Thursday, 3 July 2014

Roti Jala ... pandainya along



sebut je nama along, mesti semua pun tau dia anak yang sulung

pada yang tak tau (korang tak kesah pun kan?), my along adalah lelaki tapi sangat la boleh diharapkan. banyak benda yang kak ton suka mintak bantuan dia dari angah dan iwan

kalau kak ton sedih, dia la yang banyak bagi kata-kata semangat. kalau kak ton tak sihat, dia picitkan kepala. boleh katakan tiap-tiap malam kak ton suruh dia urutkan belakang. dalam erti kata lain, kak ton telah mengambil kesempatan atas ringan tulang along. heheheheh

hari tu, masa nak tukar kereta lain... kak ton plan nak amik city, tunjuk kat along. dengan spontan dia kata "kecik, nanti susah nak bawa atok jalan-jalan". tacing sungguh kak ton rasa dengan dia. 

kalau beli kasut, bila orang sebut kaki dia besar,... mesti dia akan cakap "along ikut kaki atok". tapi memang besar beno le pun kaki dia. lagi besar dari kaki ayah dia jadi ayah dia. sekarang diorang dua beranak boleh share-share kasut. tahun lepas kasut raya dia, ayah dia berkenan. so diorang tukar suka sama suka




semalam punya kari ayam ada lebih, sayang pulak nak ditongsampahkan. jadi kak ton amik keputusan buat roti jala

kak ton baru jala 2 keping, along menyengseng lengan baju tolong kak ton menjala. kak ton rasa nak jerit gembira tau sebab jam dah nak pukul 7




tengok le hasil kerja tangan along. kemas je jalaan dia

memang dia suka ke dapur. tolong tumiskan bawang, tolong blend, tolong perah santan 




400 gram tepung 
1 biji telur
2 cawan santan
secubit garam
sedikit serbuk kuning
air secukupnya

kak ton kacau semua dalam mangkuk, lepas tu terus blend. air tu ikut kesesuain. semalam ada sukat tapi sekarang dah lupa tapi rasanya dalam 2 cawan suku gitu

seeloknya rehatkan 1/2 jam sebelum menjala



along, few years back .... 
berkain pelekat sambil tolong ibu siapkan tempahan cupcakes

tq along.... ibu n ayah sayang along



17 comments:

  1. bagusnya Along tolong ibu di dapur...anak sulung saya pun lelaki..alhamdulillah boleh diharap juga..tapi tidaklah memasak hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kak Ton, along umur berapa sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton jerit gembira tak jadinya?

      Delete
    2. menjelma jua akhirnya. along 14, form 2

      tak jadi jerit pun kerna suara itu aurat. dulu pernah jerit kat anak2 dlm bilik air, sampai ke jiran ujung boleh dengar. terdedah aurat kak ton

      Delete
    3. Betul jugak tu Kak Ton. Aurat tu. Hmm..


      Biasa kalau lelaki minat ke dapur ni mesti ada ciri² boleh diharap utk tolong jaga adik² dia. Ye Kak Ton?

      Delete
    4. masa adik kecik dia ada la tolong jaga. sekarang ni keje menyakat je

      Delete

  3. Salah satu menu wajib beli kalau ke bazaar ramadhan :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ?ˆ?)



    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la sendiri. mesti lagi berbaloi

      Delete
  4. Replies
    1. tak kisah jadi apa... janji menyejukkan hati ibu n ayah, boleh jaga adik-adik

      Delete
  5. kak ton
    pinjam along ni ni sebulan dua time cuti sekolah bleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat nampaknya. cuti sekolah dia nak pegi rumah tom cruise

      Delete
    2. Pergi rumah Tom Cruise? Along nak buat roti jala di rumah Tom Cruise ke?

      Delete
    3. tak la. nak menjala ikan salmon je

      Delete