Friday, 2 March 2012

Untuk anak dara, mak dara & makcik2



Senang betol rasa di hatik, jiwa terasa digeletek-geletek je.
Dah nak weekend...yahooo, sonoknya.

Walaupun jadual dah penuh untuk weekend ni,
 tetap tak sabar nak relax-relax sambil gigit-gigit kuku
ataupun berendam dalam jakuzzi periuk panas
Harap-harap berat badan bole turun 4 kilo

Lokasi weekend nanti banyak berada kat dapor & dalam kereta je
Siapkan order, hantar order, hantar amik anak2 kat sekolah & tusyen
hhuh....balik2 gitu je 
Tensen tapi harus happy

Ngadap baju sekolah, kasut sekolah, ngadap iron

Disebabkan duk kat dapur dan rumah, meh sini kita 
jadi makcik-makcik, rujuk petua yg boleh kita ikut
bole simpan $$ yang ada utk masa hadapan 


TAJAMKAN JARUM
jahit atas kain yang dah ditampal dengan kertas pasir di bawahnya
hasil adalah marbeles


HARUMKAN BILIK
sembur sikit minyak wangi @ yg sewaktu dengannya pada mentol lampu
pastikan suis lampu dimatikan dulu
bila on je lampu...bau pun tersebar


BOTOL BERBAU
isi air dalam botol hingga separuh, letak satu 
sudu soda penaik dan goncang
biarkan salama satu jam, bau musti hilang

note : tak bole diikut pada yg ada masalah mulut berbau


AIR REBUSAN TELUR
selain air basuhan beras, gunakan air rebusan
telur untuk siram pokok bunga atau sayur, dua2 pun 
kaya dengan sumber mineral

note : jgn ingat sebab ada banyak sumber mineral, 
korang masuk dalam botol minuman anak 
utk bawak pegi sekolah pulak. tu 
kejam namanya


bertemu lagi kita di lain episod, untuk lain-lain petua berguna





No comments:

Post a Comment