Monday 13 January 2014

Kek Lori


Azab betul rasanya

Kat tab tak bole update, kat laptop pun tak boleh jugak. Tu yang hai je dari hari tu

berjaya jugak aku godek-godek. Bijak jugak le aku nampaknya....kalau aku cerita lagi detail kang terserlah pulak bevodohan aku. Korang semua kan pandai IT, aku jugak yang sepi



Sebijik kek lori dari jiran lama khas untuk cucu dia yang minat lori. Hebat....lori pun ada peminat



Aku cadang nak start bakar kek jumaat malam. Tak de le kelam kabut pagi sabtu. Mana nak mengemas, nak lepak, nak nyanyi nyanyi sambil basuh pinggan

nak dijadikan cerita sedih...ada banyak problem kat opis. Dah pukul 6 aku cakap kat boss, nak balik ambil anak2 kat sekolah, lepas tu aku datang balik


dinner dulu kat mcd. Kesian plak nanti anak2 kebulur. Dekat pukul 12 malam baru sampai rumah. Dasyat sungguh, kagum dengan diri sendiri

jadiknya ... sabtu jugak le membaking choc moist



Dah siap sebijik lori untuk irfan. Mari kita tangkap gambar pulak

cit sungguh ... tekan punat tapi gambar tak keluar. Masya allah, memory card kat opis pulak

sedih tau ... tangkap je la dengan tab



Tu yang gambar tak outstanding

Jadik laa




Tq kak jah...kak jah dah sebaya mak aku tapi aku panggil kak je, biar dia perasan muda


Walaupun dah pindah, kami tetap kamceng. Dengan anak menantu, dengan adik beradik, anak sedara dia aku dah tak de masalah. Semua pun dah macam sedara aku jugak


kami salig sayang menyayang

:)



2 comments: