Thursday, 10 July 2014

German Cookies..... dari Klang



biskut ni glemer 2-3 tahun lepas kot

semenjak dari zaman keglemerannya, kak ton tak pernah miss buat tiap-tiap tahun bila raya. bila tak raya pun kalau terasa nak makan, kak ton buat jugak

anak-anak kak ton suka je dengan biskut ni. minggu lepas buat 3 balang, tinggal nyawa-nyawa ikan je biskut tu sekarang

berbuka makan, sebelum tidu makan, sahur pun makan. tak kuasa nak melarang, biar le diorang makan puas-puas. suka je bila anak menikmati air tangan kita

buat pun tak susah mana, bahan pun semua dah ready dalam peti ais. tinggal nak merajinkan diri je




125 gms butter
40 gms gula ising (kak ton guna 30 gms sahaja)
125 gms tepung kentang (starch potato)
80 gms tepung superfine (tepung gandum pun boleh)

CARA:

Mentega dan gula ising dikacau hingga ringan. Masukkan dua2 tepung yang telah diayak. Uli guna spatula hingga sebati. Dohnya lembut sangat. Simpan dalam plastik dalam peti ais lebih kurang 20 minit. Kemudian baru gentel.

Bakar dalam suhu 170 darjah selama 15 minit.

kali ni buat bentuk lain sikit, asyik bulat penyek je. kak ton canai. ambil batang chopstik, celup hujung dia dengan air, celup dalam gula berwarna, tenyeh kat tengah biskut





bila anak suka, ibu pun gembira

senyum mekar sampai ke dahi
ko dah kenapa senyum macam tu?...senyum senget??




sapa yang nak rasa tapi malas buat??.. meh datang klang, meh datang rumah mak kat kampung



Wednesday, 9 July 2014

Puding Roti Caramel yang Lazat



alhamdulillah
kita dah berjaya melepasi 10 Ramadhan

semalam sempat buat puding roti caramel untuk berbuka puasa. kak ton biasanya untuk berbuka suka makan kuih muih, nasi tu kurang sikit. walaupun kurang makan nasi, badan tetap maintain gajah dan badak ye. takdo tanda-tanda menghampiri jennifer lopez

anak-anak kak ton macam biasa jugak, bila suruh makan benda yang lain sikit mesti buat muka buah mengkudu. nak tak nak kak ton sudukan je terus kat mulut diorang

tak hagak-hagak lepas tu kata sedap. tu la, combong lagi. lepas sembahyang isyak, tau-tau semua puding kat atas meja dah lenyap. en.suami yang kurang makan makanan manis pun join sebat sekali

terus kembang idung kak ton, extra 3 inci dari kebesaran biasa



bukan main senang nak membuatnya. lepas ni tak de le istilah roti expired lepak dalam tong sampah. sakit ati tau


sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ 1cwn susu cair+1cwn air suam
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara

Cara membuat gula hangus.
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je




confirm sedap

tidur dalam senyuman je semalam



Tuesday, 8 July 2014

Persiapan Raya



tak de persiapan hebat apa pun yang kak ton buat untuk raya ni kecuali untuk anak-anak

no langsir raya, no perabot raya

mood tak de, hati tak de, gembira tak de....
cuma ada sekeping hati yang parah berdarah

ke mana nak balik???... bila nak balik???
pun tak de dalam fikiran. cuma nak tengok senyuman anak-anak dan suami di pagi raya, senyuman mak dan abah


semuanya persiapan untuk anak je, untuk diri sendiri cuma sepasang baju kurung yang dah lama beli. kalau tak, memang tak de langsung le

biskut untuk mak dah buat tapi ????....
hari ni rasa nak menangis je


tak pe, aku terima je kesakitan ni

selamat berbahagia pada yang lain

sekiranya aku berada di pihak yang benar, Kau tunjukkanlah kebenarannya. sekiranya aku yang bersalah, Kau ampunilah dosa-dosaku



Monday, 7 July 2014

Tak Faham



keadaan sekarang ni macam tak betul je

di saat seorang ibu menangisi kehilangan seorang anak, seorang lagi bapa sewenang-wenang menamatkan riwayat anaknya sendiri





anak pelakon linda rafar yang baru berusia 12 tahun telah kembali ke rahmatullah pada sabtu lepas akibat kanser perut

sedihnya
memang ajal maut kerja Allah tapi bila fikirkan, rasa tak tercapai dek akal. baru 12 tahun tapi terpaksa mengharungi kesakitan dan penderitaan

sedih ... di saat kawan-kawan lain lari-lari kat padang main bola, dia terlantar kat hospital



yang ni pulak double the sedih aku rasa

kehidupan berakhir di tangan bapa sendiri. bapak tau????.... bapa yang membawa dia ke dunia. bukan penjenayah, bukan perompak

sebabnya... 
si anak yang 17 tahun tu cakap nak kerja, nak bantu keluarga

kalaupun marah, apa hak dia untuk mengambil nyawa orang lain. sekarang, bila dah takut, lari entah ke mana tapi berapa lama boleh menyorok, berapa lama boleh tenangkan hati



Friday, 4 July 2014

So Touching



https://my.entertainment.yahoo.com/video/wedding-move-rowden-leizel-171220787.html


Early this year, Rowden and Leizl decided to get married on July 8, 2014, Rowden's 30th birthday. Together with their adorable 2-year-old daughter, they already had a perfect family. Then a twist of fate, Rowden got diagnosed with stage IV liver cancer in late May. His last request was to marry his one true love. After 12 hours of preparations, his dream was fulfilled. Unable to take him outside the hospital, we brought the church to him. It was like a heartbreaking fairytale. Rowden Go, at the age of 29-years-old, passed away on June 11, 2014. Less than 10 hours after he said his vows. He is survived by his wife Leizel May, daughter Zakiah Rowzel, mother Lorelei, and brothers Hasset and Hisham.


watch the video, then u know

life is so short


kak ton ada abang dan adik yang dah kembali ke rahmatullah. actually, arwah abang kak ton sekali imbas macam pesakit dalam video tu

bila kita pernah kehilangan, baru kita tahu macamana rasanya. bila kita pernah bersama-sama melihat kesakitan, baru kita tau betapa peritnya untuk menanggung


al-fatihah untuk arwah Yang dan Ijam

al-fatihah pada semua yang telah pergi, yang masih berjuang dengan kehidupan



Thursday, 3 July 2014

Roti Jala ... pandainya along



sebut je nama along, mesti semua pun tau dia anak yang sulung

pada yang tak tau (korang tak kesah pun kan?), my along adalah lelaki tapi sangat la boleh diharapkan. banyak benda yang kak ton suka mintak bantuan dia dari angah dan iwan

kalau kak ton sedih, dia la yang banyak bagi kata-kata semangat. kalau kak ton tak sihat, dia picitkan kepala. boleh katakan tiap-tiap malam kak ton suruh dia urutkan belakang. dalam erti kata lain, kak ton telah mengambil kesempatan atas ringan tulang along. heheheheh

hari tu, masa nak tukar kereta lain... kak ton plan nak amik city, tunjuk kat along. dengan spontan dia kata "kecik, nanti susah nak bawa atok jalan-jalan". tacing sungguh kak ton rasa dengan dia. 

kalau beli kasut, bila orang sebut kaki dia besar,... mesti dia akan cakap "along ikut kaki atok". tapi memang besar beno le pun kaki dia. lagi besar dari kaki ayah dia jadi ayah dia. sekarang diorang dua beranak boleh share-share kasut. tahun lepas kasut raya dia, ayah dia berkenan. so diorang tukar suka sama suka




semalam punya kari ayam ada lebih, sayang pulak nak ditongsampahkan. jadi kak ton amik keputusan buat roti jala

kak ton baru jala 2 keping, along menyengseng lengan baju tolong kak ton menjala. kak ton rasa nak jerit gembira tau sebab jam dah nak pukul 7




tengok le hasil kerja tangan along. kemas je jalaan dia

memang dia suka ke dapur. tolong tumiskan bawang, tolong blend, tolong perah santan 




400 gram tepung 
1 biji telur
2 cawan santan
secubit garam
sedikit serbuk kuning
air secukupnya

kak ton kacau semua dalam mangkuk, lepas tu terus blend. air tu ikut kesesuain. semalam ada sukat tapi sekarang dah lupa tapi rasanya dalam 2 cawan suku gitu

seeloknya rehatkan 1/2 jam sebelum menjala



along, few years back .... 
berkain pelekat sambil tolong ibu siapkan tempahan cupcakes

tq along.... ibu n ayah sayang along



Ramadhan 3 & 4



hari isnin sepatutnya balik pukul 4 tapi tak berjaya balik awal sebab nak settlekan kerja urgent untuk closing. tak pe, kak ton tak kesah walaupun vontot kak ton dah melompat-lompat dari kerusi

maka.... 
puasa ke-3 dan ke-4 dah habis closing, boleh le pecut. bangga rasa, pukul 4.20 dah ada depan pintu pagar 


potong bawang, potong satur, keluarkan ikan dan sayur

kena ambil iwan dan angah kat sekolah agama lepas ni. tak pe, ngam-ngam pukul 5 kak ton tertenggek depan sekolah

hangin lintang melanda. berjanggut aku tunggu diorang. memula tak berapa nak angin sebab aku tau mesti diorang beratur amik bubur lambuk kat masjid tepi sokolah. bila angah datang, cakap iwan ada kat tepi longkang tengah ambil ikan.... waaaaaa, i is bengang

setengah jam kak ton dalam kereta n dia boleh bergembira menangguk ikan. gembira ya,,,,,,, tengok le nanti

tapi puasa, tak mo marah lelebih. marah sikit-sikit untuk mewujudkan suasana takut tapi rupa dia macam tak takut langsung. nyampah. sikap singa kak ton selalu kelihatan, jadi semua orang pun dah kurang gerun

walaupun marah, kak ton berjaya masak kari ayam, sayur. 2 lauk semalam pun tak habis jadi diorang join memperbanyakkan lauk atas meja. kuih cakoi beli je kat pasar campur dengan bubur lambuk

selesai Ramadhan ke-3




Ramadhan ke-4

iwan tak pergi tangkap ikan. mungkin dia sayangkan telinga dia dari kena suara petir kak ton. bagus cayangggg, dengar cakap ibu

wahh...... kari ayam ada balance lagi. nak buat roti jala la

sebelum menjala, masak lemak udang dengan nenas, sayur dan ikan bakar dah ready



Wednesday, 2 July 2014

Kak Ton Menang



bila dapat benda free, sapa yang tak suka kan walaupun benda tu tak de nilai

tak kira .... nak happy berganda-ganda jugak

kak ton masuk peraduan ni pun dah last day, 31 Mei

kena beli pek berkembar rexona yang ada logo peraduan. bulan lepas ada la beli satu pek. tengok-tengok bila balik rumah kak ton dah tersalah beli daaaa.... tak jadik le nak sms nampaknya

31hb tu kebetulan pergi tesco, tu yang beli lagi sekali. malam baru kak ton sms


nampak tak nama kak ton kat atas tu??...

diorang hantar sms minggu lepas


walaupun hanya dapat saguhati, pek rexona rm30 tapi tetap senyuman menawan kak ton lemparkan pada semua. masuk sebab suka-suka je

dah lama tak menang peraduan

dengan adanya rexona free ni, mudah-mudahan ketiak kak ton wangi harum semerbak di pagi raya. dah tak rasa malu nak kembangkan lengan baju sambil kibas-kibas kat muka orang

hahahahahaha,,, itu giler namanya



Tuesday, 1 July 2014

Puding Coklat Mudah



kak ton ni penggemar dessert. pantang le nampak dessert, mesti hati tertawan

mmmmmmmmm..... sedapnya kalau dapat makan dessert. mungkin tu badan mengembang tak sudah-sudah. desset kan selalunya bergula, gula kan penyebab mok mok

resepi senang lenang ni kak ton dapat dari chef astro. sekarang semuanya di hujung jari je




250ml susu segar
25 gram dark choc
1 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
kekacang secukupnya

cairkan chocolate dengan kaedah double boiler
apa itu double boiler????

letakkan mangkuk yang berisi chocolate dalam periuk yang dipanaskan atas api. kaedah yang betul adalah air mendidih tu jangan bagi cecah vontot mangkuk

dalam periuk lain, masukkan susu, gula dan tepung. kacau sebati sampai tepung tak bergumpal. kalau tepung bergumpal, hasil bakal mengecewakan ye. masak sampai adunan pekat

tutup api, masukkan choc cair tadi. kaup balikkan sampai sebati

masukkan dalam bekas comel, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam

hiaskan dengan kekacang yang dibakar dulu, baru le krup krap

dah siap, tak payah berlenguh kaki ke pasar ramadhan untuk membeli juadah pencuci mulut


Diary 2nd Ramadhan



Alhamdulillah... 
anak-anak berjaya menyudahkan puasa di hari yang kedua

melayan permintaan diorang yang nak ke pasar Ramadhan. kalau ikutkan hati, malas je nak pergi sebab juadah kuih dah ada dalam kepala

sempat siapkan gulai jenahak masak asam tumis rendang, sambal kerang dan kangkung belacan sebelum berangkat ke pasar Ramadhan

kena ikut sekali kalau en.suami pergi. kang tak pasal-pasal separuh juadah dibelinya. last-last tong sampah tolong makan sekali. membazir which aku langsung tak berkenan

sambil-sambil tu ambik baju raya kat tailor. minggu lepas aku dah melalak sedih. memang le aku ni gemuk tapi tak de le besar batang balak. aku ingat orang berat 150 kilo pun boleh pakai kain aku tu. dah le terbalik buat, besar bagai nak giler. empat orang pun bole muat kot

haih.... 
penghinaan secara sipi-sipi yang diterima

aku buat 2 ton warna. patutnya baju aku warna pink, kain warna turqoise. angah pulak baju warna turqoise, kain warna pink. dah dua-dua sama je. stim telah dipotong dengan kesalahan ni

actually.... tiap-tiap tahun mesti tailor ni bermasalah tapi dia je yang paling dekat. baju raya 3 tahun lepas kot sampai sekarang aku tak dapat-dapat lagi walaupun duit dah bayar. sama jugak kekdahnya, besar macam dinousor