Thursday 17 May 2012

It's Their Birthday



Kombinasi birthday abah tercinta & anak dara mokcik

Semua makanan adalah bersifat segera
Pizza hut & kfc...air pun air botol je

Tak de masa nak masak beria2 sebab semua penat
Penat berborak....penat bergosip
Kesimpulan.....malas masak
Unta padang pasir pun tak de malas macam ni




Macam biasa...birthday boy selalu tak tau majelis ni utk dia
Satu kampung dah berkumpul, dia masih bergaya seksi tanpa baju

wahai abah tercinta, sila la pakai baju kerna photographer semua sedang menanti
mungkin melodi nak berlintas langsung
tidakkah anda ingin menutup aurat
walaupun aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut
adalah tidak manis begitu



Mulut berlambak-lambak, kek secipot dan sekangkang kera

Mokcik dah bajet, diorang akan berkerumun kat pizza & kepci je
Tapi....bajetku itu tidak la benarnya
Semua makanan pun diorang kerumun
Dasar.....

Kalau cenggini punya tahap kerumun, tahun depan mokcik bajet buat doploh kilo punya kek 
Makan la korang sampai berbuih mulut
Nak jimat kos, perah minyak terus dari pokok kelapa sawit
Kena membanyakkan lagi haiwan peliharaan yakni ayam

Kesimpulan...semua ahli keluargaku kuat makan
Lebih tepat.....kuat makan, malas keje
:)

Kalau dah malas, pinggan & gelas haruslah jenis pakai buang
kalau pakai gelas & pinggan kaca, kena basuh
Itu namanya membazir air, not environment frenly daaaa



amboi amboi amboi
Mereka sungguh la lomentik....
Main tarik-tarik lengan pulak

Birthday girl kat tepi tu tersengih2 je nengok adegan tarik menarik ni
Jangan sampai guling-guling yek
Bahaya....taik ayam jiran mungkin bersepah-sepah

Kalau la ada sekolah ayam
Alangkah bagus dapat ajar ayam melepas dalam pasu bunga
Maka menjadi lah ia baja...fresh from the oven


3 comments:

  1. amboi ko mokcik.....tokey kek, tapi kek kecik, tak aci ar mokcik

    ReplyDelete
  2. lya : tq

    elly : tiap kali balik kpg, mesti bawak buah tangan kek. ingatkan diorang dah jemu...rupenye alwayz lapar

    ReplyDelete