Thursday 23 April 2015

Black Pepper Chicken Chop



chicken chop ni masak semalam. weekday ye, bukan weekend tau. jangan nak kagum sangat sebab sebenornya western food ni bukannya susah sangat nak buat. rasanya lagi senang dari masakan melayu kampung

campak- campak... godek-godek. zassssssss, dah siap 




chicken chop kesukaan along. 2 keping ciken tu sekali hadap je dia boleh habiskan. small matter sangat

kak ton perati, dia memang suka makan berunsur macam ni. sebab tu stok meatball, daging kisar, sosej, thousand island & cheese sentiasa ada dalam peti ais. kalau tak sentiasa pun, konsep hari ni habis esok dah kena beli





ayam tu kak ton perap dengan garam dan serbuk lada hitam je. 

resepi sos pulak dari sini

Bahan-bahan untuk Black Pepper Sauce
 
1 labu bawang besar (Holland) - kaler kuning tu (cincang, tapi saya kisar)
4sb tepung gandum
1 kiub ayam
2sb sos tiram
2sb kicap manis
2sb lada hitam (tumbuk kasar)
4sb sos lada hitam
3 cawan air
Sedikit oregano
2sb mentega
 
Cara-cara
 
Panaskan sauce pan (Periuk). Cairkan mentega. Tumis bawang sehingga layu (tapi jangan sampai hitam).

Masukkan lada hitam yang ditumbuk. Kacau. Masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau elakkan bergentel.

Masukkan air dan pati ayam. Kacau sebati. Masukkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap. Kacau sebati. Kalau pekat sangat, sila tambah air. Kalau cair sangat sila masukkan bancuhan tepung jagung. Masukkan oregano. Biarkan atas api sebentar. kalau nak warna lebih gelap, sila tambah kicap.




dah siap.... lima pinggan chicken chop

bukan hanya chicken chop, sempat jugak masak sup ikan dan sayur simple untuk incik suami yang pasti cari nasi



1 comment: