Tuesday, 17 September 2013

Orang Minyak



Sambil tunggu angah habis shooting, mari tangkap gambar sendiri


Oooeemgiiii

Muka saya penuh dengan minyak


Oreo Si Hitam Manis



Lagi resepi dari buku Siri Blogger Masakan

rasa sedap cuma gambar je tak senonoh sebab...... hukhuk, malas nak cerita. biar la diri sendiri menahan rasa sedih di hati

biskut ni ada rasa pahit-pahit koko sikit tapi aku suka. pahit sikit je, tak de le sampai juling-juling bijik mata ko nak tahan rasa pahit tu

macam peria la ni kiranya...
pahit tapi sedap dimakan




Bahan A

280 gram mentega
200 gram gula aising
1 sudu teh esen vanilla


Bahan B

250 gram tepung red rose
50 gram tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik - ayak 3 bahan ni
50 gram serbuk koko
20 gram serbuk oreo

Bahan-Bahan Hiasan
Serbuk oreo
Coklat masak putih
Cup kertas

Pukul bahan A dengan kelajuan sederhana hingga sebati.

Tambah bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.

Bulatkan doh dan golek dalam serbuk oreo, susun dalam cup kertas

Bakar pada suhu 150 darjah selama 30 minit atau hingga masak

Cairkan coklat putih, masukkan dalam piping bag. Paipkan atas biskut




Friday, 13 September 2013

Blogwalking



masa bebaru ada blok dulu, susah jugak nak paham bahasa komputer ni

mana taknya, kita kan gadis kampung dusun. kumpul duit lapan tahun baru dapat beli komputer, tu pun komputer second hand je. masa beli pun bukan main kembang idong,,,, padahal orang dah ada 4 komputer kat rumah

antara perkataan yang aku selalu dengar adalah blog walking

kadang-kadang bila pergi blog orang, tengok ada komen..... blog walking kat sini kejap

apa kejadahnya blog walking itu????.... batu blok aku tau le. ada batu blok merah, batu blok biasa



dah namanya tak pandai,,, kena la tanya pada yang pandai


ooooooooooooooo.... jalan-jalan blok orang rupanya & tinggalkan kesan kedatangan kita tu dekat blok dia. kalau kucing meninggalkan air kencing dia, kita yang manusia ni tak dapat le berbuat sedemikian. maka tinggalkan la tulisan

yang biasa aku tengok ......
dah follow u, follow be back

appanihh.....
dah follow tu dah le, nak paksa orang untuk follow balik pulak. pandai-pandai le tuan punya blog tu tengok sendiri blog dia. nak follow atau tak itu adalah kehendak peribadi. tak mo paksa paksa ye.



tapi..... korang geram tak bila jumpa macam ni




mencik aku.....
hilang ghairah nak komen kalau tercongok 

memula dulu ada gak la aku tulos word verification tu tapi bila memanjang ke salah... tak kuasa dah kak ton. bila nampak, terus je aku cabut 


jadi.... sila diasable kan menatang ni yek. 

baru le berpusu-pusu peminat datang berkomen.... berpusu-pusu dan bertingkek-tingkek


Ibu Negara yang Baru???



memula penat dok pikir tang mana ibu negaranya

naik bontang bijik mata cari, otak pun tak boleh pikir.....huh, slow giler pikap




heheheheh..... comelnye pemikiran dia



Thursday, 12 September 2013

Badam Oreo




mari sini kawan-kawan tengok resipi biskut raya yang nak aku kongsi

apa barang share resepi biskut???... syawal pun dah habis

heloooooooooo, bulan depan ada raya haji tau

korang tak buat biskut raya di raya haji??..
aku buat, memeriahkan suasana

bagi kami satu family, raya aidilfitri atau raya haji sama je meriahnya. tetapi buat lemang, rendang, biskut, pakai baju cantik. yang tak de cuma duit raya. kitorang tetap pergi beraya rumah sedara mara kalau sempat




biskut ni melepasi tahap piawaian tekak aku. tekak anak-anak dan adik-beradik pun lepas dengan jayanya

kenapa aku angkut adik-beradik dalam ini gambar??? sebab aku buat raya hari tu.... licin ko

sumber : siri blogger masakan kak ita


Bahan A
130 gram butter
20 gram lemak sayuran
80 gram gula aising
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
170 gram tepung red rose
50 gram serbuk badam
40 gram tepung jagung
50 gram tepung suji
semua pun diayak sekali

Bahan Hiasan
coklat masakan putih - cairkan
biskut oreo - kisar

Pukul bahan A dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
Masukkan bahan B, uli menjadi doh
Terap doh dengan acuan. Bakar 150 darjah, 25 minit
Bila dah sejuk, paipkan coklat putih dan taburkan biskut
Biar coklat mengeras sebelum simpan




kenapa tak nampak coklat kat biskut aku???

nak ngata aku nipu la tewwww.....

i is malas la

tak de coklat pun dah lajat berkrim

kalau ada maid nanti aku try letak coklat yek
bila aku ada maid????

sampai sudah pun takkan ada....heheheh, tak kuasa i

Wednesday, 11 September 2013

Mc Queen Car



bila dalam keadaan jakun, kita kena letak banyak gambar walaupun semuanya gambar yang sama

apa ada heran, tonggeng sikit dah nampak lain sikit

politik sungguh, kan??


pertama kali buat kek 3d kereta

perasaan dup dap...
takut menghampakan imaginasi orang 




kalau uolls yang beli, hampa tak dengan hasil macam ni??

iolls harap uolls ok, terima seadanya

gini la kalau buat kek, perasaan berdebar dan takut tu selalu ada

maunya tak... orang bayar & expect something. nak-nak pulak untuk special occasion

haaaaaa... gitu le, cakap omputeh pulak kekdahnya




saja aku tambah kotak hitam putih tu, kasi tutup board. board besar punya la susah aku nak cari, dapat yang kurang sempurna

tokey kedai bagi diskaun seploh sen

rasuah la tew.....





ko senyum ye kereta.....

aku ni ha berdebar, macam perli je







inside ... choc moist

kek 2kg + fondant dah jadi 3 kilo setengah

tu belum masuk kotak kek

:)


Tuesday, 10 September 2013

Terbaru di Pasaran



HANGAT ..... HANGIT


produk terbaru di pasaran, baru je launching pagi tadi pukul 9.30

SOMSONG S7




aku bagitau secara ringkas kelebihan somsong s7 ni

phone + camera
wifi
auto upload FB, IG, keek (pandai je dia cari sendiri apa yang kita ada)
video

kesimpulannya ... semua yang phone & camera ada dia pun ada



yang lagi hebat .....
boleh guna dua-dua site, atas dan bawah

canggih kan????

stok terhad je katanya
aku dah sambar, korang tunggu apa lagi

Monday, 9 September 2013

Amboi,,,, Balas Nampak



Bukan aku plan tapi begitu la ketentuan Illahi

Dah dekat seminggu aku batuk. Batuk yang jenis tekak kering tuh, pedih betul rasanya. Bila batuk, rasa urat perut ditarik-tarik. Hamboi.... over sungguh cara nak describe kesakitan yek

Badan pun rasa sakit-sakit, kurang bermaya

Kebetulan Khamis malam ada jemputan open house kat Port Klang. Entah apa mimpi en. suami ajak pergi, aku pun apa lagi......sorok la dapat makan free, tak payah masak. terus lompat bintang sambil pakai baju kelawar warna kuning

sedang elok je sampai rumah kawan en.laki, punya la aku batuk non stop. tak pernah dibuat teruk macam tu, selalunya boleh stop

haiseh... siap semput sekali. pun fisrt time perkara ni terjadi. mesti tetamu pandang serong kat aku... dah tau sakit tapi nak datang melantak jugak

kalau dengaar ayat begitu masuk lubang telinga, mau aku lari-lari dalam kepekatan malam sampai tertinggal sebelah kasut. maka jadik la aku cinderella versi kampung 

hasilnya ,,,, jumaat aku mc

hasilnya... ni yang abang ajoi upload kt fb



serangan balas nampaknya

dulu aku buat,,, sekarang dia pulak yek 

haip.... biasa tuh, melawan boss




ni yang aku buat kat abang ajoi dulu...

heheeheheh, tak kesah langsung

***** kena pikir cara lain nak kenakan dia nih. tak boleh dibiarkan 

:)



Saturday, 7 September 2013

Al-Fatihah



Sapa tak kenal dengan pelakon handalan ni?... 
pasti semua pun kenal

kalau berlakon jadi garang, memang garang betul

aku suka jugak tengok dia berlakon


sesungguhnya hari ni Allah telah menjemputnya




 kanser payudara telah membawanya pergi

jenazah bakal dikebumikan di Johor esok

Al-Fatihah

semoga berada di kalangan orang-orang yang beriman



Thursday, 5 September 2013

Kek Lapis Cheese Persona



hari sejuk kan?....
tak pasang air-cond pun boleh tido leleh-leleh.

kalau sejuk perut mesti cepat keroncong

meh sini nak dengki... meh sini tengok kek lapis yang sedap dan senang ya amat nak membuatnya




dah pernah share resepi sebelum ni

tak pe, baby share lagi sekali untuk tatapan dan kopian semua

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 gram
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.


bahan wajib yang kena ada adalah whipping cream, biskut marie, cream cheese

bahan tak wajib adalah tempat telur tu



ini dipanggil gula di atas penimbang digital



whipping cream yang dah siap dipukul



model bernama along ni jugak tak semestinya ada

motif dia berkeliaran kat sini jugak tak mampu dikesan



macam ni la cara nak menyusun biskut marie

susun ikut suka sendiri



bila dah susun, letak cream cheese

buat je la gitu sampai habis. yang penting cheese kena ada bahagian atas



lambat betul nak tunggu 6 jam

kalau 6 jam bahagi 2 boleh tak?...

penantian satu penyeksaan tau

kesimpulan, buatlah di waktu lepas makan. by the time perut lapar, dah bole makan