Friday, 12 September 2014

Puding Jagung



ni nak cerita kisah benar ye yang jadi semalam, tak de niat lain. tak de niat tersembunyi, cuma terselit sikit rasa gembira

blog ni kan kira macam diari jugak, tersimpan le banyak kenangan suka suka kat sini. yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk tu kita jadikan sempadan. kalau boleh jangan dibuat ye

ingat tu adik-adik pesan kak ton ni


tersebutlah kisahnya....

peti ais kat rumah mak kak ton dah meragam. getah kat pintu dah tak boleh grip. kena sendal pulak dengan kerusi. sedih kan keadaan??...

memang ada niat nak beli tapi atas sebab-sebab peribadi yang sungguh peribadi, kak ton cuma ambil langkah pandang dan dengar je

dua hari lepas, kak ton dah bulatkan pikiran. kena beli jugak untuk mak. kena ketepikan sebab peribadi tu demi kegembiraan seorang ibu. kalau ada rezeki, ada la sebiji peti ais untuk mak ye. tu baru niat ye, kira baru 50% confirm la

tup tup ... semalam kak ton dapat call dari kawan ni. boss dia memang tiap-tiap minggu akan sedekah kuih muih kat surau rumah dia. kiranya seminggu dua kali dia akan sedekah

sekarang dia nak tukar supplier kuih
supplier le sangat kan....

jadi kawan ni rekemen kak ton, pagi ni kena hantar dah tapi belum la confirm akan pilih. kalau rasa ok, insha-allah ada la harapan

sebabkan dah suntuk masa, kena la pilih makanan yang senang. maka puding jagung jadi pilihan. kalau ikutkan dia nak satu kuih pedas satu lagi kuih manis



2 loyang puding, saiz 13 x 13 inci

adunan lebih pun kasi tuan tanah makan



kek batik yang lembik.... malu kak ton tau
 yang ni tak payah bayar la sebab lembik




kak ton percaya..... ia adalah rezeki luar jangkaan sebab niat kecik kak ton tu. ingat ye, tu baru kak ton niat. belum lagi pergi kedai lektrik 

bukan nak mengharap balasan sebab sampai mati pun kita takkan mampu balas jasa mak bapa tapi kak ton cuma nak ingatkan sesama sendiri. tak de salahnya berbuat baik dengan mak bapa kita



6 comments:

  1. btl tu k.ton...buat baik di bls baik.InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ala,,,,kak ton kurang suka puding jagung

      Delete
  3. yeapp... ada keberkatan untuk rezeki yg kita kongsikan utk orang tua kita.. cam awak baru pasang siang, Allah dah bukakan jalan... Insya Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. takkan luak rezeki kita kalau dikongsi dengan orang tua

      Delete