Thursday, 10 July 2014

German Cookies..... dari Klang



biskut ni glemer 2-3 tahun lepas kot

semenjak dari zaman keglemerannya, kak ton tak pernah miss buat tiap-tiap tahun bila raya. bila tak raya pun kalau terasa nak makan, kak ton buat jugak

anak-anak kak ton suka je dengan biskut ni. minggu lepas buat 3 balang, tinggal nyawa-nyawa ikan je biskut tu sekarang

berbuka makan, sebelum tidu makan, sahur pun makan. tak kuasa nak melarang, biar le diorang makan puas-puas. suka je bila anak menikmati air tangan kita

buat pun tak susah mana, bahan pun semua dah ready dalam peti ais. tinggal nak merajinkan diri je




125 gms butter
40 gms gula ising (kak ton guna 30 gms sahaja)
125 gms tepung kentang (starch potato)
80 gms tepung superfine (tepung gandum pun boleh)

CARA:

Mentega dan gula ising dikacau hingga ringan. Masukkan dua2 tepung yang telah diayak. Uli guna spatula hingga sebati. Dohnya lembut sangat. Simpan dalam plastik dalam peti ais lebih kurang 20 minit. Kemudian baru gentel.

Bakar dalam suhu 170 darjah selama 15 minit.

kali ni buat bentuk lain sikit, asyik bulat penyek je. kak ton canai. ambil batang chopstik, celup hujung dia dengan air, celup dalam gula berwarna, tenyeh kat tengah biskut





bila anak suka, ibu pun gembira

senyum mekar sampai ke dahi
ko dah kenapa senyum macam tu?...senyum senget??




sapa yang nak rasa tapi malas buat??.. meh datang klang, meh datang rumah mak kat kampung



6 comments:

  1. knape tetiba german ni kak? sbb msk final ke??? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. german masuk final ek?... ingat-ingat lupa je pasal bola ni. sekarang asyik ingat tidur je

      Delete
  2. best kalau masak or buat something orang makan dengan sedapnya.. rasa nak buat and masak lagi and lagi and lagi.. :D

    CT ada buat GIVEAWAY :D
    jemput singgah dan join.. thank you..

    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/07/giveaway-wow-hari-raya-by-siti-yang.html

    ReplyDelete