Thursday 31 October 2013

Labelling untuk Candy Buffet



Paham ke bila tengok tajuk??...

aku hentam je
kengkadang bukan senang nak carik tajuk yang indah di pandangan dan dekat kat hati

rentetan dari candy buffet kat bandar seri putra baru-baru ni, alhamdulillah aku dapat lagi order

walau order simple tapi aku suka. bole asah bakat (kot le ada bakat) dan kemahiran

kenapa aku kata kemahiran??...
sebab conversation tru wassap & sms berlaku selasa tengahari. waktu tu aku punya la busy dengan something. dia kata barang kena sampai kat jln yap kwan seng selewat-lewatnya khamis

tak ke haru-biru dibuatnya

how to deal with this last minute order yet interesting??..



alhamdulillah....

oleh kerna aku rasa dia tak cerewet, sonang le kerja aku

design pun dia ada bagitau

majlis kawin tema hijau & gold



apa yang dia nak???

alas meja, label untuk candy yang dia akan set up sendiri, 6 frame dgn wording 

aku bagi alas meja warna putih & sehelai warna gold. alas gold lebih menyerlah aku rasa kalau nak dibandingkan dengan hijau

lagipun label dah hijau... takkan semua pun nak hijau. kena la ada yang contra sikit


 

tu dia ....Arifah & Azwan

ekceli dia kata nak frame lain tapi aku dah bagitau siap-siap. since aku tak de masa nak cari frame yang dia nak, aku mungkin akan bagi apa yang aku rasa sesuai

frame utama aku bagi jugak stand supaya nampak lebih tinggi dan menyerlah dari benda lain



ada masa sikit, aku buat tali penggantung jugak. kot kalau di nak guna. match dengan label tu



alhamdulilllah ... siap seperti yang dirancang.

takut pulak aku nak guna courier, takut ada problem & barang tak sampai. jadinya aku minta tolong despatch yang kebetulan ada pergi kat situ untuk hantarkan. ok la tu, ada la duit makan untuk penat lelah dia


7 comments: