Siaran tertunda dek kerja yang menimbun. menimbun yang melampau-lampau tuh, azab betoi
minum air kosong pun terpaksa kak ton limitkan. opis kak ton kat bangunan sebelah main office, tingkat satu, tak de toilet. nak kena melangkah ke main office untuk ke toilet. kalau tak betul timing dan jangkaan, boleh menyebabkan kecelakaan dan malu seumur hidup
orang glemer macam kak ton, paparazzi di mana-mana sahaja. tau-tau aib kak ton dibuka dalam youtube. paling cikai pun keluar dalam beautifulnara, rating sebaris dengan cerita che ta mengandung
jadi kejadian mother's day ahad lepas baru sempat dipaparkan hari ni
misi surprise tahun ni dijayakan oleh bff kak ton iaitu ciki. tiba-tiba declare bff bila ciki sanggup jadi despatch
barang dah beli awal-awal tapi baru sempat courier khamis @ jumaat. nyawa di hujung tanduk betul. buatnya van curier tak sempat sampai ke kampung, kak ton stand-by je nak ngamuk. terpaksa ngamuk untuk cover salah sendiri, buat keje last minute
ciki kena beli secebis kek kat secret recipe, kasi upah dia secebis kak jugak. ya ampun...... duit tak bagi lagi sampai sekarang. hapak punya bff
maka berkampung le dia kat secret recipe di awal pagi. terus terbang ke rumah mak kak ton yang tak jauh dari situ
mak
kak ton tau mak baru lepas nangis tuh. tunjuk kat anak-anak pun diorang cakap kenapa pah nangis??
spot the airmata???
ciki tak sempat capai kamera sebab dia tak jangka pun mak kak ton akan nangis
see .....
hati sorang ibu. benda kecik je yang kita buat tapi tu pun dah meruntun hati dia
maka mak pun bermakan le kek itu
mak baru makan sesudu, abah cakap kat ciki
"jangan tngkap gambar waktu makan, nanti nampak tak de gigi
di hujung tu mesti bekas nasi goreng dan ujung senduk. heheheh, abah memang makan nasi goreng je pepagi. sementara mak masak, dia menunggu je kat meja makan
sweet kan
kak ton tau mak mesti happy....
hari ahad kak ton berendam airmata, rindu kat mak abah
ciki bakal jadi pengantara rasmi untuk father's day bulan depan. barang dah kak ton beli tapi malas nak courier sekali. buatnya ciki lupa, terhantar sekali. dah hilang satu surprise
nota penting, sila rekod
kak ton adalah berwajah singa tapi hati kak ton tak sapa tau. ramai yang tau tu tapi dibuang jauh dek rasa ego, cuba menegakkan benang yang basah