Tuesday, 3 April 2012

Lemon Rosemarry Chicken Grilled



Anak kesayangan mintak mokcik buatkan ayam ni




Ibu misali ini tidak mampu menolak
--- bajet pemenang anugerah ibu misali 2012 ---


LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering (saya guna 1 1/2 sudu teh rata measurement spoon. Kalau terlebih sangat nanti pahit
Garam 2 sudu kecik (sudu plastik kfc)
Cara:
Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit. - Saya tak rebuspun, terus cucuk2 and sumbat dlm ayam b4 bakar
Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.



Kentang sangat la keras bila dipanggang macam ni
No choice, kena keluarkan & goreng pulak
Sungguh la tak sihat
Gemuk la mokcik kalau cenggini



Coleslaw pun berstatus sedih dgn warna pucat
Carrot tak de, semata-mata kobis je

Walaupun begitu, lokasi terakhir tetap kat dalam perut mokcik


Ayam dan kentang dah ready
siap kena lumur....now nak dipanggang

Note: Seeloknya kalau nak makan dinner..buat petang atau pagi..perap semua dan bungkus dengan foil..pastu simpan peti sejuk..nak guna baru bakar..lagi sedap sebab herbs tu dah mesra dengan ayam


2 comments:

  1. next time kentang tu direbus atau di stimkan, pas tu, lumur butter kalau mau, sedikit kiub ayam dan parsley flakes.....makan panas2 sedap!

    ReplyDelete
  2. berbesar hati bila kawan lama sudi dtg

    nanti nak cuba la buat. tak tau kenapa hari tu tak bole pikir yg kentang tu keras

    ReplyDelete