Selamat Hari Pekerja semua
Tak kira la kita makan gaji atau suri rumahtangga
Kerja tetap kerja beb
Yang makan gaji tetap kena buat kerja bila balik rumah
Susah untuk mengelat especially yang dah ada family
Maka, bila tiba Hari Pekerja dapat la buat kerja rumah dari pagi sampai ke malam. Dari celik biji mata sampai nak tutup biji mata, tak de rehat langsung
Masak paling penting.
Sebelum burung berkicauan kat lubang telinga, kena bertindak pantas. Breakfast yang simple je. Lepas breakfast, terus masak sekali untuk lunch.
Sementara masak un tuk breakfast, aku campak pakaian kotor dalam mesin. Bila siap masak, boleh terus jemur kain
Dah siap masak, baru dapat sapu sampah dan mop tapi aku selalu malas mop. Nasib ada assistant yang suka menyebuk. Selamat sikit tenaga
Lepas lunch, sibuk pulak dengan lipat kain. Aku tukang lipat je. Lepas lipat, sila la anak-anak kutip baju sendiri masuk dalam almari sebelum aku bertukar jadi incredible hulk
kalau rajin, lepas lipat kain aku terus iron baju sekolah yang menimbun. 3 anak punya baju sekolah
:(
Nasib la en. laki punya baju kerja tak payah iron. Kalau perlu iron pun, dia suka buat sendiri sebab dia kata aku iron cincai je
hamboi hamboi ... sentap temah
tapi sebab cincai tu la aku selamat dari satu kerja
malam .... badan penat
melepek la jawabnya sambil bising kat anak-anak suruh ulangkaji pelajaran
sekian la diari seorang ibu mithali
kesimpulan : tak de istilah rehat
kan?
ReplyDeletekalaulah ada hari buruh utk ibu/ isteri, alangkah heavennye..
:p
cuba la declare sehari
ReplyDelete