Monday 29 September 2014

Biskut Coklat Chip Rangup



tak sabar nak balik kampung jumaat ni, huhuhu
mak sama naik dengan anak-anak tapi mak tak de le tunjuk sangat, kang takut tampo dek laki

macamana sambutan hari raya haji korang??... 
biasa-biasa atau luar biasa??

kampung kak ton kat kuala kangsar nun... suasana macam hari raya aidilfitri jugak la tapi tak de le sampai bagi duit raya. kitorang masih lagi berjalan rumah sedara mara, masih lagi buat rendang ketupat n biskut raya

i like... tak macam kat kampung mertua. tak de suasana raya langsung. pakai baju kurung pun orang pandang macam kita bogel kat tepi pantai. padahal kita divaaaaaa walau di mana saja

dah siapkan bekalan biskut untuk mak. korang tau,,, minggu lepas dari tengahari bawak ke tengah malam kat ton terpenyek kat dapur je. dari buat breakfast, lunch, makan petang, bakar kek, bakar biskut. tumit rasa nak pecah tiga tau. tapi bila tengok biskut yang bersusun.. rasa sonok. tu yang kak ton lompat bintang 15 kali tanpa henti



resepi ni dah lama kak ton simpan, daripada 30/6/2010. baru sekarang nak buat. hebat kan tempoh penyimpanan tu. kalau duit, dah lama kak ton jadi orang kaya

minta halal pada tuan punya

kat situ kak ton letak kak liza punya. minta ampun kak liza, kak ton dah buat 2 adunan ye. sedap weh





Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung biskut ] 
20 g serbuk koko     ]  ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang  [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan  kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara






6 comments:

  1. Salam ziarah :)

    Saya dah follow anda..harap sudi follow blog saya pula ya.. =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ada byk lagi resepi yg berunsur sejarah. nampak sgt malas

      Delete
  3. mudahnya, insya allah jika rajin kita wat, minta izin ambil resepi erkk...

    ReplyDelete