Huhu... cepatnya Monday
Baru je rasanya dengar khutbah Jumaat
Tapi tak de istilah Monday blues, pagi-pagi kena double confirm satu menda penting dengan assistant aku, tak boleh miss. Ni melibatkan department, kepentingan haruslah dijaga. Kalau boleh kesalahan perlu dielakkan, lagi-lagi silly mistake
Korang ada amik PTPTN tak waktu belajar dulu?
Dulu aku rasa tak de femes sangat lagi, sekarang jangan cerita. Masuk je U mesti apply
Tapi aku terpikir,,,,, keperluan atau kehendak?
ni nak cerita satu cerita sedih
dulu aku tak de amik ptptn tau
kenapa sedih?????
sebab di waktu kawan-kawan kaya dengan duit, aku adalah kedana. bukan main hebat diorang shopping. levis la, baju cantik-cantik. dapat duit terus outing bandar melaka
kenapa aku tak amik????
sebab abah aku akka en. omar baki kata tak yah. dia kata dia rasa mampu support aku. lagipun lepas kerja tak yah la bayar hutang. aku ok je, tak de pun membantah. tak tau kenapa aku tak memberontak bila dia kata macam tu
ooooo... baru teringat, aku adalah anak yang soleh
:)
bila teringat pasal beban hutang dan kos pelajaran yang makin tinggi di masa depan, aku ambil kesempatan dengan menabung untuk anak-anak
3 stooges punya akaun
aku akan pastikan duit tabungan diorang + duit raya diselitkan kat ptptn. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. harap-harap bukit tu nanti akan tukar jadi gunung
yang penting... dapat pelepasan cukai
oh cukai .... sebab kedua kenapa aku bukak ptptn. masa diorang kecik aku letak duit tu dalam maybank & public mutual
dan sekarang aku rasa gumbira
kalau tak kerna abah yang tak kasik aku amik ptptn,,, mungkin hidup aku dihimpit hutang. walaupun sikit, hutang tetap hutang
aku tengok ramai kawan yang terbeban, kerja tak de tapi hutang dah menunggu
syukur, alhamdulillah
terima kasih abah
untuk kawan-kawan, kalau rasa tak perlu maka tak payah la ada PTPTN. kalau betul-betul tak berkemampuan, memang la ia jawapannya
ramai yang berkereta ke U tapi masih nak ambil. sah-sah mampu, kalau tak takkan mampu ada kereta
kita sendiri tau samada ia keperluan atau kehendak
sekian, ceramah kenali diri dari saya
llalalalalalla
langkah yg bijak
ReplyDeletesalam idashaza…maaf ye baru sampai ke sini dr brunei. mmg betul la sesangat tindakan abah u tu & harap2 anak cucu dia pun senang tanpa bebanan hutang.
ReplyDeleteLangkah bijak pandai
ReplyDeleteRostina : bersusah dahulu bersenang kemudian. Insha allah
ReplyDelete