Tuesday, 30 September 2014

Koleksi Resepi Buttercream




Info yang sangat berguna yang kak ton dapat dari anieyzdelight. Saja kak ton share kat sini, untuk rujukan dan panduan sendiri dan kawan-kawan yang lain. Semoga kita semua dapat belajar dan perbaiki apa yang kurang

Minta izin pada tuan tanah, semoga mereka jugak mendapat keberkatan

Dengan persaingan dan permintaan, banyak yang kena dipelajari dan diperbaiki


Cuaca pun tak menentu, kena cari buttercream yang dapat sesuai dengan keadaan sekeliling. Kalau panas sangat, buttercream senang cair. Kalau perjalanan jauh pun kena ambil kira jugak


Buttercream 1
250 gram krimwell
125 gram shortening
125 gram gula aising (ayak)
1 sudu teh esen vanilla

Sumber Info dari : Blog Sajian Kasih/Blog Masam Manis/ Kak  Nor / Kak Cek /  (Izinkan saya panjangkan lagi ilmu ni yer...Terima Kasih)

utk 30 bji cupcake 


Buttercream 2

250gm butter
150gm krimwell
200gm gula aising - ayak 3x 
1 st essence vanila

Cara membuatnya:

  • Putar butter dan krimwell dengan kelajuan sederhana hingga kembang.
  • Masukkan gula aising yang dah diayak 3x sedikit demi sedikit dan putar hingga kembang dan halus. 
  • Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.
  • Asingkan ke dalam beberapa bekas lain untuk diwarnakan.
  • Masukkan kedalam piping bag dan bole mula mendeko.. 


FRESH CREAM FROSTING 

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila
Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...



Kak Ita cadangkan, kalau nak buat cream yang tahan lama macam kita nak buat hantaran dan tak mau dia cepat cair dalam perjalanan cuba resepi ni..




Buttercream 1

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.




Buttercream 2

Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm )
  • 1/2 cwn shortening/ creamwell
  • 1/2 cwn butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 cwn gula icing (ayak)
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara
  1. pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. masukkan esen vanilla. kelajuan perlahan.
  1. masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai abih dan pukul lagi sampai gebu. pastu masukkan susu segar tadi. pukul lagi sampai fluffy... gebu dan putih. 


Buttercream 3
~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek 
  • 250gm butter
  • 75gm shortening
  • 125gm gula icing
  • 1 sudu kecil vanila


Cara: 
  • Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
  • Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
  • Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  • Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
  • Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic td)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.

Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.


Buttercream 4
250g krimwell
125g shortening (nak sedap ganti butter tapi nanti warna kuning dan lebih cair)
125g gula aising, ayak (Redman best, halus je icingnya)
1st esen vanila

Cara:
1. Pukul krimwell dengan shortening hingga sebati.
2. Masukkan gula aising sikit demi sedikit sambil dipukul. Masukkan esen vanila. Pukul pada kelajuan medium, 15-20 minit. 5 minit terakhir slowkan speed, pukul satu arah untuk buangkan bubbles besar.
3. Terus guna atau simpan dalam bekas bertutup.
***Elakkan terlalu ghairah masa pukul krim. Ini akan menyebabkan lebih banyak gelembung udara besar terhasil.
***Untuk warna, boleh letak selepas buttercream selesai dipukul sebati. Masukkan pewarna sikit-sikit dahulu.


SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN




3 comments:

  1. Salam,

    Tumpang tanya, kat mana awak beli gula icing jenama Redman tu ye? Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. ada je kat kedai yang jual bahan-bahan bakery

      Delete