Thursday 24 October 2013

Charity @ Rumah Anak Yatim



Aktiviti ni dah bulan lepas aku rasa... i is lupa nak update

hokei hokei ... bukan lupa tapi malas nak cari & resize gambar. beribu-ribu tuh gambar

nak kena cari gambar sendiri ... lepas tu nak cari gambar sendiri yang mana yang paling ayu & suci

ingat senang ke kerja-kerja tu ... hanya insan pasrah je yang sanggup


tapi gambar ayu tak berapa susah nak carik sebab macam semua pun ayu

haaaaa..... jangan marah

dah berjaya resize tapi malas nak susun. aku biarkan tonggang langgang. nasib la korang yek



nampak pelik tak keadaan aku???

macam tu rupanya orang kiri pegang pen. aku yang tengok ni pun rasa kekok

ya tuan-tuan.... aku adalah kidal. along & angah pun kidal jugak

bila tengok muka sendiri, muka anak-anak..baru terpikir, orang kidal memang comel agak nya

lalalalalalalla




tonggeng monggeng aku nolong anak-anak tu mengaler

jaga-jaga sapa yang kat belakang tu. aku tak berani jamin tak de apa-apa yang menyembur keluar. aku cuba tahan yek. kalau keluar jugak kita redho je la



anak-anak aku pun join sekali

memang aku suka aktiviti charity macam ni. anak-anak pun sedaya-upaya aku semai apa yang aku suka. biar diorang tau tak semua orang bernasib baik

along and angah aku bagi sorang satu pengikut. sila la coach diorang wahai anak-anak ku

banyak jugak aku join aktiviti charity. bukan dengan company aku je, persendirian pun ada

alhamdulillah



aktiviti mengaler

"adik... dah siap ke kaler snow white versi shrek tu?"

kihkihkih... snow white kaler hijau

gasak le ja



aku yang menyebuk

bukan committe pun ... saja nyebuk

ni sapa punya tak de nama????... kaler pun tak de. conteng dua tiga urat je

biar la ... apa ada hal



aku ingatkan pertandingan... rupanya saja-saja je. tak de hadiah pun

ceh ... penat aku pilih sapa yang terbaik

demi seronokkan budak2 tu, kitorang bagi la apa yang patut. nasib ada yang sesuai untuk jadikan hadiah



next ... adalah sumbangan

tu vp sales, wakil company aku



ingat tak aku pernah tunjuk DIY kotak 

aku buat untuk event ni la. saja suka-suka aku buat, biar comei. apa aku isi kat dalam??? jajan comei je sebab kotak pun comei



marilah kita tiub belon

bila aku dah berjaya tiup satu belon, bukan main ramai pulak yang datang minta tolong tiupkan

satu dua tiga aku rasa maintain ayu lagi. dah nak masuk lima enam dah naik juling bijik mata aku

udah udah le tu adik oi. minta orang lain le pulak tiupkan

kang tak pasal-pasal orang kena CPR aku. sapa yang rugi??... aku jugak kerna kemanisan aku telah diragut dan ditiup orang



masih dengan belon




ini dipanggil senyum dalam duka...
menjadi lilin membakar diri untuk kebahagiaan orang lain

apa hal la iwan ni .... melekat-lekat kat belakang aku. nak menyusu ke??... sorry, sudah basi



upacara potong kek

ingat tak kek gajah n3 semalam?... aku buat untuk event ni la. kalau aku tau semua pun perempuan, mesti aku buat doll cake




antara anak-anak yang ada. diorang sungguh la behave

semua pun perempuan antara 4 hingga 6 tahun. 6 tahun pun tapi badan adalah comel lote





eh eh ... aku dan anak-anak pun masih behave





dah nak keluarkan taring ke??

lepas siapkan puzzle ... tempat pertama

orang kata aku ngelat. mana nak tau tak boleh tolong. bukan aku pun yang tolong, angah je pun. kata nak semaikan semangat tolong menolong dan gotong royong




tak percaya???... ni ha buktinya

aku cuma tercongok dari jauh. angah si tudung merah je yang bertindak





terserlah sipat keibuan aku. suap anak sendiri dan anak yatim

nasib anak aku tak berapa nak carik masalah, kalau tak terserlah jugak sipat singa aku

alhamdulillah ...
kang anak-anak yatim tu pun join takut dengan aku


 

5 comments:

  1. saya kidal dan saya juga comel ... heheheee ...
    anak buah saya kaler kambing warna hijau ... lantak la kan !

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... perkongsian yg bermanfaat.. akk wat charity bwh siapa kak? ke sdn bhd? berminatlah...

    ReplyDelete
  3. wsalam..... kali ni punya dengan office. ada jugak yang saya buat sdn bhd

    ReplyDelete
  4. haaaa event cam ni aku suka join2

    ReplyDelete
  5. seronok kan?... tengok yang kurang berkemampuan bergembira. rasa sejuk je hati

    ReplyDelete