Rasa terpanggil nak bagi komen pasal siaran Masterchef semalam. Hari ni mesti jadi topik hangat, jadi bualan pada yang tengok semalam
Aku dah warn en. laki siap-siap, waktu iklan yang nak memandai-mandai tukar siaran lain. takut terlambat tukar, dah miss satu episod menarik dalam MasterChef
Aksi macam ni jarang-jarang dapat kita tengok. Ramai yang palsu, depan kamera bukan main lembut, sopan, berbudi pekerti. Konon jadi cikgu tapi budi bahasa ke longkang di tepi pasar nun
Nah ...
this is the true colour
terserlah lah perangai sebenar Zain
muka nampak sungguh kerek... tapi memang kerek sungguh. konon dia buat renungan macam tu juri semua lari lintang pukang la agaknya
Mesti semua orang terkesima dengan cara dia. memang boleh bersuara tapi pandai-pandai la berhemah. Juri semua berpengalaman dalam bidang masing-masing. tak payah la kita nak mempersoalkan kredibiliti juri.
Zain kata dia dalam bidang hiburan tapi aku rasa tak de le gah mana pun. Harap muka je putih. Cuba calit dengan arang kuali, ada tak hensemnya?
Lagipun aku tak pernah pun tengok lakonan dia, harap jadi cikgu tu je
Ni aku copy komen Chef Joe sebelum insiden ni berlaku
Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi,beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak.
Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong dan memberi seribu satu alasan.
Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini.
Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.
Maknanya, memang perangai tak berapa nak wangi la kalau awal-awal orang dah cium
ni lagi satu adegan hampeh
loving couple le kononnya tu
nak termuntah biru aku dibuatnya
fening lalat dengan gelagat diorang.
aku yang dulu diisytiharkan couple paling hebat pun tak de menunjuk sampai macam tu. kitorang relax je
tau-tau majalah perkahwinan amik kitorang jadi model front page
:)
both images from google
terbaaeekkk!!..untung che ta berkenan kat dia..
ReplyDeleteheheheh.. untung le sesangat
ReplyDelete