Tuesday, 6 March 2012

Beef Steak Black Pepper



Kadang-kadang tu rasa malas pulak nak makan nasi

tiba......hati teringat masa kat london dulu, 
masa sama-sama berlakon dengan brad pitt
masa tu langsong tak makan nasi

hari-hari brad pitt tapaukan steak, spegeti, lasagna
minum pun air yg warna warni dalam gelas runcing macam buloh betong

kalau setakat air limau, air sirap....kurang main la

-----lepas kena lempang, baru perasan, itu mimpi di waktu maghrib-----


  

resepi enak, cedok dari ana
sedap...anak-anak suka, ibu pun setuju

tak lengah2 pegi merempit ke jusco, nak cari daging punya pasal
brokoli & asparagus pun yilek jugak

uhhhh..tak ble tahan
kat jusco daging tinggal 2 keping je
2 keping??...mulut ada 5 wei
tu belum lagi kalau super sedap, kena la buat xtra

tak bole jadi ni, rempitan diteruskan ke pasar malam
kalau tak de jugak daging, haku cadang nak pegi 
ladang ternakan lembu je,,,
berani ko tak nak potong lembu utk haku?....
jawab jawab

nasib la ada orang jual daging
kalau tak de, plan nak amuk satu taman


ok...lets begin

perap daging dengan sos black pepper dan sos mushroom
quantity?..agak2agak menyaluti daging
peram 2 jam, lagi lama lagi cantek



panaskan kuali, masukkan sikit minyak zaitun dan 
sesudu butter utk aroma menyengit perasaan


sebelum tu, potong sayo pilihan anda
haku hanya sempat rembat carrot, brokoli
kalau ada cendawan butang segar mesti lagi terangkat
gaul dengan sikit garam, oregano dan rosemary

tumiskan dalam kuali tadi
bila dah layu, masukkan dalam pinggan

jangan pulak makan dalam kuali tu yek, nampak kurang sopan



gunakan kuali yang sama tadi, tambahkan lagi olive oil & butter
masukkan daging yang telah diperap
masak ikut sesuka hati, ada yang suka setengah masak
ada yang suka melampaui batas


untuk kuah, gunakan beef & herb gravy brand McCormick
masukkan 300ml air ke dalam periuk, tuang ke semua gravy tadi
kacau sebati, jangan ada yang berketul-ketul

campurkan 3 sudu besar sos black pepper dan 1 sudu besar sos mushroom
kacau sebati
masak hingga mendidih, kalau pekat sangat
boleh tambah air
kalau ada lebihan sos hasil perapan tadi, bole
jugak tambah ke dalam periuk ni

gini la hasilnya sayor tadi, kurang meriah dengan warna



ni pulak sos blackpepper + sos cendawan versi senget



oit...lupa plak cara buat coleslaw cara diri sendiri

racik halau kobis, carrot
tambahkan mayonis dan serbuk black pepper
masuk dalam peti es.....

nyaman di laluan tekak

SEDAP
TERBAEKKK



anak la kata, ai cuma senyum


No comments:

Post a Comment