Monday 29 April 2013

Bateri Handphone



Sapa ada handphone sila angkat tangan

Sapa tak de handphone sila pergi ke cermin, tengok muka sendiri dan menangis

pernah tak korang tengah on the phone, tiba-tiba dengar "tung tung" dari speaker. Bunyi yang nak bagitau bahawa bateri phone adalah low dan boleh mati bila-bila masa je

bila dengar bunyi tu, berlintang pukang la kita pergi cari charger

meh aku nak kongsi tips yang aku jumpa kat yahoo baru-baru ni. tips berguna untuk kita semua




  • Nyah-aktifkan radio yang anda tidak guna
    • Untuk pengetahuan anda, radio yang digunakan oleh telefon anda adalah di antara penyumbang utama kenapa bateri anda cepat habis – dan radio yang kami maksudkan di sini bukan radio FM. Jika anda tidak menggunakannya, anda boleh tutup radio 3G, Bluetooth dan WiFi anda untuk menjimatkan bateri di dalam telefon anda. Selalunya pilihan ini diakses daripada seting anda.  Juga, tutup aplikasi yang menggunakan GPS anda – walaupun anda tidak menggunakannya secara aktif, di latar belakang GPS anda masih digunakan oleh aplikasi tersebut, dan ianya memakan bateri anda

  • Kurangkan tahap kecerahan skrin anda
    • Selain dari radio, skrin adalah bahagian yang paling banyak memakan kuasa bateri anda. Kami cadangkan untuk meletakkan tahap kecerahan skrin anda ke 50% dari maksimum. Anda juga boleh mengaktifkan mod skrin automatik – di mana telefon anda boleh menaikkan atau mengurangkan tahap kecerahan dengan automatik. Anda juga boleh menggunakan gambar latar belakang yang berwarna gelap – ini juga dapat mengurangkan penggunaan bateri oleh skrin anda. Bagi pengguna Android – jangan guna gambar latar belakang ‘live’ – itu memang akan mengurangkan jangkahayat bateri anda dengan cepat!

  • Tutup aplikasi yang anda tidak guna
    • Android dan iOS mempunyai pengurusan memori yang agak bagus, jadi aplikasi akan tetap berjalan walaupun ada banyak yang dibuka di latar belakang. Walau bagaimanapun anda patut menutup aplikasi yang tidak digunakan jika terdapat lebih dari 10 yang berjalan di latar belakang telefon anda. Jangan lupa juga tutup ‘widget’ yang anda tak perlukan – ia pun makan bateri anda.

  • Tutup ataupun kurangkan kekerapan notifikasi telefon anda
    • Notifikasi yang anda terima di telefon anda memang berfaedah – email baru, twitter baru, ataupun aplikasi yang inginkan perhatian dari anda, ianya akan menghantar notifikasi kepada anda. Namun demikian notifikasi-notifikasi ini masih memakan bateri – lebih-lebih lagi kalau ianya jenis yang datang bertubi-tubi ke telefon anda. Untuk memanjangkan masa bateri anda – tutup sahaja notifikasi yang anda tak perlukan.

  • Beli pek bateri tambahan
    • Ini tip penting – beli bateri tambahan untuk kegunaan anda. Malang bagi pengguna zaman sekarang – telefon tidak mempunyai masa bertahan yang panjang, seperti model-model lama. Jadi, memiliki bateri tambahan adalah penting. Di pasaran kini terdapat banyak model yang anda boleh pilih untuk dijadikan sebagai bateri pilihan anda.


sila godek telefon anda sekarang jugak


1 comment:

  1. Kak..
    Ade hp.
    Tp nk g cermin gak nanes sebab baca artikel ni. Boleh?

    Hahahahaahah~
    Smart phone skrg mmg cepat habes battery klau slalu online.
    Hazab betei.

    ReplyDelete