Friday, 8 November 2013

Anakku Princess



sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan anak ikut-ikutkan kehendak dia

:)


di suatu petang yang hening lepas collect anak-anak dari sekolah agama. mengelupur angan masuk dalam keta. ini budak kalu kalut semacam mesti ada samting

"ibu... angah masuk pertandingan princess esok"

esok ko... bukan minggu depan. aku pulak yang mengelupur. tercekik ailio aku dibuatnya

satu apa pun tak de

cepat-cepat buat muka seksi kat laki dengan harapan dia tak bising dengan keje last minute cenggini

called kawan kat shah alam sebab aku tau anak dia ada baju princess walaupun tak tau macamana rupa baju tu

cepat-cepat masak nasik goreng, telur dadar, panaskan kuah laksa semalam

terciptanya nasik goreng adalah hasil lakonan muka seksi. ingat senang ke soami bersetuju makan nasik goreng untuk dinner

lepas maghrib terus pegi kedai aksesori kat shah alam. beli segala kepak rama-rama, topeng muka dengan batang apa ntah nama dia

pecut pulak ke dataran shah alam, janji dengan kawan untuk collect baju

haiya..... baju pendek beno

pecut pulak ke kedai baju,,.. cari skin socks



acara testing dalam bilik princess



rambut aku buat jugak. testing supaya esok kat sekolah dia tau apa nak buat



pakai stokin



peace tanpa rela



pakai lagi sebelah stokin



dah siap seorang princess

princess le sesangat.... janji dia happy

dari rumah aku dah ikat rambut siap-siap, pakaikan gel dengan klip sekali. sampai je sekolah nanti terus bukak tudung


Thursday, 7 November 2013

Lakse Kuale



dah lama rasanya tak menunjuk-nunjuk pasal makanan

minggu lepas tak bagus untuk meriakkan apa-apa sebab seminggu mak abah datang. sah-sah le mak yang masak untuk perut aku dan seisi keluarga

anak-anak especially iwan gumbira la dapat makan masakan opah dia

sekarang.... aku buat teh pun dia kata tak sedap. kuangjo kan?... teh pun nak dibandingkan

nasi goreng aku pulak memang soheh dia tolak mentah-mentah

sentap tak korang??...
dia rasa hujung sudu je nasik goreng aku sambil juling-juling bijik mata. pas tu cakap "mmmmm, bukan pah yang buat, tak sedap macam pah"

tak pe le sayang. ni ha ibu masak lakse kuale. pah tak pernah buat untuk korang. jadi tak dapat le korang buat pebandingan

heh, pandai tak ibu?




lakse memang favourite diorang. jadi tak de objection. laksa masuk dalam perut dengan senang hati




disebabkan aku rasa aku pakar giler masak laksa, semua pun main campak-campak je




aku cuba yang terbaik untuk bagi apa yang aku buat semalam

1/2 kilo ikan sardin
 6 ulas bawang merah
2 sudu cili kisar
kalau nak pedas, boleh masuk cili padi
belacan sebesar ibu jari
8 keping asam keping
1 cekak kecik daun kesum
1 batang bunga kantan

rebus ikan dan asam keping. air terpulang banyak masa sebab nak masakkan ikan. sejukkan, air jangan dibuang

masukkan air dalam periuk lebih besar

blend pulak bawang merah dan belacan. masukkan dalam periuk

blend isi ikan pulak. masukkan dalam periuk. tulang temulang ikan pun kisar. tapis air yang diblend dalam periuk. ulang 2-3 kali sampai air warna putih

pasangkan api, masukkan daun kesum dan bunga kantan. adjust kuantiti air yang kita nak. ada yang suka cair, ada yang suka pekat

bila dah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. kalau kurang masam, tambahkan asam keping


Untuk hiasan.....
potong cili merah, limau kasturi, daun salad, bawang besar dan timun

aku tak suka telur rebus, letak telur mata kerbau lagi menggiurkan



bukti ..... habis satu bekas laksa aku

kembang kuncup hidung




laksa lagi sedap kalau dah semalaman sebab asam keping semua dah bergelumang. masam dah keluar,,,,

sodapnya air tangan sendiri. mata ke atas sebab perasan, syok sendiri

Wednesday, 6 November 2013

I am working on this



apo aku nak buat dengan ikan???


nanti la aku cite yek

tengah kumpul bahan. kot kalau menjadik aku heboh-heboh le kat sini. kot kalau tak jadik, aku sorok muka sendiri dalam almari baju




frens yang tersayang ... harap-harap berjaya la yek
doakan aku

ceh.... macam projek juta-juta pulak

tak kesahhhhhhhhhh...yang penting happy



Thursday, 31 October 2013

Labelling untuk Candy Buffet



Paham ke bila tengok tajuk??...

aku hentam je
kengkadang bukan senang nak carik tajuk yang indah di pandangan dan dekat kat hati

rentetan dari candy buffet kat bandar seri putra baru-baru ni, alhamdulillah aku dapat lagi order

walau order simple tapi aku suka. bole asah bakat (kot le ada bakat) dan kemahiran

kenapa aku kata kemahiran??...
sebab conversation tru wassap & sms berlaku selasa tengahari. waktu tu aku punya la busy dengan something. dia kata barang kena sampai kat jln yap kwan seng selewat-lewatnya khamis

tak ke haru-biru dibuatnya

how to deal with this last minute order yet interesting??..



alhamdulillah....

oleh kerna aku rasa dia tak cerewet, sonang le kerja aku

design pun dia ada bagitau

majlis kawin tema hijau & gold



apa yang dia nak???

alas meja, label untuk candy yang dia akan set up sendiri, 6 frame dgn wording 

aku bagi alas meja warna putih & sehelai warna gold. alas gold lebih menyerlah aku rasa kalau nak dibandingkan dengan hijau

lagipun label dah hijau... takkan semua pun nak hijau. kena la ada yang contra sikit


 

tu dia ....Arifah & Azwan

ekceli dia kata nak frame lain tapi aku dah bagitau siap-siap. since aku tak de masa nak cari frame yang dia nak, aku mungkin akan bagi apa yang aku rasa sesuai

frame utama aku bagi jugak stand supaya nampak lebih tinggi dan menyerlah dari benda lain



ada masa sikit, aku buat tali penggantung jugak. kot kalau di nak guna. match dengan label tu



alhamdulilllah ... siap seperti yang dirancang.

takut pulak aku nak guna courier, takut ada problem & barang tak sampai. jadinya aku minta tolong despatch yang kebetulan ada pergi kat situ untuk hantarkan. ok la tu, ada la duit makan untuk penat lelah dia


Wednesday, 30 October 2013

Birthday Abah




birthday boy relax je tengok kek.... speechless kot

di suatu malam yang hening,... adik, kakak & anak buah beli kek untuk birthday abah. mencik tau, lepas tu wassap aku

nak bikin orang panas la tew



nampak meja bulat bertutup dengan kain purple tu??

tu adalah sudut kreatip abah. kalau dia jumpa patung atau mainan bersepah, dia susun atas meja tu

tu sebab dia angin kalau orang sepah kat area situ




apa macam???

ada berani beraksi begini kalau kita tua nanti??





dah plan nak celebrate reramai masa hari raya haji

makanya... gambar basi la ni

tak kesah, ni suka duka kehidupan aku jugak



anak-anak makcik depan rumah dan ahli keluarga je

makanan banyak tapi semua pun licin

hebat sungguh kitorang, makan ngalahkan hantu raya

belon pun ado...
layan je le permintaan mak. kang moncong plak kalau tak diikut



bbq yang lenyap tanpa meninggalkan kesan kecuali arang dan paper plate

ado kambing, kepak ayam, sotong, kerang, sosej, ikan, coselaw (tau salah ejaan tapi otak tak mampu pikir ejaan yang betul), bihun goreng, buah, choc fountain

mmmm... terbayang-bayang kesedapan kambing bakar hari tu





semua pun selamat bermastautin dalam perut kami

alhamdulillah 


Birthday Angah 16.10.13



kesian la sungguh
sakit hati dengan hasil gambar

anyway... happy birthday Angah




anak dara sorang je tapi macam melayan kerenah 20 orang

kejap-kejap majuk, kejap kang gumbira, kejap kang gelak mengekek-ngekek


pandai-pandai dia set reminder kat handphone ibu & ayah sehari sebelum birthday dia

memang aku tak pernah lupa tapi saja buat macam tak tau

kejap kang dia tanya ada tengok handphone tak??.
aku kata belum tengok lagi

petang balik dari sekolah agaknya dah penat dia nunggu,,,
"tak de sapa ke beli kek untuk angah??"

hihihikk.. mengalah la tu


malam lepas ayahnya bali keje, macam biasa keluarkan kek dari dapur


surprise !!!!!!!!!!!!!!!


HAAAAAAA....nangis ko


Monday, 28 October 2013

Choc Fountain & Candy Jar untuk Disewa




hai kawan-kawan... baby nak buat iklan sikit

Dah namanya iklan, kena la melebih-lebih sikit kata-katanya. kasi orang tertawan & terkesima

sapa ada plan nak buat majlis??..
tak kira la majlis apa pun... hari jadi, akikah, bertunang, kahwin

ada yang kata kalau engage orang untuk setkan candy adalah costly

"ala... tak mampu la, bajet tak de"




jangan risau, jangan gundah gulana

sapa yang rasa nak applykan kreativiti sendiri tapi nakkan chocolate fountain sebagai salah satu daya penarik, boleh le sewa dengan aku

with or without choc dipping

tapi perlu le diingatkan ... dah antara sebab kita buat choc fountain ni utk nampak cantik, maka choc yang gunakan pun harus le yang boleh meng"up"kan kecantikan tersebut

conclusion ... kena guna choc dipping yang sesuai. choc terjun dengan lancar dan berkilat

cuma perlu cairkan choc tanpa masukkan bahan lain. dah cukup membuatkan tetamu tak keruan

jom tengok apa yang aku offer

pakej 1 : mesin choc fountain saja

pakej 2 : mesin & choc dipping

pakej 3 : mesin, choc dipping, candy jar

pakej 4 : candy jar saja


amacam??... nak menggiurkan tak?

sorry,,, himpunan candy jar belum siap lagi tapi bekas kompom cantik. himpunan le sesangat kan...hempuk kang baru tau


buat apa nak beli bekas & choc fountain kalau kita cuma guna sekali sekala.... lebih baik sewa dengan ahkak je


buat masa skrg ... image googled je


Thursday, 24 October 2013

Charity @ Rumah Anak Yatim



Aktiviti ni dah bulan lepas aku rasa... i is lupa nak update

hokei hokei ... bukan lupa tapi malas nak cari & resize gambar. beribu-ribu tuh gambar

nak kena cari gambar sendiri ... lepas tu nak cari gambar sendiri yang mana yang paling ayu & suci

ingat senang ke kerja-kerja tu ... hanya insan pasrah je yang sanggup


tapi gambar ayu tak berapa susah nak carik sebab macam semua pun ayu

haaaaa..... jangan marah

dah berjaya resize tapi malas nak susun. aku biarkan tonggang langgang. nasib la korang yek



nampak pelik tak keadaan aku???

macam tu rupanya orang kiri pegang pen. aku yang tengok ni pun rasa kekok

ya tuan-tuan.... aku adalah kidal. along & angah pun kidal jugak

bila tengok muka sendiri, muka anak-anak..baru terpikir, orang kidal memang comel agak nya

lalalalalalalla




tonggeng monggeng aku nolong anak-anak tu mengaler

jaga-jaga sapa yang kat belakang tu. aku tak berani jamin tak de apa-apa yang menyembur keluar. aku cuba tahan yek. kalau keluar jugak kita redho je la



anak-anak aku pun join sekali

memang aku suka aktiviti charity macam ni. anak-anak pun sedaya-upaya aku semai apa yang aku suka. biar diorang tau tak semua orang bernasib baik

along and angah aku bagi sorang satu pengikut. sila la coach diorang wahai anak-anak ku

banyak jugak aku join aktiviti charity. bukan dengan company aku je, persendirian pun ada

alhamdulillah



aktiviti mengaler

"adik... dah siap ke kaler snow white versi shrek tu?"

kihkihkih... snow white kaler hijau

gasak le ja



aku yang menyebuk

bukan committe pun ... saja nyebuk

ni sapa punya tak de nama????... kaler pun tak de. conteng dua tiga urat je

biar la ... apa ada hal



aku ingatkan pertandingan... rupanya saja-saja je. tak de hadiah pun

ceh ... penat aku pilih sapa yang terbaik

demi seronokkan budak2 tu, kitorang bagi la apa yang patut. nasib ada yang sesuai untuk jadikan hadiah



next ... adalah sumbangan

tu vp sales, wakil company aku



ingat tak aku pernah tunjuk DIY kotak 

aku buat untuk event ni la. saja suka-suka aku buat, biar comei. apa aku isi kat dalam??? jajan comei je sebab kotak pun comei



marilah kita tiub belon

bila aku dah berjaya tiup satu belon, bukan main ramai pulak yang datang minta tolong tiupkan

satu dua tiga aku rasa maintain ayu lagi. dah nak masuk lima enam dah naik juling bijik mata aku

udah udah le tu adik oi. minta orang lain le pulak tiupkan

kang tak pasal-pasal orang kena CPR aku. sapa yang rugi??... aku jugak kerna kemanisan aku telah diragut dan ditiup orang



masih dengan belon




ini dipanggil senyum dalam duka...
menjadi lilin membakar diri untuk kebahagiaan orang lain

apa hal la iwan ni .... melekat-lekat kat belakang aku. nak menyusu ke??... sorry, sudah basi



upacara potong kek

ingat tak kek gajah n3 semalam?... aku buat untuk event ni la. kalau aku tau semua pun perempuan, mesti aku buat doll cake




antara anak-anak yang ada. diorang sungguh la behave

semua pun perempuan antara 4 hingga 6 tahun. 6 tahun pun tapi badan adalah comel lote





eh eh ... aku dan anak-anak pun masih behave





dah nak keluarkan taring ke??

lepas siapkan puzzle ... tempat pertama

orang kata aku ngelat. mana nak tau tak boleh tolong. bukan aku pun yang tolong, angah je pun. kata nak semaikan semangat tolong menolong dan gotong royong




tak percaya???... ni ha buktinya

aku cuma tercongok dari jauh. angah si tudung merah je yang bertindak





terserlah sipat keibuan aku. suap anak sendiri dan anak yatim

nasib anak aku tak berapa nak carik masalah, kalau tak terserlah jugak sipat singa aku

alhamdulillah ...
kang anak-anak yatim tu pun join takut dengan aku


 

Wednesday, 23 October 2013

Kek Gajah???



tak sempat ambil gambar dari rumah

dah sampai tempat event baru teringat tak de bukti pembuatan

huhuhu... kek dah kena jari
tergores di sana sini
redho je la. tepek je la gambar yang senget dan benget sikit




teka teki... apakah haiwan2 di atas kek???

mesti korang pening kan???... macam pernah tengok tapi macam kurang serupa

tu le namanya gajah, bug, ular 

gajah dah macam koala??.... ala, bantai je la
janji ada belalai

tu kan trade mark gajah. nasib le dia ada belalai, bole korang jawab teka teki dengan senang

tu le pun motip aku buat gajah, supaya orang tak konfius & terpikir-pikir




ada story di sebalik gajah nan sekor ni

kot kalau senang aku upload gambars.... banyak betul gambar nye. penat kot aku nak resize




gajah dah nak sama besar dengan ular

sama ada gajar yang ada masalah tumbesaran atau ular yang terlebih bitamin





gambar dari pandangan udara ada la macam gajah jugak

lega baby