Monday, 8 April 2013

Sayang Abah



Assalamualaikum ....

alhamdulillah, abah dah selamat menjalani pembedahan 1 April
operation yang doctor jangka ambil masa 2-3 jam 
tapi sebenarnya ambil masa lebih 8 jam

aku rasa sikit bersemangat nak cerita pasal abah yang di kampung nun
bila dia bertambah sihat, aku pun rasa happy giler


ok, citer sikit 

abah memang buat monthly check-up kat klinik desa, cousin aku pakar kat situ
somewhere mid march, cousin ada setkan appointment untuk abah jumpa specialist kat hospital taiping sebab abah kata dia selalu sangat ke toilet tapi tak de hasil pembuangan, perut kengkadang ada rasa ngilu

hasil beberapa ujian, doctor kata ada ketumbuhan

sehari sebelum tarikh operation, abah dah kena admit
aku pun balik la kampung untuk bersama-sama dengan abah, bagi semangat
aku percaya abah akan rasa bersemangat bila tengok semua anak cucu ada



abah dah ready untuk ditolak ke dalam OT
masa ni mak memang lembik

sapa yang tak sedih, abah yang selama ni memang fit tiba-tiba nak dioperate
not easy for us
tapi kami tahu abah kuat untuk terima dugaan ni



abah lepas operation
tak payah masuk ICU seperti yang doktor jangkakan sebab jantung abah ok
alhamdulillah

aku tak kira, nak nangis jugak masa ni walaupun nurse lelaki ada depan aku
tak kira,,, aku sayang abah

dari 12 tengahari, abah keluar OT pukul 8.30 malam
lebih lapan jam, tau

kecut perut sebab doc kata tak de la lama sangat
dua tiga kali la adik picit loceng kat luar OT untuk tanya progress
nurse kata ni pembedahan besar, 2 jam baru usus berjaya dibawak keluar
baru bawak keluar, belum buat apa-apa lagi



abah 2 hari lepas operation
sentiasa tiup belon 3 bijik tu untuk latihan pernapasan

sebelum operation, langsung bola tu tak bergerak, nervous agaknya
2 hari lepas operation, bola merah dan kuning naik tahap maksimum
kagum nurse dengan abah
semangat betul abah nak bagi naikkan bola merah

mesin oksigen dan epidural dah dibukak, cuma drip je ada sebab abah tak boleh makan, mungkin untuk 2 minggu



hari ketiga, drip pun dah dibuka
abah dah boleh minum susu, milo, horlicks

tapi dia tetap letak tangan atas perut, mungkin rasa takut orang terkena kat area operation tu
plaster kat perut pun dah buka, bole nampak jahitan dari atas sampai bawah
kena jaga betul-betul sebab operation menegak



seeeeee... 
hari keempat operation abah dah boleh balik rumah
suka betul mak bila doktor bagitau

memang kitorang plan nak suruh adik dan anak sedara ganti untuk jaga abah kat hospital mulai sabtu sebab mak dah demam
penat la tu, tak biasa duk dalam air-con doploh pat jam

sebelum operation abah kata nak mak yang jaga
kitorang nak jaga tapi dia kata nak mak juga
tak selesa la tu anak pompuan jaga


sebelum abah keluar hospital, dah siap-siapkan katil bujang kat area ruang tamu
senang kot-kot sedara mara atau kawan-kawan dia datang menziarah 

weekend sure penuh rumah mak 
abah disayang ramai, baik anak sedara maupun kawan-kawan
sedara mara tak putus-putus call/sms masa abah kat hospital
hari operation pun ramai yang datang join kitorang sefamily kat luar OT



ok, saksikan gambar yang dilukis doktor pakar yang operate abah

kenapa operation lama sangat????
sebab saiz ketumbuhan tu adalah 15cm x 15cm, bukan 5cm yang doktor jangkakan
yang doktor "bold" tu la rupa tempat dan keadaan


hati kami luluh bila ia bukanlah ketumbuhan biasa tapi adalah cancer
ceacal cancer bersaiz 15cm x 15cm

semuanya berjaya dikeluarkan termasuk yang dah merebak ke kelenjar darah. kelenjar darah tu yang bintik-bintik 5 bijik tu

kagum kejap dengan doktor pakar tu, punya la muda dan baik
berbudi bahasa, terperinci sungguh explaination dia
aku rasa baru 30 tahun kot





semangat abah memang kuat, walaupun dah 78 tahun
anak-anak kuat sebab abah sangat kuat


semoga abah dan mak beroleh kesihatan yang baik
hidup dalam lindungan dan keredhaan Illahi

AMIN


2 comments:

  1. alhamdulillah selamat suda, semoga terus sihat!

    ReplyDelete
  2. Syukur . Harap2 semuanya dah settle

    ReplyDelete