Ni misi mengabihkan roti yang dah nak expired
Para kulat & parasit tengah stand-by je kat ujung pintu tu
Kalau mokcik lambat, betepek le diorang kat roti
Dasar tak bagi chance orang nak relex
Lagipun.....
Maka, gigih dan terbongok2 terbongkok2 la mokcik cari resepi yg seswai
yg bahan2 dah ada kat dapur
ye la...kata nak jimat kan
korek je semua benda yg ada
Sumber : citarasawan
Bahan-bahan
4 keping roti gardenia - buang tepi, siat kecil2 + rendam dengan 100ml air
50gram gula
1/4 teh garam
200ml santan kotak
100ml air
60gram tepung beras
20gram tepung sagu
1 sudu teh coklat emulco
Cara-cara
1. Blend roti yang direndam. Ketepikan
2. Satukan air, santan, gula dan garam. Masak hingga gula larut, biarkan suam.
3. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
4. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama-sama roti tadi.
5. Bahagikan kepada 2 adunan, satu warna asal, satu lagi dicampur dgn coklat emulco.
6. Tuang warna asal dalam acuan, kukus selama 5 minit.. Tanpa mengangkat pengukus, tuang adunan coklat pula.
7. Lap tutup pengukus dan kukus lagi selama 10-15 minit dengan api sederhana.
Dah siap....
No comments:
Post a Comment