Hadiah berupa tiket penerbangan ke ______ pada yang berjaya meneka dengan tepat
Sunday, 12 May 2013
Happy Mother's Day
orang kata boleh la berehat di hari ibu .... golek-golek baring-baring atas katil sambil gigit kuku
tapi itu tak mungkin terjadi
ibu kena pastikan makanan tersedia
ibu kena pastikan baju dibasuh
ibu kena pastikan baju digosok
ibu kena pastikan rumah bersih
anak-anak ada cakap ...
"Ibu masak sedap la" ...
which aku rasa sungguh bangga walaupun masa tu aku cuma goreng telur mata kerbau & letak kicap tamin penyeri rupa
TQ untuk mak yang di kampung jugak
kalau aku nak balik ke Klang, mesti dia masakkan lauk extra untuk bekalan aku dengan harapan esoknya aku tak perlu masak lauk, cuma panaskan je lauk bekalannya
terharu dengan pengorbanan mak menjaga abah yang tak berapa sihat, menjaga abah waktu mereka kat Mekah dulu
sob sob ....
hargailah mereka waktu mereka masih ada
takkan jatuh papa kalau kita tolong mereka
Thursday, 9 May 2013
Tips : Pengurusan Wang
Wahai adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik
Hari ni kita story-mory pasal kewangan
ahaks ... i is konon hebat
bukan hebat
kita share apa yang patut untuk dijadikan panduan dan peringatan
apa kaedah yang aku gunakan untuk mengawal kewangan keluarga?
bukan apa, duduk kat bandar ni duit keluar macam air paip
kena belajar kontrol kehidupan sekarang untuk kehidupan di masa hadapan
lagipun aku pikir laki bini kerja swasta, macam-macam hal boleh jadi. ini adalah ingatan untuk diri sendiri yang merangkap menteri kewangan pada keluarga
aku terpaksa mengaku,
bab kewangan en.suami kurang pandai handle.
dalam erti kata lain, dia adalah sorang yang voros.
Allah dah tentukan aku adalah kedekut, so match la each other.
so comel both of us
so comel both of us
kebanyakan urusan aku suka buat kat maybank2u
gaji pun masuk kot situ jadi senang nak monitor
duit kereta je aku bayar cash kat atm
ni contoh statement credit card aku yek
apa aku buat??????????
apa jua jumlah yang aku guna, itu le yang aku akan bayar
maknanya aku guna rm2, aku akan bayar balik rm2
aku sangat la particular bab interest ni
sebarang interest credit card adalah sukar diterima
sila fokus di bawah...
bukan di bawah anda tapi di bawah ini
sebagai contoh
aku guna RM1860 untuk beli bling bling pada 24 Apr
aku bayar pada bank exactly RM1860 pada 2 May
gap bayaran dengan penggunaan adalah tak jauh
jangan bayar lebih dari 2 mingg tarikh penggunaan untuk mengelakkan interest
interest adalah sangat hebat yek adik-adik
maka sekarang aku berhutang RM20.08 duit petronas... kejap-kejap lagi aku bayar
kiranya aku kurang membeli barang mahal kalau rasa diri tak mampu nak bayar
kumpul duit dulu baru beli
aku cuma assign astro untuk auto-payment tetiap bulan melalui credit card
ala...
berapa sangat la bill astro aku, RM 53.95 kalau tak de amik apa-apa astro first
selain dari tu, aku juga monitor closely semua bank aku
ahakssss... bank banyak tapi duit adalah ciput
maybank adalah bank utama
cimb adalah bank untuk satu transaction masuk tiap-tiap bulan .. tak banyak tapi kalau dikumpul tanpa usik insha-allah boleh jadi banyak. baru-baru ni menang RM1K untuk cocopie pun aku campak situ
rhb adalah bank untuk untung rugi side income kek aku. alhamdulillah ,,, ada la kat situ sikit
nampak card mmb tu?????...
tu adalah semua transaction credit card aku
semua aku monitor sesungguhnya
maka interest nan seploh sen pun aku tau
lain-lain tu tak yah bother ... tapi ada la maknanya tiap-tiap sheet yang aku buat tu
begitulah cara aku mengawal perbelanjaan
harap-harap memberi sikit panduan dan pedoman
paling penting ....
kalau tak pandai kawal perbelanjaan credit card, tak payah ambil. buang semua credit card kerna ia bakal membunuh kita sendiri. belanja memang seronok tapi akibatnya sendiri mau ingat
Wednesday, 8 May 2013
Adegan Terpeluk di Anugerah vs Memang Berpeluk
Hari ni aku dapat assignment untuk cakap pasal topik seperti di atas
Sapa yang bagi assignment????... sorry, tak ble bagitau. dah termaktub dalam kontrak
Adegan peluk ...
suka la orang lelaki yang di'terpeluk'
sapa tak suka, mende free, secara tiba-tiba plak tu
Kalau tak salah dah 2 kali anak si amy search ni terpeluk, tercium sapa-sapa yang ada di sekitar dia waktu majlis anugerah
Bukan main lagi dalam paper, dalam melodi, dalam majalah, dalam blog, dalam fb orang ngata dia.
Sosial terlebih la, ngada-ngada la
Bukan aku nak sokong tindakan dia tu tapi apa la bezanya dia terpeluk dengan adegan dalam drama/filem. Bezanya dia secara spontan, dalam drama/filem dah dirancang
Memang la tak manis tindakan dia tu tapi adakah anda pikir aaron dan maya karin ini manis????
memang manis kalau kita feeling diri adalah izzah
ni lagi masam,..
berkemban... baring-baring gitu
ini juga masam tau
walaupun nora danish berjaya menghasilkan klip gwiyomi yang comel, ia takkan berjaya memaniskan adegan ini
ni lagi i don't like tau
mempermainkan agama... isu sensitip nih
untuk menguraikan apa yang tersimpul, dua-dua pun not ok
tapi kalau ada apa-apa anugerah, i nak la volunteer duk tepi aaron aziz. mana la tau kot-kot ada rezeki, nama dia diumumkan pemenang, dia terperanjat dan terus terpeluk i yang di sebelah
masa tu la i keluarkan skrip ombak rindu ...
"nikahilah saya tuan, saya tak akan tuntut apa-apa dari tuan"
ahaks ... i is izzah
Tuesday, 7 May 2013
Pesen Terkini??
Tengah garu kepala ...
apa motip pakai baju macam ni?
Pelik betul manusia zaman sekarang, tak de perasaan malu dah. Pakaian yang bukan-bukan je diorang pilih
Kan ke elok pakai baju macam biasa
Guna kain biasa, tak payah la jarang macam ni
tak lama lagi ramai la retis malaysia yang buat
bila orang komen, nanti akan kata....
"mana ada seksi, kubur masing-masing"
Pada mana-mana pereka pesen yang nak try buat baju macam ni, sila kontek i. I ada banyak lebihan "day curtain".
Jimat sikit RM korang
I sponsor U
p/s : pernah pegi kenduri kawin kawan. pengapit pakai baju kebaya merah tak de lining dan dengan bangganya dia pakai bra hitam
nak je baling dia dengan tempurung kelapa
gaya tak kena tempat
Monday, 6 May 2013
Yippie
yahooooooo......
Selangor cuti.... i luv Selangor
boleh gosok baju, sapu sampah, mop lantai, basuh baju, masak dengan gembira
llalalalalalalaalala
Sunday, 5 May 2013
Saturday, 4 May 2013
Dia Kini Suami Orang ... Jehan
Dengan ini maka ramai la anak dara mahupun anak tak dara yang frust tertonggeng-tonggeng.
Jehan Miskin sudah berpunya, sama seperti aku
Di saat aku memilih suami orang Melaka, Jehan harus mencari sampai ke Korea nun
Haih ...
Belanja besar la dia nanti bila nak balik kampung. Yang paling seronok, tak payah nak gaduh bila tiba hari raya. Sure mak pak mertua dia tak celebrate Aidilfitri
Pesen zaman sekarang, ada gambar pra-perkahwinan
Dapat la peluk lebih-lebih sebelum kahwin
:)...
mod jeles sebab sendiri tak de
sumber : roti kaya
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Friday, 3 May 2013
My Angels ... suatu ketika dahulu
godek-godek gambar lama ....
sweetnya anak sendiri
:)
mai la puji ramai-ramai,,,hhehehe, pengsan orang lain dibuatnya
ajak orang puji gambar anak sendiri
*** lompat bintang dengan gembira ***
anak gadis dulu-dulu harus la ada stokin ropol-ropol
hihihihi... ada lagi stok stokin dalam kotak buat kenangan
baju & skirt pun ada lagi aku simpan
yang comel aku simpan
yang aku rasa tak berapa comel dah sedekah pada orang
apahal muka Iwan semuanya versi raksaksa
takut i ... garangnya dia
bila dah besar, semua pun dah lonjong
kulit pun ala-ala manggis masak ranum
mana tak ranum, sekolah pagi petang
agak-agak kalau bawak main salji kat europe boleh putih tak muka tu?
Thursday, 2 May 2013
Undi Adalah Rahasia
Kejap tadi telepon cap ayam ku berbunyi ...
nombor 05-dotdotdot, menunjukkan dari kawasan Perak.
OOOOOO.. bumi kelahiranku.
Semangat nak angkat, bukan senang orang kampung call.
I am tersengih tanda bangga
"Boleh saya bercakap dengan Puan Rozaida?"
Dengan suara kurang menggoda sebab caller itu adalah perempuan. Kalau lelaki, mesti up sikit tahap kemerduan.
"Ya, bercakap"
"Puan mengundi kawasan Padang Rengas, kan? Boleh saya tau sekarang puan berada di mana?"
Aiseh ... pasal mengundi rupanya. "Saya di Shah Alam"
"Balik mengundi tak"
"Insha- Allah"
"Boleh saya tau puan menyokong kerajaan tak?"
"Apa punya soklan ni?".. I don't like
"Kenapa pulak nak tau? Kan undi tu rahsia"
"Saya bukannya nak berkempen, cuma nak tanya samada puan sokong kerajaan tak"
ekkkkk.... double the don't like.
garu-garu kepala sambil kelemumur bertaburan di atas meja. eh eh eh ... bukan saja kelemumur, kutu pun ada. elok la tu, tak de la kelemumur berseorangan
"Kalau saya kata saya sokong kerajaan, apa saya dapat? Kalau saya tak sokong, apa saya dapat?"
cei cei cei ... i am so eksi
"Tak ada la apa tapi puan perlu ingat ni bukan kempem cuma kita nak feedback"
"Tak perlu la rasanya sebab undi saya adalah rahsia. Tak ada sapa boleh tau"
fewittttt... berlagaknya aku.
ntah apa-apa ntah
Subscribe to:
Posts (Atom)

















