Selamat ke datang ke siaran masterchep
juri undangan kali ni adalah anak-anak sendiri
tapi sebelum bagi diorang test, den dah bagi amaran siap-siap
kalau tak sedap.....diam-diam
nampak macam diorang paham
jadi...kejuaraan kompom dalam genggaman la kalau gini
Sumber : myresipi
12 keping kepak ayam - belah 2
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - ketuk dengan kulitnya sekali
1 sudu besar halia cincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan @ 60ml madu
Tumiskan bawang putih, halia dan chicken wing.
Kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan kesemua sos dan madu, kacau sekejap kemudian tutup kuali
Kacau sekali sekala, selama 15 minit @ hingga masak
Nota : bila dah masuk madu, sos akan berbuih
Sos akan jadi macam hangit, jangan gabra.
sebab mmg konsepnye gitu
juri angkat tangan dan bagi komen
nampak gaya komen penuh kejujuran dan keikhlasan
tak de kena mengena dengan ibu pun
sesungguhnya,,,,,,
memang kepak ayam ni sedap
ramai yg dah tau, ramai yg dah cuba
terbalik-balik bijik mata tahan kesedapan
cik abang kata jangan buat selalu
orang selalu inject kat kepak dan paha untuk
bagi ayam cepat besar
tapi..................
haku tengok tiap kali buat, dia yg makan tak hengat
jentik telinga tu baru tau
meaningless punya nasihat
oooooooooooooohhhhhhhh.....lazat
minggu ni nak buat lagi
No comments:
Post a Comment