Thursday, 7 November 2013

Lakse Kuale



dah lama rasanya tak menunjuk-nunjuk pasal makanan

minggu lepas tak bagus untuk meriakkan apa-apa sebab seminggu mak abah datang. sah-sah le mak yang masak untuk perut aku dan seisi keluarga

anak-anak especially iwan gumbira la dapat makan masakan opah dia

sekarang.... aku buat teh pun dia kata tak sedap. kuangjo kan?... teh pun nak dibandingkan

nasi goreng aku pulak memang soheh dia tolak mentah-mentah

sentap tak korang??...
dia rasa hujung sudu je nasik goreng aku sambil juling-juling bijik mata. pas tu cakap "mmmmm, bukan pah yang buat, tak sedap macam pah"

tak pe le sayang. ni ha ibu masak lakse kuale. pah tak pernah buat untuk korang. jadi tak dapat le korang buat pebandingan

heh, pandai tak ibu?




lakse memang favourite diorang. jadi tak de objection. laksa masuk dalam perut dengan senang hati




disebabkan aku rasa aku pakar giler masak laksa, semua pun main campak-campak je




aku cuba yang terbaik untuk bagi apa yang aku buat semalam

1/2 kilo ikan sardin
 6 ulas bawang merah
2 sudu cili kisar
kalau nak pedas, boleh masuk cili padi
belacan sebesar ibu jari
8 keping asam keping
1 cekak kecik daun kesum
1 batang bunga kantan

rebus ikan dan asam keping. air terpulang banyak masa sebab nak masakkan ikan. sejukkan, air jangan dibuang

masukkan air dalam periuk lebih besar

blend pulak bawang merah dan belacan. masukkan dalam periuk

blend isi ikan pulak. masukkan dalam periuk. tulang temulang ikan pun kisar. tapis air yang diblend dalam periuk. ulang 2-3 kali sampai air warna putih

pasangkan api, masukkan daun kesum dan bunga kantan. adjust kuantiti air yang kita nak. ada yang suka cair, ada yang suka pekat

bila dah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. kalau kurang masam, tambahkan asam keping


Untuk hiasan.....
potong cili merah, limau kasturi, daun salad, bawang besar dan timun

aku tak suka telur rebus, letak telur mata kerbau lagi menggiurkan



bukti ..... habis satu bekas laksa aku

kembang kuncup hidung




laksa lagi sedap kalau dah semalaman sebab asam keping semua dah bergelumang. masam dah keluar,,,,

sodapnya air tangan sendiri. mata ke atas sebab perasan, syok sendiri

8 comments:

  1. laksa letak telur mata? eh xpenah mkn lg ni.hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lakse kuale tu...

    tapi kakcik tak pernah makan lakse dengan telo goren

    ReplyDelete
  3. aduhhh lama tak makan laksa...waaa~~

    ReplyDelete
  4. wahhh..memang menyelerakan...

    ReplyDelete
  5. kalau dah lama tak makan, bole la try buat. mesti tak menyesal

    ReplyDelete