Tuesday, 8 January 2013

AKU



Ni adalah sesi mengenal diri. Ada sapa-sapa kesah?...tak pe la aku cerita jugak sambil lap hingus di hujung hidung


Ni cerita pasal diri la, bukan biodata aku. Tak yah le korang berlari-lari  lintang pukang pegi kat beg sekolah anak untuk ambik pen n kertas. Kalau tak paham, sila baca berulang kali.


Aku dah keje kat opis sekarang ni dari umur Along 8 bulan, sekarang Along dah form one, sekolah menengah. Lama giler tuh,,,,tk sangka jodoh aku bukan main lama kat shah alam ni.


Rasa memang malas nk cari kerja lain, aku selesa dengan waktu kerja n environment. Boss pulak bole la give n take, tak de le strict sangat kata orang. Lambat sekali sekala adalah dimaapkan tp alhamdulilah, aku adalah antara pekerja yg punctual


Aku memang particular bab masa ni. Kalau kepala otak aku set pukul 6 kena bangun, kalau 6.05 aku baru terjaga, alamat lintang pukang la aku jadiknya. Padahal pukul 7 baru nak bergerak. Gitu le kekdahnya bila anak-anak dah sekolah ni, timing kena la betul2. Kalau anak-anak berkura-kura aku pun ..... tapi dengan berhemah la. Aku tak nak la menspoilkan mood diorang pepagi buta


Bila timing lari, aku pun mula la men'up'kan kelajuan kereta tapi aku takkan potong que, masuk dalam kotak kuning ataupun langgar lampu merah.


Sebab tu la mulut aku bukan makin berkicau dalam kete klu ada orang yang buat gitu. Tak respect orang lain langsung. Kes  asuk dlm kotak kuning ni aku tetiap hari nampak kat sekolah agama, time ambil anak2 balik sekolah. Traffic lite depan dah tukar merah, ko patutnya stand-by. Agak2 la jarak tu, ko dengan selamba tak nk kosongkan kotak kuning tu. Kereta, van, bas sekolah ,,,, semua kena berderet tk dapat bergerak sebab kepala sell-fish korang. Bukan rugi pun kalau ko ke belakang sikit, ni buat muka tak bersalah ,,, korek idong la, betul tudung, nyanyi2 dlm kereta. Hish....angin sunggh


Aku jugak adalah sungguh pemalas nak naik rumah tingkat atas. Kebanyakan barang keperluan aku ada stand by kat bawah.... telekong, tuala, bedak. Haaaaa, teruk punya mak bersikap pemalas. Kalau nak kena ambik barang, aku mintak la tolong anakanda tercinta, selalunya along la yng jadi mangsa. Tq Along ,,,,,.


Sebab tu la rumah atas punya la tak menepati spesifikasi aku ,,,, fail kpi


Mop pun aku malas .... sedih. Dah beli mop baru yang kononnya boleh perah air sendiri pun kurang berjaya merajinkan aku. Tp bila lepas mop lantai, rasa nak main luncur plak, ringan je kaki berjalan. Bila rasa ringan, rasa nk pakai baju cinderella plak. Kerna lantai yang bersih memerlukan model yang cantik. Boleh gitu?..


Bila time rajin, aku rasa aku boleh jadi makhluk kurang waras. Bila kurang waras, boleh je aku pegi kedai cat, cat dinding rumah di waktu suami sedang menonton tivi.  Basuh n polish kete sedangkan en. Somi baru je 5 minit pegi car wash.


Walaupun nampak ganas, aku ni berstatus dalam hati ada air terjun. Jangan sapa2 berani sakitkan hati mak pak aku, sungguh la aku touching



Lucky Draw



Bulan Nov tahun lepas aku beli la set bilik tidur. Baju cik abang punya la banyak melampau, kalah bini mithali nih. Sakit bijik mata aku nengok baju dia, maka dengan hati yang berat terpaksa la beli lemari enam pintu. Kalau la lepas ni baju dia bergelempangan lagi, terpaksa la aku bukak jurus harimau mengaum. Harap-harap mampu memberi kesedaran 
:)


kedai perabot ni ada buat lucky draw pulak pada sapa-sapa yang memperabihkan duit kat kedai diorang. Tiap RM400 duit yang terbang, dapat satu tiket untuk lucky draw tu. Aku dapat 10 tiket, sila kali sendiri berapa banyak aku dok keluarkan untuk set tu ...  keluar duit sambil airmata yang berderai.




ramai jugak yang datang, semangat untuk grand price RM3000
2nd price, RM2K, 3rd price RM1K
20 voucher RM200
30 set lampu 

dapat 1K pun jadik laaaaa



PA aku stand-by dengan tiket

memula sopan je duduk kat kerusi, last2 ditariknya aku ke depan
tup tup ada kat depan sekali

hebat sungguh angah, hilang rasa malu aku bila dia ada
ada le kawan buat bersembang untuk mengilangkan rasa nebes
maunya tak neber, 1K bakal dalam genggaman



semua pun berdebar-debar
nasib la ada sediakan kuih-muih dan air oren sejuk
kurang la sikit rasa debaran untuk menjadi orang kaya segera



pada pendapat korang, berjaya tak aku????????



berjaya tapi bukan duit yang aku dapat tapi 3 set lampu garam cenonet

3 kali tau nombor aku naik tapi semua pun lampu
haishhh... tak de nasib la beb




nasib la lampu ni comei, bole tukar-tukar warna
hilang la kesedihan

dan sekarang of course la lampu ni dalam bilik si anak dara, sapa lagi yang suka benda-benda macam ni kecuali dia





Monday, 7 January 2013

Choc for Anniversary



Choc pertama di tahun 2013


Sekotak choc untuk hadiah anniversary dari isteri untuk sang suami
Warna pink + purple

Suami dapat choc, isteri dapat jam









tq to Noor Hanan

semoga rumahtangga berkekalan....
merasa la Faris dapat adik baru


Sunday, 6 January 2013

Nenek Kebayan Datang Lagi



Assalamualaikum cucu-cucu sekalian

Dah lama nenek tak bawakan petua untuk tatapan dan kegunaan cucu-cucu

Sekolah pun dah mula, kan?.. kalau ada petua, boleh la mempercepatkan sikit kerja cucu-cucu

Dulu nenek pun sibuk, sebab tu nenek cuba apa aje yang bole tolong nenek

Kita tengok petua yang bole kita amalkan kat celah dapur, yek
Kat celah lain, nanti nenek bagi kemudian




mudah kupas bawang putih

rendam bawang putih dalam air kira-kira 10 minit sebelum kupas
@
panaskan sekejap bawang putih dalam ketuhat gelombang mikro


mesti nak ejek nenek, kan? zaman dulu mana ada mikrowave. petua mikrowave ni kawan nenek yang masih lagi muda remaja kongsikan 

olololo... belum apa-apa lagi dah nak kondem nenek




elak mata berair

kupas bawang di bawah air mengalir atau dapur gas yang menyala
@
 masukkan dulu bawang dalam peti sejuk


bila dah senang kupas bawang, asik-asik nak kupas le ja. ambil petua ni supaya airmata kita tak kering




elak susu tidak melimpah

kalau nak didihkan susu, sapukan mentega di keliling bibir dan bahagian dalam periuk dengan mentega


sila ambil perhatian, mentega di bibir periuk, yek bukannya mentega di bibir kita ataupun anak kita. susu pulak adalah susu segar, bukannya susu kita yang diperah terus ke dalam periuk




makanan terlebih garam

masukkan hirisan kentang, tomato atau sesudu teh gula


hhhhaaaaa, ni dulu cucu nenek selalu je berangan nak kawin dan dia campak sekilo garam dalam kari yang nenek suruh dia buat. bukan main lagi nenek angin, atas bawah berangin. nenek pun cepat-cepat la suruh dia masukkan kentang. selamat la kari tu dari kena buang dan telinga dia dari kena tarik



sekian ye cucu-cucu. nanti nenek datang lagi dengan petua yang lain pulak


Friday, 4 January 2013

Mabuk Versi Baru



Kesian betul aku rasa... kesian + sedih

tak de ke rasa malu diorang terjojol dalam iklan macam ni
tak malu ke dekat mak pak, sedara-mara, anak-anak

kot ye pun nak share something yang elok tapi aku rasa bukan kat sini

sesungguhnya kalau ada orang offer aku beribu pun, belum tentu rasanya aku nak join
maruah itu lebih penting





dasat sangat ke kemampuannya?
bak sini aku nak tengok

boleh sangkut sebaldi air tak?


Thursday, 3 January 2013

Ultraman Datang



Lintang pukang aku dibuatnya
Bukan orang lain yang buat, diri sendiri yang managed time secara lintang pukang

Tuan tanah dah sampai depan rumah, kek belum masuk dalam kotak lagi
Berdesup le aku lari ke hulu hilir, ambil kotak, ambil pisau





sekeping je gambar buat kenangan di hari tua

tq to my fren


Wednesday, 2 January 2013

Perempuan




Nak Pergi Jumpa Kawan ▬► Buka Almari ▬► Cari Baju Yang Nak Dipakai ▬► Baju Banyak Sangat ▬► Tak Tahu Nak Pilih ▬► Tutup Almari Balik ▬► "Hmm takde baju lah nk pakai" ▬► Perempuan



haaaaaaaaahaaa, macam betul je situasi kat atas ni

tapi keadaan aku yang berstatus tembun ni lain sikit
bukak lemari, semua pun dah tak muat
takkan gajah nak pakai baju kancil

ni kira mangsa keadaan, boleh dimaapkan


tapi bila dah namanya perempuan, semua pun nak cantik
dari atas ke bawah, semua mesti hebat
baju pink, hendbag dan kasut pun jemaah pink

aku tibai je mana yang ada, janji selesa
tak de le kena match semua kaler
mana larat nak ngikutkan rasa hati, bole kopak

aku pun bukannya hantu fesyen, beli baju mahal-mahal
aku tak de le guna konsep bio papa asal bergaya
kalau dah bergaya sangat, ramai plak peminat
aku ni isteri orang, tak ble la nak layan semua peminat tu
setakat sain otograp tu aku ok lagi
sebab tu aku memang stand-by pen dalam henbag, kot-kot terjumpa peminat




nah, saksikan gadis ini. dia antara gadis yang up to date nampak gayanya
dressing bukan main mantop
well done



tq to abang google



Kalerful Dot Dot



speechless cum pemalasless

sila la tonton gambar aje

tiada kata-kata tidak bermakna aku morning sickness akka pregnant
baru nak ambik mood tahun baru














Tuesday, 1 January 2013

Tempat yang Sama



Dah bagitau hari tu, kitorang memang tak de tempat lain nak berjalan selain dari jusco. Hari tu jusco raja, hari ni jusco bukit tinggi pulak. Kalau ketua kampung baca, mesti dia sedih. Punya la banyak sopping kompleks yang ada kat Selangor ni, jusco je yang kitorang pilih. Aku pun rasa nak muntah ijo bila mengenangkan perkara ni. 

Sedih pun ada, nasib badan


Kali ni main kat tempat ni. Entah apa orang panggil tempat membuang RM ni

Layan aje la, sekali sekala je aku bagi kebenaran
Kalau muka aku sikit-sikit tukar warna ijo tu, maknanya tu mukkadimah untuk tak boleh
Kalau selalu, mungkin jugak kena beli mesin cetak duit


Kali ni bapak eh tak tido, melayan anak-anak



tengah memberi tunjuk ajar pada Iwan yang tak reti-reti nak bawak kete 



tengok tu betapa dia concentrate. kalau dia dah ketap bibir macam tu maknanya tengah high giler le tu



angah yang bajet artis katik tu main mainan yang bersesuaian dengan ketinggian dia

mungkin dia sedar, pendek kena la buat cara pendek



apa nama benda ni?



saksikan keajaiban ni

naik basikal tapi seat dia ke belakang
hebat, kan?...

habis je mengayuh, Iwan komplen burung dia sakit
maunya tak sakit, burung dimamah seat basikal


aku sempat interview sorang budak lelaki yang bukan main peramah ajar kitorang main game gendang. aku tengok macam lone ranger je, sesorang diri. 


aku pun tanya la dia datang dengan sapa?... 
dia kata, datang sorang
aku tanya, dok mana?
dia kata telok panglima garang ... kat banting
aku tanya lagi, naik apa?
dia kata naik bas
aku tanya, mak mana?
dia kata, kat rumah
aku tanya lagi, abih balik naik apa?
dia kata papa ambil lepas habis kerja


amboi... budak tu aku rasa mau darjah 2 kot
naik bas dari banting semata-mata nak main game kat jusco
mak bagi duit, balik nanti bapak ambil

hebat tak?
sapa yang paling hebat agaknya.... dia, mak dia atau bapak dia ???


Selamat Tahun Baru 2013



alhamdulillah, kaki kita melangkah ke tahun baru

bila kaki dah melangkah, sila la bawak jugak anggota badan tu sekali
jangan ditinggalkan ke belakang pulak yek





macamana cara aku sambut tahun baru?...

sori, aku bukan le insan yang suka pergi dataran merdeka atau tempat2 yang sewaktu dengannya untuk countdown. mengadap kat depan tivi pun amat la tak pernah aku buat

tak mampu rasanya aku nak bersesak-sesak dengan orang ramai tu
nak tunggu detik 12 malam depan tivi pun agak sukar sebab mata aku tak mampu menanggung kemengantukan


aku tak patriotik? bukan gitu, setiap insan adalah berbeza cara dia
cara aku celebrate tahun baru adalah dalam mimpi
orang lain ada yang lepak tepi pantai
ada yang naik genting

aku?????... naik katil aje le

kalau keluar, bila dah ramai orang tu mula la kepala tension. laki bini pun tension. ada yang nak berseronok, berlaku pulak pertumpahan airmata sebab gaduh. anak-anak pun kena tempias perang mak pak. maka, lebih baik dok rumah diam-diam


cabaran tahun 2013 mesti lagi hebat

cabaran dengan family, kerja dan life
harap-harap aku mampu jadi isteri, ibu, anak dan insan hebat

azam?... 
ni lagi satu masalah
aku tak de le terikat dengan azam tahun baru

entah la, aku kolot ke?
aktiviti aku yang sarat mengandung mungkin me"limit"kan aku fikir semua tu

sila tengok betul-betul .... aktiviti yang sarat tau, bukan aku yang sarat
aku tampo kang, no no mengandung tau
aku nak concentrate dengan ahli keluarga yang ada sekarang ni





selamat la untuk kita semua, dunia dan di akhirat