Tuesday, 22 October 2013

Al-Fatihah, Noreen Noor



Kematian itu pasti .... terkesima sekejap





al-fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat untuknya




Monday, 21 October 2013

Candy Buffet @ Bandar Seri Putra



Senang hati semua dah settle

Debaran ko tau... projek kat bandar seri putra.

Kat mana pun aku tak tau. Suruh pakar google map yakni abang ajoi study lokasi. Aku bajet en. suami kerja jadi kena bergerak dengan anak-anak

rasanya tau tapi kena pastikan betul-betul. kang kalau sesat aku senang le aku tanya orang mana balai polis yang terdekat

yang didebarkan jadi kenyataan. pukul 5 ptg en. suami kata ada kerja lagi, suruh aku stand-by gerak. takut jam ke, sesat ke... ada la masa aku nak menangis & minta tolong

ceh.... jalan tak jam & aku pun tak sesat

jalan slow-slow sambil menghirup udara dari napas sendiri & napas anak-anak

alllllaaa... awal lagi. belum 6.15 ptg dah ada kat serdang. lepak kejap beli jajan anak-anak. diorang memang pantang, keluar rumah baru tu le kata lapar. kat rumah semua pun melekat depan tibi



tq elly

elly kawan masa aku kat itm melaka dulu

kagum aku dengan dia ... berjaya dalam kerjaya. tumpang happy & tumpang kagum

kot kalau aku dapat rasa dulu, mesti aku apply jadi bff dia
tapi sekarang semuanya sudah terlambat

:)




lollipop dah aku cucuk siap-siap dari rumah. senang sikit, tak de le aku tersipu-sipu malu menyucuk depan hadirin dan hadirat. itu pun kot kalau hadirin hadirat tu heran dengan aku



lagi satu aku kagum ....

elly sponsor majlis kat nursery anak dia. rezeki yang dikongsi dengan orang lain

caya la.... tabik tinggi-tinggi dari atas pokok kelapa




gambar yang suram dan kelam, mencik tau

darling ..... nak kamera canggih. asap please
i luv u very much



lepas on choc fountain

choc mencurah-curah turun




alhamdulillah ... sambutan dari anak-anak & parents sungguh la menggalakkan

terpaksa tambah lagi choc

memang aku sentiasa bawak stok lebih. kot kalau tak cukup ada la back-up plan



sepanjang perjalanan dari klang ke bandar seri putra ni (lepas exit bandar baru bangi), punya la bertalu-talu call dari en. suami

banyak betul nasihat dia ...
bawa elok2, ingat anak2, kalau ada apa2 calling2 la dia

wahai darling ... adinda cuma pergi sini je pun. jangan la gundah gulana. kot kalau betul sayangkan adinda, beli la kamera baru. anniversary kita pun hampir kunjung tiba




Sunday, 20 October 2013

Kek Bola



kawan punya permintaan... layan jugak la order yang maha last minit

ko memang hapak le along

lewat petang order,,, esok dah nak collect

syabbas inspektor sahab. aku gigit telinga tu nanti baru tau




nasib le kek bola je yang dia nak. kot kalau kek yang hebat aku lepuk je kang

:)

anak dia peminat giler bola...

happy birthday ali imran





Friday, 18 October 2013

Red Velvet for Hantaran



last minute order dari kawan adik.

masa dia call tu aku kat kampung lagi, tengah kemas beg sambil tunggu anak-anak bangun dari tidur

makcik yang janji nak buatkan kek dia cancel order

hukhuk... aku di dalam ingatannya tatkala emergency

tapi tak kesah le.. janji ada rezeki

sampai je dari kampung petang rabu terus buat kek dan wording. semalam pulak hias dan tepek wording





selamat ... siap pun sebiji kek



ingat senang ke nak buat ayat saat tak de idea langsung

ni ha... macam sekarang ni le




Thursday, 17 October 2013

Surprise



hai uolss...

lama tuan belog tak datang, i balik kampung u

bila balik kampung tak de chance & tak de semangat nak melawat. ada je aktiviti kitorang

ngumpat la.. gaduh la.. ngumpat la

sabtu tengahari dah sampai kampung

mula-mula en. laki kata nak balik jumaat malam je tapi dekat pukul 10 baru dia balik kerja.

"nak balik hari ni ke esok??"
isteri misali ni kata esok je la. sempat la aku nak gosok baju sekolah, kang balik kampung dah penat malas pulak nak mengadap iron. kang ada yang aku letak bawah bantal je

aku paling je kepala ke belakang, tengok moncong sorang-sorang dah boleh ikat dengan getah. bantahan le kononnya tu sebab aku delay. korang ni la..... esok pagi je pun, bukannya aku delay sampai sepuloh hari

aiks...lari topik pulak. nak cerita pasal surprise melalut pegi cerita balik kampung

minggu lepas tengah aku masak untuk dinner, si angah menyebuk datang kat dapur

"ibu... tutup mata, angah ada surprise"

orang tengah pakai baju perang apron lagi mau tunjuk surprise. malas aku nak layan

tapi sebabkan dia datang penuh gembira... aku tak de le tutup mata tapi tanya je apa dia

ni ha,,, cikgu bagi surat

aku agak mesti surat ambik hadiah ke,, surat jadi pengawas ke..... tiba-tiba i is suspense

baca je la



surat lawatan ke Kuala Lumpur pada 30 Oktober



haiya ...
surprise le sangat. buat aku sakit jantung ada le. pantang ada lawatan mesti dia nak pergi


Thursday, 10 October 2013

Doll Cake for Luisa



makcik is berdebar tau.....

kenapa makcik berdebar???... meh ni nak story

kek ni order dari office en. suami, untuk anak ceo diorang

orang ada-ada punya tu... nak-nak pulak diorang selama ni duk singapore, baru je pindah sini dalam bulan ni. mesti le biasa dengan benda hebat

makcik cuma serangga kecik yang berwarna hitam

masa birthday anak dia yang sorang lagi 2 minggu lepas pun diorang order kek dari singapore, office singapore pulak arrange untuk deliver ke sini

appanie...bukan main lagi yek ko kek, dari singapore sampai ke bangsar ko berjalan

 

kat tepi tu aku sengaja tinggalkan ruang kosong untuk diorang cucuk lilin

nak cucuk awal-awal laki aku tak tau berapa umur dia. kang aku letak 17 ketul lilin kang kena lepuk pulak



happy birthday luisa



kenapa mesti budak perempuan suka warna purple???

kenapa tak pilih merah ke, hijau ke

aku dah tanya angah kenapa dia suka pink??? angah kata sebab comel

ok la tu... malas aku nak kusutkan kepala. comel pun comel la
 


amboi amboi.... terdedah belakang dia yek

kalau gatal, senang le orang nak tolong garukan







tak payah nak pening kepala sebab gambar banyak dan semuanya pun adalah serupa

aku memang suka letak doll cake banyak

kepuasan sebab berjaya siapkan




Wednesday, 9 October 2013

Tips Kewangan



hamboi ko...tajuk tak nak kalah

dato' fadhillah kamsah pun saspen bila tengok. tapi bila pikirkan sampai ke sudah pun dia takkan datang jadi no hal. biarla aku syok sendiri dengan tajuk yang maha dasat tu

ala... kita share-share la ilmu pengetahuan dan idea. Kalau ok pada pandangan boleh la diikut. kalau korang rasa ke laut, biarkan ia terus di laut

dulu aku pernah share tips jugak


antara idea yang aku rasa bagus untuk mengembangkan simpanan kita adalah melalui standing instruction/auto debit dan yang seangkatan dengannya

apa itu standing instruction / auto debit????


bahasa mudah ...
tiap-tiap bulan pada tarikh yang kita advise bank, dia akan potong certain amount dari akaun kita masuk ke akaun lain

aku pernah buat selama 5 tahun kot auto debit ke public mutual. dengan pelaburan permulaan masa tu adalah sungguh sodeh, sekarang bole la aku senyum sikit

walaupun fund dia tak perform yang menyebabkan aku stop auto debit tu tapi aku still happy

lalalalalalalalla

sekarang rasa menyesal pulak sebab stop

sebab duit yang aku stopkan tu tak tau kat mana yang dah aku belanjakan

kiranya ,,, pejam mata je kita tau dia dah simpankan untuk kita

ok kan?....


investment tu dah break even, plan nak keluarkan dan letak dalam asb. asb pun aku percaya sebab kita kan rasa leceh nak pergi beratur kat bank

selamat duit temah kat dalam tu

asb jugak kita boleh buat dengan potongan gaji. tak payah nak pergi bank untuk tambah pelaburan. HR kat office kita boleh uruskan dengan syarat diorang nak buat. office aku tak de jadi duit masuk kat dalam asb tu kiranya sepi sikit tapi alhamdulillah...

itu pun tak boleh jadikan kita alasan untuk tak nak menabung sebab asb pun boleh buat tru maybank2u. cuma bank akan tolak rm1 untuk service charge

sengget je pun .... korang bayar caj untuk pizza hut lagi mahal. boleh je pun, tak de merungut



akhir kata dari penceramah .... selamat berjimat cermat untuk kegunaan di masa hadapan




Tuesday, 8 October 2013

Candy Buffet @ Bukit Tinggi



sukan satu tadika kat bukit tinggi klang

paham-paham je la, tadika mesti ramai budak
bila sukan, mak pak pun join la sekali

jadi peralatan aku tak mau letak yang tinggi, tak budak-budak tetot yang sampai nak ambil. nanti bekas jatuh yang boleh menyebabkan hati aku pun join jatuh




setting biasa-biasa je

halamak... ramainya orang

bukan hanya mak pak malah tok dan nenek pun ada sekali





berdebar pulak baby

sementara setting, mata-mata banyak yang jeling

jangan la korang datang lagi yek... biar baby siapkan meja dulu



choc fountain, marshmellow, buah, cupcakes, jelly beans, lollipop, candy






elok je kaki melangkah dari kereta sebab nak amik biskut jari, meja dah penuh dengan manusia

tak sempat le baby nak berbuat lebih lanjut






cikgu-cikgu tadika tak sempat makan pun, semua pun licin

happy sungguh budak, mak budak, bapak budak, tok budak dan nenek budak

makanan stand-by yang aku sorok kat tepi meja pun lenyap

haaaaa.... pandai diorang CSI




Monday, 7 October 2013

Benda Penting Dalam Peti Ais



Bukan senang nak jadi working mum ni kan???
hanya yang melalui je tau macamana penatnya

tapi kalau diikutkan, working mum atau full time housewife pun sama je keadahnya. dua-dua pun ada kepenatan sendiri

nak nak pulak working mum plus part-time baker macam aku ni. bila ada candy buffet projek, double the penat

tapi yang paling penting aku enjoy buat semua tu

tak de sapa paksa.... suami pun ok dengan pilihan aku

bila dah siap semua kerja aku kat dapur, aku kemas la apa yang patut. tapi kadang-kadang aku kemas ala kadar je sebab aku tau tak lama lepas tu mesti en. suami akan pergi dapur, basahkan kain lap dan proceed dengan kerja mengelap dia

tapi .....
kerajinan dia hanya pada dapur. yang tu kadang-kadang mulut aku rasa nak tanya kenapa dia memilih dapur tapi malas la. tu kiranya rutin dia tiap-tiap hari. hujung minggu pulak dia pilih untuk basuh kasut sekolah, kapur kasut dan potong kuku

fuhhhhh... kurang sikit peluh aku keluar

appo ni, jauh menyimpang dari tajuk



ok ok ... nak cerita pasal peti ais sebenarnya

bila dah banyak jawatan, kena la ada perancangan kehidupan sikit

semua kat atas barang penting mesti ada dalam peti ais rumah

hari ahad rendam kejap bawang besar dan bawang kecil dalam air

motip???... senang nak kopek kulit dia

maka marilah kita kopek kulit bawang merah dan bawang putih, bajet untuk seminggu masak

cili pun blend siap-siap. rebus dalam periuk, masa blend aku guna air suam plus sikit minyak. motip letak minyak???... mak kata tak mudah berkulat. betul rasanya petua mak tu

ikan bilis pun wajib untuk masak sayur. en suami adalah peminat sayur, menu wajib tu. tapi kalau aku malas, aku stand-by la alasan siap-siap. sayur kat kedai dah kuning ke, dah layu, semalam punya sayur banyak yang buang dari yang makan

ala ...apa-apa alasan la, janji boleh selamatkan diri dari terjerumus ke lembah sakit hati



stok bahan basah

semua packing siap-siap untuk sekali masak

bekas putih yang bekas aiskrim tu khas untuk ayam. bekas bulat untuk fish ball dan fish cake. lain-lain tupperware tu untuk ikan, udang

pagi-pagi sebelum pergi kerja selalunya aku akan turunkan satu bekas ke tingkat bawah, tingkat biasa tu

bila balik kerja, tak de le benda tu keras kejung lagi. mempercepatkan proses tukang masak. kalau terlupa, aku beli la sejenis ikan kat kedai runcit sementara tunggu anak mengaji. balik terus je mulakan operasi

selalu le amalkan asingkan bahan mentah untuk sekali masak je. senang, tak payah le nak rendam dengan air tiap kali nak masak. hilang manis dia....


Wednesday, 2 October 2013

Candy Buffet



syukur sangat-sangat, alhamdulillah

dengan izin-Nya dapat la aku naik satu bendul lagi

berkat izin suami, doa mak abah, perbincangan dengan adik, dorongan kawan-kawan maka beranak la IdaShazana Candy Buffet

haaaaaa,, nama tak nak kalah
insha-allah hasil pun aku tak nak kalah





image ni aku google saja sebab tab aku kena re-format. hang sebab anak dara install minion. mainan tu kata orang kedai tu memang menyebabkan banyak tab hang

dah re-format, semua pun hilang

lupa betul aku ada banyak gambar ada kat dalam tu. gambar angah shooting iklan, DIY kerja tangan

sodeh tauuuuuuu
especially gambar shooting tu, first time dia terlibat. dari pukul 5.50 pagi sampai 10.30 malam duk tertonggok kat set penggambaran

walaubagaimanapun, imej tu lebih kurang sama dengan apa yang aku setkan hari tu. giler ko nak amik yang hebat, kot kang tak mampu nak buat


maka dengan itu jugak aku nak war-warkan kat sini. kat fb dah aku post semalam.

sempena dengan anak angkat yang baru ni, aku ada buat sikit promosi


sapa-sapa yang bercadang untuk adakan majlis, aku bagi harga spesel akka unbelievable. RM50 aku charge untuk 25 pax punya hidangan

apa ada di situ?????
choc fountain beserta chocnya sekali
ngeh ngeh ngeh... tak guna ada fountain kalau tak de choc

choc fountain, marshmellow, ginger biscuit yakni biskut jejari, candy yang akan aku decide later, simple cupcake

amacam?...ok ke??

kot kalau korang nak tukar, boleh le dibincangkan

semua bahan dan simple deco aku sediakan, korang cuma perlu sediakan meja. kain lapik meja pun aku sediakan. kot kalau korang nak guna kain sendiri pun ok jugak

tapi dengan syarattttt...... lokasi di sekitar klang dan shah alam sahaja, tapi pun mengikut budi bicara aku. kalau shah alam jauh ke belah sana mungkin aku kena pikir sikit

kot kalau area puchong ke, banting ke... boleh kot aku consider tapi kasik la sikit belanja minyak untuk aku. sian la kat insan ni

u tolong i, i tolong u

semalam ada la 3 orang discuss dengan aku tapi date tak berapa sesuai pulak. diorang punya event 12 Oct tapi masa tu aku mungkin dah berakit-rakit ke kampung untuk hari raya

jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni yek

huhuhuhu... emas le sesangat kan