Wednesday, 13 November 2013

Sambal Udang + Ulaman



Korang perasan tak harga udang sekarang bukan main mahal. Semua pun main lebih 30 engget sekilo

Dulu masa ada bibik, tiap-tiap subuh yang hening di hujung minggu mesti pergi pasar besar. Udang baru 8 engget sekilo, besar-besar pulak tu. Kalau bulat-bulatkan sekor udang, boleh buat bola pingpong. Giler ke hapa kan makanan buat bola????....

Ikan merah besar baru 15 engget sekor. Sekor tu pulak boleh 4 kali masak kot. Ikan selar baru 3 engget ko..... yabedabeduuuu....heaven sungguh masa tu. tekak makan yang fresh aje, yang tak fresh i tolak mentah-mentah. Kalau yang dah masak i tak tolak sebab tak tau fresh ke tak

Sebagai amma pada anak yang minat udang, mesti sentiasa ada stok. Tak caya???.... sila tengok peti ais kak ton. tapi tak payah la caya sangat sebab kadang-kadang tu tak de jugak

dah jemu makan udang besar aku beli jugak udang kecik. not bad jugak tau, udang kecik ni aku rasa manis dan berkrim




kasi nyorok sikit itu udang



masak sambal antara makanan yang paling senang. nak bagi cili tu garing je amik masa sikit

hero adalah udang... bagi la dlm 300 gram

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 ibu jari belacan
3 sudu cili
semua pun blend sampai hancur


tumis bahan blend sampai garing. masukkan sikit perahan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan udang, garam, belahan bawang besar. kalau suka, boleh letak jugak sikit gula. sikit je tau, jangan sampai 3-4 senduk pulak. kang manis plak kencing korang 




aku suka makan sambal udang dengan ulam-ulaman

itu le sebenarnya rahasia kecantikan kak ton. kulit tegang ngalahkan kulit kompang
:)

tu ulam raja + ulam apa ntah. pegi rumah sepupu, dia bagi kitorang. katanya elok untuk cegah kanser

nama dia ______ tujuh duri

tiap-tiap kelompok duri dia ada 7 batang tapi jangan le korang makan yang ada duri tu. makan le tang pucuk, yang duri tu baru nak naik, lembut lagi

kot kalau tercucuk duri jangan salahkan kak ton pulak


 

4 comments:

  1. Sedap dan sangat menyelerakan..udang dah la favourite kita...huhu

    ReplyDelete
  2. pokok 7 bilah . tapi saya tak tau lak boleh wat ulam .

    ReplyDelete
  3. memang sedap kan?....terbukak je selera

    ReplyDelete
  4. haaaa..betul la tu nama dia. ada kawan bagitau nama dia lain sikit, ada 3-4 versi nama. not bad rasa dia, try la. awet muda, berseri2 muka

    ReplyDelete