Friday, 19 April 2013

Keek



Sejak demam keek melanda, makin ramai aku nengok usung video cam ke hulu hilir. Pantang bergerak je badan tu, terus nak rakam.

Hebat la korang
Ngalahkan Shahrukh Khan


semua pun dah upgrade kan diri sendiri jadik producer dan pelakon handalan. bintang undangan pun ramai, tukang menyelit-menyelit kat tepi pelakon utama


aku????

sodih, nan ado keek ni
belum ada kekuatan dan rakam gambar sendiri dan upload kat keek nun

Aku takut ramai orang yang tak dapat tumpukan perhatian dengan kerja memasing. Asik mengadap komputer je nanti, tunggu masa aku upload video.

Telefon aku mungkin akan sentiasa berbunyi, peminat asyik telefon untuk tanya bila aku nak masukkan video baru. Bila dah asyik berbunyi telefon, bil lektrik pun akan tinggi sebab selalu nak kena charge

Email pun akan masuk non stop. Aku bukannya apa, kesiankan pihak yahoo je. Makin sebuk le, kang jam plak server diorang. Tinggi plak kos operasi

Tak ketinggalan jugak situasi kat pejabat aku nanti. Bila peminat tak dapat reply, kang diorang datang pejabat aku plak. Dah jadi satu kerja extra plak untuk pak guard rekod keluar masuk peminat aku.
Sian.... stress



Kesimpulan : i is pemalu

Bila i dah ubah pikiran, i bagitau u olls yek



verangan tak sudahhhh.
tak ingat buat page 5 orang je like, tu pun sebab paksa anak sedara sendiri like





2 comments:

  1. W'salam kak. Ada bakat masuk maharaja lawak tak?

    ReplyDelete