kuetiaw dah dua tiga hari terperam dalam peti ais
semalam kata nak jimat kan?...
mari kita pikir apa nak dibuat dengan kuetiaw tu sebelum tong sampah kenyang
apa kes pulak kita yang keluar duit dia sedap-sedap makan. kot kalau ada share ok le jugak
maka,,, terpikir le nak buat fish ball kuetiaw soup. en suami pun kata tak de selera nak makan nasi. ok la tu, kuetiaw pun karbo. boleh mengenyang akka menggemukkan
best fren kakak pernah bagitau macamana dia buat sup cendawan yang sedap meletop-letop. tapi kak sara tu masak air kosong pun sedap, tangan menjadik je
aku nak buat macam tu je le
Bahan-bahan
50 gram ikan bilis
6 ulas bawang putih - diketuk
3 cili padi - ketuk
6 cawan air
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 paket fishball brand mushroom
4 keping tauhu kering
2 pokok sawi
garam
1 paket kuetiaw
bawang goreng, daun bawang untuk hiasan
4 biji cili padi
2 sudu kicap cair
Cara-cara
rebus ikan bilis dengan air selama 15 minit. keluarkan ikan bilis, ambil airnya saja
tumis bawang putih sampai kuning. masukkan air rebusan ikan bilis tadi dan kiub ikan bilis
bila dah mendidih, masukkan cili padi, sawi, fishball dan tauhu kering. perasakan dengan garam
masukkan kuah sup dalam kuetiaw, hias dengan bawang goreng dan daun bawang
campur potongan cili padi dan kicap cair untuk yang suka pedas
fuh .... rasa menepati tekak
2 malam berturut-turut makan kuetiaw sup je
dah gitu permintaan ramai. konon sedap giler le aku masak
dalam banyak-banyak brand fish ball, aku prefer brand mushroom. lembut je walaupun lepas masak
tak caya???
cuba le, memang jelas bezanya. laki aku pun pandai, mesti dia cari brand cendawan. bukan fish ball je, dia ada banyak lagi keluaran
khidmat masyarakat ini dibawakan oleh diri sendiri
salam jumaat
ReplyDeletesinggah pagi
w'salam
ReplyDeleteSalam kak Ida.
ReplyDeleteSama la family saya pun makan macam gini ja malam-malam. Semuanya bersup, makan dengan maggi, kuey teow, bihun, mee. Selain nak elak carbo, menu macam ni very the cost saving hehe :p
Best blog akak, banyak betul resepi :D
wsalam. ok la kan klu dinner yang simple. akak jarang masak macam ni, suami n anak bongsun pemakan nasik yang tegar
ReplyDelete