tukar ni. sementara tengah meronta, kena dilayankan aje niat tu. lagipun kita jugak yang nak memandang. yang sejuk pun mata kita jugak kan

namun, bukan senang jugak nak kumpul tenaga. ingat nak cat almari dan katil warna putih. sekarang warna hitam jadi kena la undercoat dulu baru hasil dia menawan. dinding pun kena tukar jugak sebab warna putih sekarang dah nak membawak pada kelabu. warna dinding kena la kontra dengan warna perabot kan???....

fuhhhhh... lap peluh dulu

bukan sikit punya kerja tuh


Thursday, 28 August 2014

Mari Masak Telur Asam Rebus



hari isnin sampai rabu kak ton kena masak sepantas kilat. Si Angah ada tusyen pukul 8 malam, jadi nak kena bagi dia makan siap-siap kalau tak en. suami kak ton akan bertukar jadi shrek. ehhh.... napa shrek pulak, shrek bukannya ganas. jadi hulk sambil koyakkan table runner

Walau selalu pun dia tak nak makan, kak ton tetap paksa. Maka bertukar la pulak kak ton jadik mak tiri kepada bawang putih. huhuhu,,, terbayang os jadi bawang putih dengan taik lalat besar gajah

semalam masak ni je. rendang sekuali besar ada lagi setengah kuali jadi bole la kak ton berlenggang-kangkung kat dapur




korang tak terpesona dengan gambar ni kan?... tau sangat kak ton. kenapa phone orang lain menawan bila tangkap gambar tapi tab kak ton ni sedeh je hasil dia

redho la haku




3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
ikan bilis dalam 20 ekor

mayang bawang dan tumis sekali dengan ikan bilis. biar sampai naik bau je, jangan sampai rentung

masukkan air perahan asam jawa sebesar 2 ibu jari. kalau ibu jari anda adalah sebesar buah lemon, kurangkan kepada 1/2 jari je ye. Lepas tu kak ton masukkan 2 gelas air dan pecahkan 3 biji telur. Masukkan 2 biji cili padi dan setengah biji cili merah untuk bagi warna sikit. 

Gaul-gaul manja untuk elakkan telur hancur. Bila mendidih, masukkan garam, sikit gula. Adjust la kesedapan ikut selera kita

Gitu je la sedikit sebanyak. kita kan pandai, jadi kita tukar-tukar je la yang mana berkenan




ok bye

kak ton nak pass tab kat kawan ni, nak suruh dia godek-godek. apahal teruk sangat hasil gambar ni




Wednesday, 27 August 2014

Mengidam



bila mengidam, kadang-kadang tak mengira masa dan tempat. Tengah gosok gigi pun boleh pikir pasal makan

Semalam,.. otw nak balik rumah, masa tengah lalalalalala nyanyi lagu ziana zain tiba-tiba teringat lemang & rendang

mmmmmm, sedapnya kalau dapat makan

kak ton tak buang masa. pecut kereta ngalahkan abang michael cumaker, terus parking depan kedai runcit acheh untuk beli ayam dan kelapa. huhu, kat kawasan rumah kak ton dan sepanjang jalan kot kat kampung jawa tu semua kedai runcit pun orang acheh concur. kedai buah pun diorang bolot

mana pegi orang malaysia?????... 
mungkin tengah tengok akademi fantasia kot

lemang tak de gilernya kak ton nak membako, kat depan sikit tu ada gerai lemang. memang spesel dia bukak dalam bulan Ramadhan dan Syawal je. lemak berkrim lemang dia tau



sekuali besar rendang ayam

rendang ayam favourite anak-naka jadi kena masak lebih. nanti tak de le diorang terkulat-kulat tak cukup makan

along angah suka bahagian tulang, iwan suka yang banyak isi. senang kak ton, semua bahagian tak membazir waima kaki ayam pun. kak ton suka kaki ayam ye



siap sudah .... 

mari la kita makan dengan gembira sambil berpegangan tangan dan berpeluk-pelukan. alamak,,, kami bercium-ciuman pulak. terlajak gatallllllll



lemang yang enak, setarap mak kak ton buat

macam ni le baru berkat meniaga kan. i lap u tukang buat lemang



Monday, 25 August 2014

Supervisor BBQ



muka kak ton nampak kusam dan kelam??... 
ini adalah disebabkan dek asap dari aktiviti bbq. nasib ada belon kalerful 3 biji tu, dapat mengaburi mata semua penonton




kak ton bersama tuan rumah, kawan masa study kat itm dulu. walaupun semua dah beranak pinak dan membulatkan badan, hubungan masih lagi akrab

tu dia saja la pegang-pegang kak ton. sebab dia la badan kak ton bau asap, lesap bau minyak wangi channel i tau...walaupun sebenarnya guna one drop perfume je




entah kenapa peyut kak ton nampak macam dah nak masuk labour room dengan bukaan 5cm

dengan tak pakai kain dalamnya. harap-harap 2 insan kacak kat depan tu tak perasan. tapi..... kak ton tau orang rabun depan dan jauh pun boleh nampak

uwaaaaaaaaa.... sedih betul. masa drive, dah nak sampai baru perasan kain tu jarang nak mamps. lupa plak nak pinjam kain dalam along 





kak ton dan anak-anak adalah supervisor kononnya pada majlis open house bersekali dengan birthday anak dia yg ke-2. supervisor le sangat kan padahal nak mengidupkan api punya la azab. dekat 2 jam api tak mau menyala

supervisor and assistant adalah failed

burner dekat 1 kotak, guna gelas foam, paper dekat 1 kotak, getah paip amik kat belakang rumah. last2 minta tolong orang pegi kedai beli minyak tanah tapi kedai tak de stok plak. orang kedai kata kat kampung ada la minyak tanah, ni bandar. nyampahs tau reply. ingat kampung sangat ke minyak tanah sampai dihina sebegitu rupa

adakah majlis bbq terpaksa dicancel dek kerna ketidakefisienan supervisor dan anak buah???


kitorang dengan IQ yang tinggi telah alihkan arang yang lama, amik arang baru dari kotak. baru le ada harapan sikit nampaknya

haprak kan???... rupanya arang tu along letak kat belakang ruma, bawah sinki. semalam hujan rupanya, mungkin arang kena tempias

ini adalah penganiayaan kepada wanita mengandung tau. menitik-nitik airmata kak ton melayan api 

tak de hal itu semua, janji happy sesangat

tq along for inviting us


note : dalam perjalanan ke kereta, angah cakap "jarangnya kain ibu, kalau lalu depan lelaki mesti dia jilat bibir". wuish.... tajam menikam kata-kata dia