Sunday, 24 February 2013

Kami Nak Solat



Angah n Fifi dah ready untuk solat

Apahal hidong Fifi senget macam tu?... comel katanya

Comel la sesangat yek




Lepas solat, siap-siap nak pergi tengok wayang


Konon nak tengok Jin Toncet tapi semalam tak de show pulak, aiseh...

Layan je la cerita Spider 3D ke hapa ntah


Punya la boring akka tak seronok

Hero heroin kontrol macho, tak de trill langsung. Kalau aku jadi director, aku cut dari mula sampai habih. Skrip pun tak de tone, straight memanjang. Bangla kat petrol pump pun boleh berlakon macam tu


Dari 5 bintang, aku lempar je semua bintang masuk tong sampah
Rugi duit aku tengok .. hek hek bukan duit aku, duit laki aku


Friday, 22 February 2013

Stock Pyjamas - baru punya



Dulu ada blog special untuk baju-baju ni tapi rasanya tak rajin pulak nak handle banyak blog. Jadi adalah bagus kalau semua pun aku longgok kat dalam ni

Lagipun aku bizi ngalahkan ketua kampung, maka keputusan ini adalah molek. Tak de le aku tergolek-golek untuk manage banyak benda








Harga adalah RM25 sepasang. Kalau ambil dua pasang aku bagi sikit kurang.

Size : 2 tahun sampai 7 tahun

Pada sapa-sapa yang selalu beli pyjamas ni mesti tau cutting dia kecik sikit. Jadi untuk keselamatan dan keselesaan, beli la yang besar sikit. Boleh la pakai lama sikit. Anak-anak pun kan cepat membesar


Barang lelong yang hari tu aku tunjuk pun masih ada lagi sikit. Biasa la, dah booking tapi tak nak amik. Last-last yang dikendung tak dapat, yang dikejar pun tercicir






Tepek Pisang



Huhuhuhu... sayang mak ketat-ketat.

How ketat?
Sorry, gGam gajah pun tak boleh lawan, gam uhu apatah lagi


Apa lagi makanan yang paling sedap kalau bukan masakan mak. Mak masak sadin pun rasa makan masakan chef wan. 

Balik kampung hari tu sempat la buat muka lima sen, "dah lama tak makan tepek pisang". Dengan harapan mak mendengar rintihan hati ini.

Aku tau, mak mesti akan buat. 
hehehe., ni namanya politik murahan

Korang tau ke apa tu tepek pisang. 
Ala,,,, macam lempeng la jugak, guna pisang



Termakbul la permintaan, makan tepek pisang di pagi hari

Senyum la aku sampai ke telinga


Meh kita tengok cemana mak aku mengerjakan tepek pisang ni.

Bahan sempoi sungguh, macam nak buat cekodok pisang dan lepat pisang je. Cuma yang ni menyihatkan, no minyak-minyak yek

Lenyek pisang, tambah tepung, secubit garam, gula



Dah siap, bentang daun pisang dan tepek la atas daun pisang. Jangan guna daun keladi, nanti gatal pulak tekak korang. hehehe



Letak pulak kelapa parut yang dah dicampur dengan sikit garam. Kalau rasa hebat, bole la letak banyak garam



tutup la itu pisang



masak la atas kuali leper, tak leper pun boleh. jangan lupa bukak api, berkurun pulak pisang tu tak masak-masak



dah siap. juling-juling bijik mata aku, sedap sangat la tu konon


Thursday, 21 February 2013

Kanak-Kanak Dibunuh dan Disimen Jadi Patung



Budak lelaki dibunuh, disimen jadi patung (Getty)


JAKARTA, 20 Feb (Bernama) -- Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan
umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan
ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia
tiga setengah tahun, yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang
jirannya.

Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu
terbongkar tengah hari semalam apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu
menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono,
Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau
busuk dari rumah itu.

Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad
Fahri kerana rupa bentuk ''patung'' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu
terus dilaporkan kepada polis.

Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.
Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat
dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.

-- LAGI

KANAK-KANAK-SIMEN 2 (AKHIR) JAKARTA
Suspek yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan
petang semalam, tidak lama selepas penemuan jasad Fahri.

Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata
suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai.

Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit
hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek
membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu.

Polis sedang memeriksa kesihatan mental suspek selain menyiasat sama ada
orang lain yang tinggal bersama suspek di dalam rumah berkenaan, yang kini sudah
dikosongkan, turut terlibat dalam kejadian itu.



hilangnya nilai kemanusiaan


Keluhan Hati Si Anak



Keluhan hati seorang yang bergelar anak

"Ibu, jom lah kita pindah rumah dulu, buruk tapi ramai kawan. Kat sini asyik-asyik tengok tv dengan main game je"


ohhhh... sedihnya ibu

memang betul pun cakap Angah tu, tak de aktiviti sihat langsung kat sini. tak macam kat rumah lama dulu, petang-petang ada je aktiviti riadah anak-anak dan mak-mak

hubungan dengan jiran-jiran pun amatlah hebat

walaupun rumah sekarang pun sama je kekdah buruknya tapi hati kurang happy

jiran sebelah tak habis-habis dengan hon motor, gaduh, baling-baling barang, cakap kuat ngalahkan ada amplifier dalam tekak


huhuhuh... apa la yang ibu nak buat, dah itu tempat permastautin kita. alamat IC Along pun kat rumah ni

What can i do??...

aiseh,,, mood mat salleh i dah datang

hari tu ada rumah nak lelong kat area rumah lama tu tapi terlambat sikit, dah ada yang sambar

kalau ikutkan hati, aku pun memang nak pindah
huhuhu




Wednesday, 20 February 2013

Bantuan RM100



Petang tadi sembang-sembang kejap dengan ajk PIBG sekolah anak


 Katanya 18 orang lagi tak ambil bantuan rm100 tu

Haih .... orang bagi duit pun tak nak ke?.

Tapi mungkin diorang sibuk, tak de masa, ada masalah sendiri yang tak de sapa tau


Jangan cepat menuduh, kesian diorang tau


Kerna Angah dan Iwan adalah antara 2 pelajar yang tak ambil lagi


Hehehee....

den tak de masa, sapa tak nak RM200 beb, banyak benda boleh buat dengan duit tu

Akan diusahakan untuk ambik minggu depan


Tuan Tanah Kedaung



Sebelum pegi kenduri kawin adik kawan, sempat la posing maut kat ruang tamu

Masya-allah, hampir terkejut maut pulak




konon pakai baju kain itam nampak kurus la

fitam makcik temah rasa, sungguh la nak menitiskan air mata di tepi rimbunan buluh

nampak rendang di sebalik tudung merah tu



mula-mula tangkap gambar berdiri, snap sekeping, cepat-cepat la view

ish... tak boleh jadi, nampak macam pokok bunga kertas

tangkap lagi sekeping, masih nampak pokok bunga kertas itu

suruh angah meniarap, konon angle tadi kurang tepat

tetap pokok yang sama



makcik temah hampa ..... duduk la senang

duduk dan kempis

pokok bunga kertas dah tak nampa tapi kelihatan kuih donat pulak

ok ok ... makcik temah cover dengan tangan je la


syukran ... berjaya menipu diri sendiri

makcik temah adalah masih seperti badak sumbu


Monday, 18 February 2013

Komen & Like



Boleh katakan semua remaja ada FB. Golongan remaja veteran, suri rumahtangga, waima aku tengok pekerja kontrak indon yang buat rumah aku pun ada FB. Hebat sungguh penangan dunia teknologi. Kat tangan, smart phone tak pernah tinggal. tit tot tit tot je semua orang. Ngalahkan vice precident plak.


tapi ...
Punya la korang semua tak agak-agak. Punya la suka nak komen sampai tak boleh pikir betul ke tak, sesuai ke komen korang tu. Bisa menaikkan napsu amarah orang tak?


tak agak-agak

antaranya

'
'
'
'

" esok bakal pergi umrah, doakan kami selamat pergi & selamat kembali "
komen korang : tolong belikan fridge magnet, warna pink & biru laut


" adik ipar telah kembali ke rahmatullah pagi tadi "
komen korang : dah try buat CPR tak?


" anak jiran yang berumur 3 tahun masuk hospital, dilanggar motosikal "
korang tak komen tapi like
orang eksident korang like? suka sangat?



sungguh lawak yek korang rasa?.. cuba kalau musibbah tu Allah turunkan pada diri kita dan kawan-kawan komen macam tu. Korang boleh gelak tak walaupun lawak tu kira mengalahkan lawak antarabangsa, boleh merekah-rekah perut kalau kita gelak


Jadi, sila la berpikir dulu yek


Friday, 15 February 2013

Village part 2




dulu aku ada story pasal atok buat banglo untuk cucu 

balik kali ni atok dah buat banglo baru plak, kat tempat lain

hari sabtu rupa lain banglo tu, hari ahad ada permintaan untuk renovate 

dan atok pun bertindak atas arahan dan permintaan

lepas je solat asar, atok pun tukar uniform



lalalalalalala..... baru le syok nak main tab

banglo di keliling pokok betik






lepas online, si syida yang pakai track bottom biru tu lari-lari masuk rumah

haaaaaaa.... badan kena taik ulat, penuh bintik-bintik



adakah kontraktor tidak ikhlas dalam melakukan kerja-kerja ubahsuai?



Thursday, 14 February 2013

Villlage part 1



Minggu lepas, cuti chinese new year hari tu kitorang membawa diri dan badan ke kampung halaman kat kuala kangsar

tak yah cakap pasal jam, semua orang pun mesti kena tempuh jam. standard la aku rasa. tak de sikit pun aku mengeluh ke apa ke sebab nak balik kampung sendiri. hehehe.. kalau kampung mertua pun tak de masalah. understood la, cuti panjang. kalau tak nak jam, balik naik jet sendiri. naik rakit pun aku rasa tak de jam jugak

9.00 am dari klang, sampai kampung dekat 5 pm. wah, agak berasap vontot sebab cuaca pun mencabar. tu kira cepat la sebab kitorang keluar ipoh, dengar kat dalam radio jam teruk dekat terowong menora. lepas berdikit-dikit, alhamdulillah selamat sampai

omak dan abah eh tengah melepak kat kerusi rotan depan rumah
tu standard, petang-petang diorang lepak situ. cakap-cakap, tengok cucu main


kebetulan balik dalam suasana buah bergayut di sana sini
sampai je terus kait buah rambai

aku memang suka buah yang masam, mungkin sebab tu muka pun tak pernah manis


pagi ahad pulak aku menjelajah tepi rumah. eh eh, ada buah duku
sejak bila plak pokok tu ada aku pun kurang pereksa

serious, tak tau langsung pasal pokok tu
lagipun pokok tu tersorok sikit 
jadi ... bukan salah aku sangat, lokasi dia yang tak strategik




1st time rasanya along panjat pokok, cuak jugak aku
nasib banyak dahan, tu yang aku rasa ok sikit



menikmati buah yang segar dari ladang

heheheh,,,, rasa macam kat san francisco pulak

nampak macam gagah perkasa, bila time turun tak tau
kena panggil rescue ranger plak



tadi anak, ni bapak tak ble menahan kesabaran
tu pun lepas diberi sokongan moral kakak aku merangkap kakak iparnya
along pun duk pangggil-panggil dari atas
tercabar la tuuuuuu



gaya seorang juara ... juara manjat

kalau ke bawah, aku tak jamin ek
semua pun atas tanggungjawab sendiri 



hasilnya .... lalalalalala, dua bakul & 1 plastik
banyak lagi kat atas tu, tak payah tamak
yang ni pun bisa membawa ke lubang jamban,, sakit perut wei pada yg tak tahan



ni pulak buah rambai yang bergayut-gayutan

sapa pun tak sudi kait kecuali si gadis bermuka masam ini 



di kejauhan adalah pokok rambutan, pun tak de sapa sudi kait



hari isnin kitorang pegi lagi kat pokok duku, konon dengan misi lagi hebat
penuh semangat tuh, siap bawak penyapu, paper lama, lighter bagai
nak sapu2 daun kering, konon senang nak tengok buah

3 port kitorang kumpulkan daun kering, kumpul dan bakar
en. suami dah start manjat sambil bawak bakul 
petik & letak terus dalam bakul, ala-ala petik stoberi la tu, tak nak buah pecah

mana nak tau ..... kekekekeke
punya la semangat kitorang bakar daun kering sampai lupa si pemetik buah kat atas pokok
tengok-tengok kat atas, dah memutih je

penuh dengan asap, dah tak nampak pokok sebab asap dah berkumpul kat dalam rimbunan daun yang lebat tuh

hahaha... tukang petik pun kitorang tak nampak dah
kitorang tak nampak dia, dia pun tak nampak buah
kejam tak??????

jadi operasi pun terhenti di situ
kang tak pasai-pasai cium bau hangit ,,,, bau bulu kaki terbakar