Friday, 12 April 2013

Liku-Liku Kehidupan



Assalamualaikum ... happy friday
Boleh la landing lama sikit kat atas katil, golek-golek tanpa arah tujuan

Aku suka jugak baca forum/group berkenaan kekeluargaan. Yang post pasal politik, sorry.... mak tak minat
Mak delete terus

Ni salah satu post dalam group yang aku join, yang menyentuh kalbu ,... sedih pilu di dalam hatiku. Sayu pilu mengenangkan.

Sila la baca dan dalami. Disebabkan aku tersentuh maka aku pun bagi la sikit komen,,,semoga si ibu kembali berfikir sedalam-dalamnya

Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui,  setiap anak ada rezeki masing-masing. Sedih betul kalau anak yang kita tatap tiap-tiap hari tu dihantar ke rumah kebajikan. Anak-anak yang biasa bermanja dengan mak dah tak dapat kasih sayang

uwaaaaaaaaaaaaaaaa.... mak tak sanggup


untuk pengetahuan, anak-anak dia umur 5,4,3 tahun. Berendam airmata la kalau anak-anak kecil ni hilang ibunya. Mohon dijauhkan



Subject: MINTA NASIHAT : Tidak mampu menyara anak ... apa harus saya buat ?

Assalamualaikum
Saya in berasal dari ipoh berumur 26 tahun. Sya mempunyai 3 org anak. Saya dah telah lama berpisah dengan suami. Ketiga tiga anak ada dengan sya. Saya menanggung mereka hanya dengan gaji sebanyak 870 sebulan.. Sya ada keluarga tapi jauh sekali hendak menolong. Malah tiada siapa mengambil tahu tentang kami.. Hanya mencari kami bila mereka perlukan bayaran hutang mereka. Makin lama saya makin tertekan. Saya tak taw macam mana dengan menghadapi perkara ini sorang sorang. Apa kah sya perlu lakukan? Patutkah sya menghantar anak anak sya ke badan kebajikan masyarakat kerana saya tidak mampu menanggung mereka??
Terima kasih
Sent from my BlackBerry(r) wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


____________________________________

Pasti ada jalan penyelesaian lain.

Kesian anak-anak yang hilang kasih sayang seorang ibu. Anak-anak adalah harta kita yang tak ada tolok bandingnya.

Berdasarkan pengalaman adik yang bekerja sbg guru di rumah kebajikan masyarakat, banyak yang kurang indah. Sedih bila tiap kali dia bercerita. Pengalaman pada masa kecil boleh mempengaruhi diri.

Regards,
Ida


_____________________________________

betul tu. saya adalah salah seorang yang tidak membesar dengan parents. Banyak kisah pahit dr kisah manis. saya nasihatkan puan agar puan jagalah anak2 puan sendiri. betul kata Ida, pengalaman masa kecil akan mempengaruhi peribadi sesorang. antara kesan buruknya anak akan hilang keyakinan diri (merasa rendah diri yang terlampau), kurang bercakap, menyendiri dan suka memendam perasaan.



No comments:

Post a Comment