Thursday, 14 February 2013

Sorry, aku tak celebrate



hebat sangat ke valentine day?


ada kawan aku yang apply cuti, sewa hotel bagai sebab nak celebrate valentine

kebetulan esok hari jumaat jadi sambung cuti sampai esok... konon dapat la memproses anak baru sempena valentine. konon sunat la tu pemprosesan di malam jumaat


nak pengsan rasanya...,, diikuti dengan muntah ijo
romentik giler yek


benda-benda gitu suka la nak buat yek?....



entah la, orang ada citarasa masing-masing
bagi aku tak penting pun
tak penting dan tak berpaedah
hari biasa pun boleh pegi jenjalan, bole apply cuti

hari isnin depan maka terpampang le gambar kat fb, kat blog. percutian dengan suami sempena valentine. tu kot kalau dengan suami, kot dengan boipren lagi le pengsan. pengsan beramai-ramai le kita yek

lebih baik aku pikir apa nak beli untuk birthday Iwan esok. haish... buntu pemikiran ibu ni. kek rasanya nak rembat kat kedai je tapi rasanya kalau buat tiramisu pun ok gak, dah lama tak buat tiramisu sendiri. asik beli kat bakery je


kalau tanya soalan kat encik kemah keming pasal valentine day ni apa la agaknya jawapan dia yek.


buat pedoman diri sendiri ... ada benda yang boleh jadi ikutan, ada benda yang boleh dijadikan sempadan. kadang-kadang kita lupa, tak salah ingat-mengingati


semoga Allah sentiasa bersama kita semua
Amin



Salmon Steak with Lemon Sauce



Hai kawan-kawan

Hari ni sila la tatap misi mengabihkan salmon 3 potong yang dok terperuk dalam esbox


Sonang sesangat la membueknya, yang paling penting bahan semua kena ada
kalau tak de maka tak bole la wujudnya salmon ni




pelakon utama adalah ikan salmon. perap dengan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, mixed herbs dan daun rosemary

perap dalam 5 minit je cukup, tak payah sampai 1 hari ataupun 2 hari


panaskan sikit olive oil dlm non stick pan
goreng sambil dibalik-balikkan
jangan pulak balik-balikkan dengan rakus, kang jadi serbuk pulak ikan tu



jom buat sos pulak

1/2 biji bawang holland, potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
sebiji lemon, basuh dan hiris menjadi 4
200ml susu
garam secukup rasa
serbuk mixed herbs



panaskan butter, masukkan bawang holland
kacau hingga layu



terus masukkan tepung gandum, kacau sebati




tuang susu dan kacau

kalau nak senang, kacau dengan whisk

masukkan pulak lemon, serbuk mixed herbs, garam

jangan masin sangat, nanti juling bijik mata tu
kalau tak suka, boleh adjust kuantiti susu





resepi adalah dari ana

Wednesday, 13 February 2013

Lunch



Lunch berstatus ala kadar + low bajet

lokasi : opis




malas rasanya nak keluar, perut pun kenyang. mulut je nak mengunyah

nasib la ada mee sedap goreng perisa asli ni


Friday, 8 February 2013

Sambal Udang Nyonya



Iwan kata dah lama tak makan udang ....

otototototo... manjanya dia. pandai pulak komplen yek
baru je minggu lepas ibu masak udang, lima hari pun lama yek

no problem le darling, kalau setakat udang ibu masak sambil nyelam-nyelam
dalam kolah air je, sambil lari berganti-ganti je

apa ada hal, ibu lari ke kedai sekarang jugak
kalau udang kat kedai habis, ibu lari ke jusco



ibu rajin buat sambal udang tapi tak rajin taip resepi, jadi buta-buta kopi dari blog tuan rumah


SAMBAL TUMIS UDANG NYONYA
Resepi : Mat Gebu


Bahan-Bahannya :-)
  • 500 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan cili kisar
Bahan Tumbuk Halus :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai, dihiris halus
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan, dibakar
Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula (lebih sedikit), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi, gaul rata dan masak hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Sesuaikan rasa dan jika kurang masin, tambah garam


sodap nih makan dengan nasik lemak tapi tengok pada keadaan, nasik tak lemak pun wasalam dibuatnya





di samping rajin buat udang sambal, ibu pun rajin buang semua kulit udang. tak kuasa nanti jadi tukang kopek kulit udang. penuh dua-dua tangan dengan sambal udang

tak kuasa ai, lebih baik bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian


Thursday, 7 February 2013

Di Kala Kamceng



Lokasi : tempat parking sekolah di sebuah sekolah di daerah klang

Waktu : lepas habis ko-kurikulum, jam 5.30 petang

Situasi : menunggu ibu yang memandu pulang dari tempat keje




Bagaikan keajaiban terbentang depan mata

Tiba-tiba terpandang 2 murid bermain badminton

OOOOOO.. murid itu adalah anak sendiri



Kamceng bebenor

Sejuk perut ibu
bukan je perut,... tangan, kaki, kepala, hidung join sekali sejuk

Cuba la begini selalu, barulah ibu riang gembira




Strawberry Cheese Tarts



Separuh untuk customer, separuh untuk diri sendiri




Lepas habis bersantap, terpandang cermin di dinding

Terkesima

Nangis teresak-esak tepi dinding

Kenapa terpandang gajah?



Tiba-tiba terpikir

Adakah david copperfield membuat magic di rumah ini?



Pegi dapur, bukak peti sejuk

Makan semangkuk anggur merah

Kot-kot gajah itu bertukar kancil







Wednesday, 6 February 2013

Door Gift versi Bersederhana



Biar sederhana janji di hati terselit seribu keikhlasan

Apa guna door gift mahal-mahal tapi dengan niat bermegah-megah


ahaks .. akulah sasterawan terbilang



Antara buah tangan tuan rumah untuk tetamu, selitkan dalam goodie bag

goodie bag ye, bukan guni bag



perisa pandan kerna tema majlis adalah hijau epal

epal segar ye, bukan epal yang dah lisut



alhamdulillah ...

kalau nak merasa, sila la order. minimum order 25 bijik je, harga pun tak sampai seringgit

tiket parking pun sekarang ni dah seringgit sejam


Tuesday, 5 February 2013

Gadis Korea



Korea la sangat...


tengok pada warna kulit, macam berasal dari sebuah perkampungan di Bangalore

nak membongak la tuuuuu tetapi pembongakan itu terlalu obvious








betul le tak macam gadis sunti dari korea?.. kalau nari gangnam style pun tak serupa jugak?


Masih Lagi




amboi korang ni, aku cuma down bukannya sindrom down

sampai hati kawan aku inbox kat fb ... tanya tahap sindrom down aku, dah ok ke belum?

sentap mak jemah dengan pertanyaan itu


uwekkkkk,,, jelir lidah sikit, tak eran mak jemah

berani anda melontarkan kata-kata itu yek



mood hari ni... masih down tapi sedaya upaya cuba berpositip

lunch time ni, aku nak tatap blog kak senduk.

biar semangat raksaksa datang kembali




menjelma la wahai raksaksa ... menjelma la bagi aku semangat



aiseh, rangka raksaksa pulak yang sebuk



 
tak pe tak pe, cuba lagi, usaha tangga kejayaan


 

tu dia.... raksaksa kepala tiga dah sampai

jaga jaga cik salmah, kepala mak jemah ada tiga ni, jaga-jaga nanti mak jemah skodeng

kasi jaga skirt tu elok-elok, nanti terangkat tiup dek angin




Monday, 4 February 2013

Saya Adalah Down



Pagi tadi melangkah keluar rumah dengan semangat berkobar-kobar, kononnya nak bagi untung 2 juta pada syarikat. Resaksa pun takut dengan semangat aku tu rasanya, telinga idung semua berasap


Cit .... jalan jam menggila, treler rosak daa kat traffic lite


Berjaya sampai ke nursery lepas setengah jam, kalau berjalan kaki 7 minit aku dah sampai tapi nampak agak tak cantik le pulak berjalan kaki dengan raga empat segi warna ijau epal dan pemegang putih, baju sekolah menengah yang disangkut pada hanger, 2 pasang kasut sekolah dan 3 biji beg sekolah

jam menyebabkan kereta yang nak keluar dari simpang nursery pun join sangkut jugak. kereta ni pun satu haprak. dah tau nak ke kanan, ko que la kat lane kanan. ko selamba badak lepak kat tengah-tengah lane nak ke kanan n kiri. kereta depan aku plak tak reti2 nak mencelah, dok bertengggek kat situ sampai ke aku tak ble tahan & bagi lampu. baru le nak merangkak


cit lagi sekali .... tak jauh dari simpang depan tu pun jam


orang baiki jalan pulak daaa. ko ni la... pepagi buta dah gigih baik jalan. cuba la start kerja lambat sikit, aku dah rasa nak demam kepialu ni. boss plak sent sms, mc katanya. aiseh, tak nak la nanti dikata amik kesempatan, boss mc anak buat datang lambat

dah aku gunakan kepakaran yang ada memecut tapi mana la nak dapat pecut, kereta banyak. kiranya bukan pecut la tapi memandu dengan berhemah tapi tak melepaskan peluang yang ada, kalau boleh pecut aku pecut la
:)


ayoyoyoyo kadir, sorang budak logistics dah berenti, sorang lagi emergency leave bini nak beranak anak sulung. aku terpaksa stand-by untuk bertukar menjadi budak logistics ... print delivery note


fuh ... order berlambak nak kena compile. aku tak kisah banyak tapi semua orang nak kena aku suapkan. semua nak ada depan bijik mata, tak boleh la langsung nak berdikari. bangun sikit, cari order yang mana dah ghaib. supervisor pun sama, ada je order yang tak dipulangkan. letih la aku nak ulang benda yang sama. tak reti-reti tanggungjawab sendiri. tensi mak tau, bukan kerja setahun dua. ada tu dah lebih 20 tahun, lebih 30 tahun. kenapa la asik-asik aku yang nak kena tanya, nak kena cari. sila la beri kerjasama




dan kesudahannya ...... aku pegi jumpa president untuk sign manual delivery note. kenapa manual?.. sebab no co-operation walaupun aku dah call pic, dah call manager dia. ahaksssss, president suruh aku hantar email, quote nama dia. kenapa mesti mention nama president baru nak bergerak???... sungguh la tak professional la beb



satu lagi ,,, heh heh, dah publish baru teringat
 
belum waktu lunch lagi assistant aku dah makan. aku tau la aku selalunya tak de la berkira sangat tapi sekarang ni tengah berlambak kerja, sendiri pun tau aku kena report dengan president sebelum pukul 12 tengahari. aku sungguh rasa tak syok bila aku kena inform president, vice president dan management team yang lain bahawa benda tu settle lepas pukul 1, lepas pukul 2, lepas pukul 3.
 
sila la kesian dengan aku, kalau dia lambat maka aku pun lambat la. dia boleh sedap-sedap makan lepas tu tidur kat surau
 
 
itu lah sebab paling besar aku down....
 
sekian, terima kasih.