Tuesday 2 September 2014

Candy Buffet warna Turquoise



candy buffet yang selamat ditempuhi pada ahad lepas

kak ton jugak bertindak sebagai supervisor pada majlis kawan itm kak ton dulu. hamboi hamboi korang, sekarang dah main konsep ada supervisor pulak ye

event kat puncak alam, majlis kesyukuran sempena masuk rumah tahun lepas

sebagai supervisor, kena la sampai awal sikit. maka pukul sepuluh lebih kak ton dan anak-anak dah sampai. i kan punctual sikit, tepat pukul 10 seperti yang dijanjikan i dah keluar rumah dan drive dengan keadaan yang cool sambil pasang cd frozen. comel kan i???

sedikit azab bila sampai sana. meja untuk candy buffet tak de kaedahnya ko. nak meloncat-loncat dibuatnya

janji orang khemah tu sediakan satu meja buffet dan skirting supaya sama dengan meja makan tapi hampeh

macam ni le kalau kita order tangan atas tangan akka guna orang tengah ni. peluh jantan tau keluar menitik2

caterer pulak sampai lambat. janji pukul 11 tapi pukul 12 lebih baru sampai, tu pun jenuh bercalling-calling. bila caterer sampai, tuan rumah ingat nak bising la sikit. tengok2 caterer laki bini duk bertegang urat tepi lori. hahahahah, tak jadik dia nak bukak mulut. tau ko takut ye atiem

jadinya guna je meja kat dapur tapi tinggi ya amat pulak. nasib la korang nak ngambil nanti, yang bebudak sure kena mintak bantuan



kena tukar setting sebab mejanya kecik je




turquoise 

ingat nak tutup bahagian grill belakang tu tapi tuan rumah bising, "napa ko tutup-tutup rumah aku???" nyampah betul tuan rumah ni. memekak beno, mentang-mentang le kawan kan





amik ni tengok la kecantikan kak ton dari sudut sipi. jangan harap kak ton nak paparkan diri, i is sungguh fotogenik tau







bunga ceconit ni tuan rumah yang selitkan



dua orang assistant yang tak berapa ringan tulang

mungkin malu sebab ramai orang








cupcakes



situasi di rumah .... kena letak lolipop n mashmellow dalam dulang berisi air. takut cik semua datang melawat. kang naya je tetamu mulut bengkak kena gigit semua

dari pagi... dekat pukul 6.30 baru bertolak balik

sonok pulak jadi supervisor ni



2 comments: