hai uolss...
lama tuan belog tak datang, i balik kampung u
bila balik kampung tak de chance & tak de semangat nak melawat. ada je aktiviti kitorang
ngumpat la.. gaduh la.. ngumpat la
sabtu tengahari dah sampai kampung
mula-mula en. laki kata nak balik jumaat malam je tapi dekat pukul 10 baru dia balik kerja.
"nak balik hari ni ke esok??"
isteri misali ni kata esok je la. sempat la aku nak gosok baju sekolah, kang balik kampung dah penat malas pulak nak mengadap iron. kang ada yang aku letak bawah bantal je
aku paling je kepala ke belakang, tengok moncong sorang-sorang dah boleh ikat dengan getah. bantahan le kononnya tu sebab aku delay. korang ni la..... esok pagi je pun, bukannya aku delay sampai sepuloh hari
aiks...lari topik pulak. nak cerita pasal surprise melalut pegi cerita balik kampung
minggu lepas tengah aku masak untuk dinner, si angah menyebuk datang kat dapur
"ibu... tutup mata, angah ada surprise"
orang tengah pakai baju perang apron lagi mau tunjuk surprise. malas aku nak layan
tapi sebabkan dia datang penuh gembira... aku tak de le tutup mata tapi tanya je apa dia
ni ha,,, cikgu bagi surat
aku agak mesti surat ambik hadiah ke,, surat jadi pengawas ke..... tiba-tiba i is suspense
baca je la
surat lawatan ke Kuala Lumpur pada 30 Oktober
haiya ...
surprise le sangat. buat aku sakit jantung ada le. pantang ada lawatan mesti dia nak pergi
No comments:
Post a Comment