Thursday, 9 May 2013

Tips : Pengurusan Wang



Wahai adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik

Hari ni kita story-mory pasal kewangan

ahaks ... i is konon hebat

bukan hebat
kita share apa yang patut untuk dijadikan panduan dan peringatan


apa kaedah yang aku gunakan untuk mengawal kewangan keluarga?
bukan apa, duduk kat bandar ni duit keluar macam air paip
kena belajar kontrol kehidupan sekarang untuk kehidupan di masa hadapan

lagipun aku pikir laki bini kerja swasta, macam-macam hal boleh jadi. ini adalah ingatan untuk diri sendiri yang merangkap menteri kewangan pada keluarga

aku terpaksa mengaku,
bab kewangan en.suami kurang pandai handle.
dalam erti kata lain, dia adalah sorang yang voros.
Allah dah tentukan aku adalah kedekut, so match la each other.
so comel both of us

kebanyakan urusan aku suka buat kat maybank2u
gaji pun masuk kot situ jadi senang nak monitor
duit kereta je aku bayar cash kat atm

ni contoh statement credit card aku yek




apa aku buat??????????
apa jua jumlah yang aku guna, itu le yang aku akan bayar

maknanya aku guna rm2, aku akan bayar balik rm2
aku sangat la particular bab interest ni
sebarang interest credit card adalah sukar diterima

sila fokus di bawah...
bukan di bawah anda tapi di bawah ini 

sebagai contoh
aku guna RM1860 untuk beli bling bling pada 24 Apr
aku bayar pada bank exactly RM1860 pada 2 May

gap bayaran dengan penggunaan adalah tak jauh
jangan bayar lebih dari 2 mingg tarikh penggunaan untuk mengelakkan interest

interest adalah sangat hebat yek adik-adik

maka sekarang aku berhutang RM20.08 duit petronas... kejap-kejap lagi aku bayar



kiranya aku kurang membeli barang mahal kalau rasa diri tak mampu nak bayar
kumpul duit dulu baru beli

aku cuma assign astro untuk auto-payment tetiap bulan melalui credit card
ala...
berapa sangat la bill astro aku, RM 53.95 kalau tak de amik apa-apa astro first


selain dari tu, aku juga monitor closely semua bank aku
ahakssss... bank banyak tapi duit adalah ciput

maybank adalah bank utama

cimb adalah bank untuk satu transaction masuk tiap-tiap bulan .. tak banyak tapi kalau dikumpul tanpa usik insha-allah boleh jadi banyak. baru-baru ni menang RM1K untuk cocopie pun aku campak situ

rhb adalah bank untuk untung rugi side income kek aku. alhamdulillah ,,, ada la kat situ sikit



nampak card mmb tu?????...
tu adalah semua transaction credit card aku

semua aku monitor sesungguhnya
maka interest nan seploh sen pun aku tau

lain-lain tu tak yah bother ... tapi ada la maknanya tiap-tiap sheet yang aku buat tu



begitulah cara aku mengawal perbelanjaan

harap-harap memberi sikit panduan dan pedoman


paling penting ....
kalau tak pandai kawal perbelanjaan credit card, tak payah ambil. buang semua credit card kerna ia bakal membunuh kita sendiri. belanja memang seronok tapi akibatnya sendiri mau ingat


8 comments:

  1. Betul kad kredit ni kalau ada banyak tak guna pun still kena bayar, ruper2nyer ada annual fees ada Gov Service Tax. Sabar je lah... saya ada 3 ke 4 credit card... macam2 kisah. Depa bila promote tak cakaplah pasal fees nih... tiba2 tak pakai, tak activate dah kena charge GST... bila nak cancel blh pulak kata nak bagi waiver tak yah bayar annual fees dan GST... ntah... tak percaya... skrang ada 2 je credit card, pakai bila emergency, kadang2 satu card tak blh dibaca, kena guna satu lagi... tapi tu lah GST je dah RM50.

    ReplyDelete
  2. bgs la akk ni.. sm la sy, bank byk tp duit ciput..tp dlm ms yg sm sentiasa ingatkan diri agar sentiasa buat simpanan. kalau nk sesuatu yg mahal, menabung.. ;-)

    ReplyDelete
  3. In detail betul. Kad kredit ni memang berhantu , tak kena gaya tercekik kita.

    ReplyDelete
  4. sy dr ritu suami nk apply.tp saya tahan tahan.hmm takut sgt terjebak n terhutang.kalo andai kata 1 hari sy pakai.pasti! akan ikut cr sis =)

    ReplyDelete
  5. Tak suka annual fees. Sebab tu skrg cuma ada 1 kad je

    ReplyDelete
  6. Sama-samalah kita berhati2 dgn penggunaan kredit kad ni

    ReplyDelete
  7. JunAina : terpaksa detail, senang kita nak tau mana lesapnya duit

    ReplyDelete