Thursday, 1 March 2012

Jeli Kelapa Muda



Macamana keadaan cuaca terkini kat tempat korang?...
kat shah alam/klang ni tengahari panas
berdesing, bole rentung kulit kalau berjemor kejap.
Malam pulak bole hujan lebat, siap dengan banjir lagi.

KAlau jemur kain tu, bole kering dalam masa 1 jam yek.
Kalau tuan badan tu berjemur sekali, ibarat sauna tahap maksima.

Bukan setakat lemak hilang, rasanya nyawa pun bole hilang

Kuasa Allah....gitu la nampaknya
Nak buat ramalan kaji cuaca pun susah sekarang ni

Makanya adalah baik buat samting yang boleh
kurangkan suhu badan

Kalau beli, satu bekas dah sengget,
kalau buat sendiri, modal nam engget bole makan sampai jongang juling


Resepi kopipes dari blog hanieliza

Bahan 
10 gm serbuk agar-agar
3 mug air biasa
1 mug gula
2 mug air kelapa
isi kelapa muda [hiris panjang]

Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh. Tutup api.
3. Tapiskan dan masukkan air dan isi kelapa muda. Kacau rata.
4. Masukkan agar-agar dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan sejuk [chilled] untuk minum petang.



aaaa....nyaman menyegarkan
makan sambil baring-baring tepi parit swimming pool


2 comments:

  1. rajinnyer... hehehe.. mmg skrg panas teramat.. kering je.. sedap eks nak sejukkan tekak...:)

    ReplyDelete
  2. tak de la rajin sangat...biasanya paksa diri utk jadi rajin

    ReplyDelete