Friday, 1 February 2013

Dah Feb






pejam celik, tonggeng terbalik, terlentang meniarap .... dah masuk feb
baru je rasanya panjat gunung kinabalu sambil jerit happy new year

aku tak de cerita pasal gunung kinabalu?... sebab aku buat atas katil je




si teruna bongsu aku punya hari jadi in Feb, apa nak beli untuk dia ek?

dia dengan along tengah menggila dengan lego, tu le agaknya hadiah paling tepat tahun ni
kena intai dari sekarang nampaknya



Thursday, 31 January 2013

Tengah buat apa?





lokasi penggambaran : tempat mengaji
Ibu tengah tunggu anak ngaji nih



Rutin tetiap hari kecuali rabu Rabu sebab diorang ada ko-kurikulum
dari pagi sampai petang kat sekolah jadi rehatkan dari ngaji
Kesian aku tengok, pergi sekolah pukul 7am, 5.30pm baru habis
Boleh ramping badan rasanya

Kelas hari Rabu habis 1.20pm, ko-ko start 2pm
pulak tu ada 3 aktiviti,... permainan, pakaian beruniform, 1Murid 1Sukan
penat tak?..dalam sehari kena ada 3 pakaian
1 helai pakai waktu pagi, 2 helai lagi bawak dalam beg, tukar kat sekolah



Gini le kekdahnya, merempit dari opis sharp 5pm, ke nursery, dari nursery ke tempat ngaji, dari tempat ngaji ke sekolah along
Kalau sang suami balik awal, dapat le dia ambil along
selamat aku dari satu tugas khas
boleh memasak dengan jayanya


Indahnya Bahasa



Lagi salah satu sebab aku tak jadi cat frame tingkap dapur adalah kontraktor dah bagi harga untuk buat tingkap baru. Sebenarnya dah 3 minggu aku mintak harga dengan dia, konon nak buat tungkap tu dalam cuti maulidur-rasul + thaipusam tu la. Mana nak tau lambat betul dia nak quote.

Hati pun tak de le panas, jadi tu yang aku ingat nak cat je frame tu 
Nak tunggu cuti panjang macam tu entah kan bila 
Chinese new year memang takkan le dibuatnya
Sebab contractor tu bernama Wong
Sure nak beraya, takkan le nak dilayan kerenah aku ni

Hari Ahad baru dia datang rumah bagi quotation

Planned nak buat tile baru utk dapur dan bilir air bawah, ganti mangkuk jamban dan buat tingkap sliding untuk gantikan tingkap nako yang ala-ala zaman batu tu


Nah .... ni dia bentuk quotation yang Wong bagi

Perhati dan semak betul-betul

Kalau tak nampak, sila la sambar kanta pembesar




Tak nampak lagi????

aku kasi tangkap yang clear sikit

tu dia .....
kerja pencerobohan tingkap

amboi Wong .... ganas nampak bahasa u itu

orang nak suruh roboh je, dia terus nak menceroboh
rakus betul ko yek Wong




kenapa aku pilih Wong?


Sebab kerja dia detail,,, penuh cermat

Dulu sebelum pindah rumah yang aku beli 2nd hand ni, aku suruh dia buat kerja-kerja touch-up

Touch-up tu macam mengecat luar dalam, buat table top, ganti pintu dan sebagainya
Nampak ada kualiti, lagipun ada warranty

Harga mungkin lebih sikit tapi aku rasa puas hati compare dengan tiga kontraktor lain yang aku guna lepas Wong. Barang pun beli yang murahan, konon stok habis la. Nak untung lebih la tuuuuuuuuu tapi hati customer tidak dijaga


Walaupun Wong bagi harga untuk kerja-kerja pencerobohan tu memuaskan hati tapi kena la letak under KIV dulu sebab tak de orang kat rumah. Nak angkut anak sedara yang kat kampung, diorang ala-ala remaja jelita, takut plak apa-apa jadik

Lagipun Wong ni abang ipar sedara aku punya bini. Sedara aku lelaki, bini dia convert Islam. Jadi kebarangkalian untuk dia mentaikkan aku adalah rendah



Upin Ipin



habislah upin ipin kena kunyah
nasib korang la, sapa suruh glemer membuak-buak

tak ada ke orang nak order oreo gambar meja, set ruang tamu, cabinet dapur








ari tu aku ada cakap pasal nak cat frame tingkap dapur, kan?

dengan sodihnya diumumkan,,, projek tu tak jadi

bukan sebab apa,,, sebab aku malas je



Wednesday, 30 January 2013

Poning Lalat



Jangan jeles, aku dengan retis

Aku relax je, mungkin Jaafar Onn berdebar-debar di samping aku

Tu nak cover debaran la tuuu... pegang hendpon




Pening lalat sekarang ni, tab aku hang 

uwaaaaaa..... apa la masaelah dia nih

tetiba je buat prangai... mak mencik tau



Monday, 28 January 2013

Cream Puff



Saksikan cream puff yang sungguh creamy, melimpah ruah custard
macam yang dimintak customer



Ingat customer je yang dapat menikmati cream puff yang creamy?
aku pun sama-sama menikmati
sungguh nyaman... sungguh lajat



lalalalalalalala..... i like


Saturday, 26 January 2013

Kiwi Tarts



Selalu customer order blueberry & strawberry je. 
Kali ni aku dengan bangga dan rendah dirinya menyiapkan sekotak kiwi tart, yakni 50 bijik.

amacam.......macam YB tak?









cuti 3 hari, apa plan korang semua?

aku ada plan tapi tak pasti boleh jadi nyata atau tak
plannya nak cat frame tingkap kat dapur tu
dah kusam akka kelam
semua bahan dah stand-by, cuma nak kutip dan kumpul kekuatan je

kalau nak cat, kena la cuci-cuci dulu 
semalam dah cuci lepas siap masak dan makan
langsir yang tak berapa nak langsir tu dah ditongsampahkan
tiap tergolek atas table top lagi

semangat sungguh la konon
tengok hari ni semangat tu ada lagi tak hari ni?


Friday, 25 January 2013

Wahai Anakanda



sesi luahan perasaan dan pemberitahuan

tapi kalau setakat bagitau kat blog je nampaknya takkan sampai le ke telinga tuan punya badan yang bertiga tuh

tapi amanat yang sama dah aku sampaikan kat diorang bertiga, buat pedoman


baru je start sekolah, kan?.. tak sampai sebulan pun kan
 ada aje barang yang susut, haih ,,,
bukan aku berkira tapi kena didik diorang dengan rasa tanggungjawab
aku tak nak diorang rasa dimanjakan, kalau ilang boleh beli lain
memang akan beli lain tapi kena la masuk sikit bebelan


untuk iwan ... si bongsu berdarjah 3
hari pertama sekolah bekas air iwan dah lenyap satu. sampai ke detik sekarang ni total 2 dah hilang. maka sebab tu la aku tak pernah teringin nak bagi dia bawak tupperware. kalau dia bawak tupperware n tupperware tu hilang, menangis tepi baldi le jawanbya aku. tu belum lagi pensil tekan dia, ubat pensil. dompet pun ilang tau tapi berjaya jumpa balik esoknya. alatulis dia memang selaly lenyap tapi pemadam selalu pulak beranak, hari ni bawak 1, balik nanti dah ada 3 dalam pencil box. what a magic tapi aku dah pesan, kalau jumpa jangan bawak balik. mesti mak budak tu ada bagi nota yang sama macam aku buat nih


untuk along ... si sulong, bertingkatan 1
nampak ok sikit dari iwan, nampak dah dewasa. sekarang dia selalu je hilang correction tape. masuk ni dah 6 correction tape aku belikan. hari ni dia bawak correction tape yang ke-6 yang aku baru beli ahad lepas kat mph. sapa je la yang suka songlap nih... dia kata balik dari rehat selalu dah tak de. situasi merbahaya nampaknya nih. hari tu aku bekalkan dia 20 engget untuk beli baju sukan, aku sorok2 kat celah2 beg supaya tak dapat dikesan. dongdang sayang la kalau sesapa korek beg along dan jumpa 20 engget tu. balik rumah, aku duk bersyarah tepi telinga along plak


angah, si anak dara, darjah lima
so far so good, tak de apa-apa yang lenyap lagi tapi tengok n lihat aje la. kalau ada benda yang tak de, mesti dia yang membebel kat aku. ambooi,,, sudah terbalik ini cerita. dia control kita plak yek



Wednesday, 23 January 2013

Employee Appreciation Dinner 2013



haaaaa..., ni dia tuan-tuan dan puan-puan sekalian

gambar dinner jumaat lepas

punya la berkicau-kicau operator tanya bila nak buat dinner
bengkak je hati president nak jawab

dia punya stail, lebih baik duit untuk belanja dinner tu diconvert dalam bentuk bonus
which aku pun setuju sangat la
bukan sikit duit yang nak kena spend untuk dinner company nih
orang yang tak tau bole la cakap, yang tau ni.....
hish, what a waste


demi pekerja, muncul la dinner ni, senyap la semua yek yang menanti penuh debaran

sapa yang bising-bising nak dinner tu kalau tak datang memang le nak kena sula

tema dinner ni adalah hat
demi memeriahkan suasana, beli la aku topi ciput kat sinma berharga RM9.90
topi berbulu di hujung




siapakah wanita melayu bertudung merah itu?.....
alallaalla,,,,, malu la i
don't la mention, tengok je la

diri sendiri, boss, dan yang report dengan aku ... abang ajoi n fasha




melampau sungguh topi dia itu
boleh la tapau makanan lebih

lepak-lepak sambil tunggu orang lain sampai




tu dia mr. president yang berhati waja itu




huhuhu... dengan kawan-kawan
tak rajin aku nak bergambar bebanyak
sikit-sikit untuk kenangan je




makan time ,,,, makanan punya la banyak dan melimpah ruah
waktu balik pun banyak lagi
boleh panggil 2 kampung datang




limbo rock
kalau aku masuk, boleh jadi limbo zapin sebab aku kan pompuan melayu terakhir
ahaks




sukar mencari pemenang, last-last kena menari gangnam




pencarian "best topi"

angkat... jangan tak angkat
nasib semua dah ditebas indah,,, kalau tak muntah la semua pekerja




pemenang ....
topi dia sikit lebih kurang aku punya tapi sebabkan dia seksi maka juri pun pilih dia
sungguh tak adil dan kurang kesopanan
rupa paras yang jadi ukuran




peace....
tapi hati ingat nak balik je
hehehe,,, penuh kepura-puraan




abang ajoi yang tiba-tiba datang sawannya




artis jemputan... helmi the gimmick

aku pun tak pasti kenapa dia jadi pilihan

dinner 5 tahun lepas pun dia jugak




terpaksa ngikut helmi, dia suruh naik kerusi semua pun naik la









michael jackson le sangat





uwaaaa... balik dengan kehampaan, tak dapat terkam tivi sony itu

berlenggang kangkung la aku pulang dengan voucher giant rm40


Tuesday, 22 January 2013

The Merepeks



apahal tak boleh upload gambar haaaa???
berjuta kali aku tekan upload, tak bergerak ke mana pun


tengah semangat nak bagi anda semua menatap keglemeran aku berdinnner jumaat lepas


glemer ke?.... heheh, aku sendiri je yang kata glemer
apa ada kesah glemer ke tak
janji perut kenyang
nak makan 2nd round pun tak mampu

nak tapau hilang plak glemer
kang dikeji dek budak waiter tu
muka halus mulus, pipi pauh di layang tapi tapau makanan

ngalahkan makcik senah pegi kenduri kawin je
pegi dapur, amik plestik tergantung kat tepi tangga
tapau ayam masak merah, daging masak itam ...
"anak kat rumah tak makan lagi"
door gift pun mintak lebih, "anak suka makan telur rebus"

insya-allah aku tak suka tapau makanan
tuan rumah bagi pun aku segan, ni kan pulak cedok sendiri

kalau betul anak tak makan, bawak je la pegi kedai
tak pun masak megi sepaket, pecah telur sebijik
letak carrot, konon nak bagi nampak healthy



sebelum pegi dinner ... angah nangis nak ikut

wahai sayang, dinner ni untuk sapa yang bertungkus lumus keje kat opis je
yang tiap-tiap 21hb dalam maybank ada masuk gaji
pada anakanda yang tak termasuk dalam golongan tu, sorry la
cannot menghadirkan diri

maka .... berderailah airmata angah

ujung-ujung esok masa aku nak kemas henbag yang ditinggalkan kat rumah
macam biasa, dapat memo kesedihan dan luahan perasaan