Friday, 26 September 2014

Glaze untuk Buah



perasan tak kalau kita beli kek atau tart kat bakery, buah-buahan yang diorang guna tu berkilat-kilat je. shinning macam baru lepas kena polish

tau tak apa sebenarnya diorang buat???

tu kita panggil glaze

glaze digunakan untuk mengelakkan buah-buahan tu dari jadi lebam. kang orang ingat kita guna kulit manggis pulak padahal strawberry tu kita petik terus dari ladang kat new zealand





masa nak buat fruit tart ari tu baru perasan aprikot gel yang bertepek dalam peti ais dah expired. fuh,,, lap peluh lagi. dah lap peluh, telan ailio pulak. dah le malam, takkan nak keluar lagi

ooooo, lupa nak bagitau. aprikot gel dan piping jelly adalah salah satu cara untuk mengglazekan buah

line tenet very the slow tapi i tunggu jugak penuh kesabaran. tak nak le fruit tart i itam legam


resepi dari kongsi resepi

Bahan:
1/4 cawan gula
1sb tepung jagung
1/2 cawan jus buah-buahan, boleh guna air dari cocktail buah-buahan - guna 1 biji limau kasturi campur air biasa hingga cukup 1/2 cawan
1sb corn syrup - guna golden syrup

Cara:
1. Masukkan 1/4 cawan air dengan gula dalam periuk kecil. Cairkan gula atas api perlahan.

2. Campur tepung jagung dengan baki jus buah-buahan. Masukkan ke dalam adunan gula dan masak hingga pekat.

3. Masukkan corn syrup/golden syrup dan didihkan sekejap. Tutup api dan ketepikan pada suhu bilik.



huhuhuh, menjadi jugak glaze i. dah jimat. nak buat pun dalam sekelip mata

tapi nanti bila korang buat, akan ada perkara magic yang bakal terjadi. dari bancuhan tepung warna putih tu warna tukar jadi kelabu. magic sangat tauuuu



1 comment: