Monday 8 September 2014

Erti Sebuah Kesusahan



assalamualaikum kawan-kawan

pagi isnin ni kak ton rasa segar je sebab esok dan lusa kak ton cuti
huhuhuhu, jangan jealous ye. walaupun cuti, sebab percutian adalah kerna menjadi supir untuk anak. jadi tak de le boleh relax-relax goyan kaki sangat kan

hokay, ni kak ton nak luahkan perasaan sikit


rasanya dah 3-4 minggu kot kak ton hantar anak-anak pergi sekolah. selalunya en. suami yang hantar tapi atas sebab-sebab peribadi, kak ton ambil alih tugas tu

bila dah hantar anak, kena keluar pagi sikit la dari rumah. pukul 6.50 paling lewat kami dah bergerak keluar. sebabnya sekolah diorang ni melawan arus kak ton nak bergi kerja. nak keluar simpang pun ramai yang gunakan konsep terkemut-kemut. kak ton tak suka sampai office lebih dari pukul 8 jadi anak-anak kena la berkorban sikit supaya tak dengar suara petir ibu diorang

redho je la kan


kebanyakan hari, kak ton nampak dua beradik ni jalan kaki ke sekolah. sorang tu darjah enam, sorang tu mungkin darjah dua kot. dengan adik yang beg beratnya, dengan gelapnya lagi

sedih tau kak ton tengok

niat nak berenti dan tumpangkan diorang selalu je terbantut. memula tu angah tak bagi, sebab tu sekelas dengan dia. takut dia rasa malu. lepas-lepas tu keadaan untuk kak ton berhenti tak mengizinkan

ko giler.... 
tiba-tiba nak berenti kat simpang. kang naya je kena lempang dengan orang lain

tapi sungguh kak ton kesian

bukan sebab mak pak tak mampu tapi sebab paknya malas nak hantar. selalu lepas hantar diorang kat sekolah, kak ton jumpa bapak eh kat gerai kuih. mak eh bukak gerai kuih jadi bapak eh tolong lepak kat situ

lepak sambil order teh dari kedai sebelah. hangin tak ko rasa?????.... anak tu berjalan kaki le pepagi buta pegi sekolah, ko senang lenang layan teh. bukan tak de motor nak bergerak, saja jenis malas kak ton rasa

bukan kak ton tak tau rumah dia, astro ada semua pun ada. tak kesian ke dengan anak tu weh????? 

ko pun bukannya kerja. dok berlonggok je kat kedai tu


satu lagi ni senario kat kampung suami. tempat adalah dirahsiakan demi menjaga status penduduk kampung

ramai je yang kak ton tengok tak pentingkan pendidikan anak-anak. kalau nak pergi sekolah, pergi le. kalau tak pergi sekolah lega bapak rasa sebab boleh tolong kerja-kerja kampung. ko mampu anak darjah 5 tolong bapak cari umpan untuk buat mancing. kawan-kawan nun tengah belajar english ke hapa ntah kat sekolah


yang kak ton tak ble tahan, tiap-tiap rumah pun ada kuali astro. susah le sangat kan kehidupan tu

anak-anak tu le harta kita tau. kalau diorang berjaya nanti, boleh la jugak kita menumpang senang. paling tidak pun tumpang gembira dengan kejayaan diorang. tak rasa bangga ke kita... kita belajar tak tinggi tapi anak masuk uni. nangis ko bila anak tu ngambil ijazah

mode sedih tak mampu terima kenyataan



4 comments:

  1. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi isnin :)

    ReplyDelete
  2. sy kecewa bab yg ayh melepak tp anak bjln kaki bwk beg berat..ape lah mslh ayah budak tu ye? ish3...

    ReplyDelete