Thursday, 13 February 2014

Jom Berjimat-Cermat



Sapa yang tak perasan tentang keadaan ekonomi sekarang?.. 

nilai duit dah semakin kecik, bawa 50 engget pergi pasar memang tak cukup. kecuali le korang beli 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 ekor ikan selar kuning, 1 pokok sawi

mesti semua pun perasan kan?... 

kalau pegi shopping complex jangan cerita le. kalau setakat dalam wallet ada tiga puluh engget je, lebih baik duduk rumah. hadap je apa yang ada depan mata

kat kampung tu aku rasa ok la sikit, less shopping complex, boleh bercucuk tanam lebih. kalau duk pekan, cuma boleh tanam dalam pasu, keluar je sikit dari rumah duit pun mengalir

apa kata kita buat sikit research... macamana nak control. untuk faedah kita semua jugak. aku ada fikirkan few tips yang boleh kita try


cabut plug dari suis kalau kita tak gunakan barang lektrik.

yang ni memang aku dah praktikkan sejak few months back, memang nampak perubahan yang memberangsangkan

 bangun je pagi terus cabut plug air-cond, terus pegi ke satu bilik yang memang kami pasangkan lampunya atas sebab-sebab keselamatan

kat dapur pun macam tu. sekarang susah le nak nampak plug radio, blender dan washing mashine melekat kat suis kalau tak guna. plug tivi pun macam tu. along pun dah ikut style aku, adik-adik dia je aku kena brush dengan berus dawai





jangan biarkan roti dan susu sampai expired

buat la puding roti ke, roti sosej (boleh simpan dalam freezer kalau tak nak goreng lagi), roti tu boleh buat croutons, susu tu paling cikai terus je campur dengan milo




rajin-rajin le buat lawatan dalam peti ais. buat lawatan yek, bukan duk kat dalam. especially sebelum pegi pasar

mungkin kita terlepas pandang apa yang tinggal kat dalam, kat celah. sayur ada banyak lagi tapi korang dah beli stok yang lain. sudahnya stok yang lama tu masuk dalam tong sampah




kurangkan penggunaan tisu dapur

bukan tak boleh tapi kurangkan, tengok pada keadaan. takkan nak serap minyak hasil gorengan dengan tuala kan?... reasonable la sikit

ada kalanya guna tuala kecil lebih berkesan. paling hebat dapat selamatkan alam sekitar




refinance rumah

kadang-kadang kita dapat berjimat dengan refinance. tak semestinya dalam bentuk rm, ada jugak dalam bentuk tahun pembayaran semula

yang ni pun aku setuju. dulu aku beli rumah kat puchong dengan rate yang kebaboom. kalau refinance, tanpa ambil satu sen pun untung, aku boleh jimat jumpah tahun pembayaran. installment masih sama cuma jangka masa tu pendek

dengan syaratttttt....... korang tak refinance dengan niat untuk dapat duit. no penjimatan langsung yek




plan menu untuk seminggu

kenapa aku kata boleh jimat?... kalau la kita beli ikan merah sekilo, ayam sekor (semua tahan untuk 2 kali masak), 4 biji tomato, 2 biji carrot. hari isnin kita boleh masak kari, selasa ayam masak kicap, rabu boleh masak lemak, khamis sup ayam

jadi semua bahan basah yang kita beli berjaya digunakan dengan semaksima mungkin




bayar dengan cash sahaja

bila ada kredit kad, kita terdorong untuk berbelanja lebih. yo la... kredit kad tu umpama syaiton, menghasut kita untuk spend apa yang tak perlu

kalau kita ada cash saja, kita akan beli ikut apa yang kita ada, selamat dari sebarang benda yang tak perlu

refer kat sini untuk cara aku manage 




tanam apa yang patut

daun kunyit, serai, daun kari, daun pandan boleh je kita tanam sendiri

"i duk kat apartment, tak de tanah"

pernah nampak benda yang dipanggil pasu tak?... boleh je tanam dalam pasu. tak do masalah langsung. aku pun tanam dalam pasu, letak kat belakang bila nak guna, petik je

bila nak guna tapi tak de, rasa sakit hati jugak. kena start enjin kereta, pegi kedai. dah pegi kedai, start la nak beli air gas la, gula-gula la

ala,,, berapa sangat la boleh jimat. tak kira, jangan jadikan benda tu satu alasan

usaha tangga kejayaan

apa lagi.... weekend ni boleh start tanam 



6 comments:

  1. Salam..entry yang bgus.. =)
    bab cabut plug dari suis tu,mngkin rmai yang tak thu..
    sy dlu pn ingt klau dh ttup plug tak pyh la nk cbut..
    skrang mmg praktikkan,kne cbut kalu tak guna..

    http://ayuzulkifle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ayu .... akak pun pikir macam tu dulu

    ReplyDelete
  3. umah xde balkoni la..nak ltk pasu kat mn.huhu...tp mmg pn duit rm50 skrg mcm dh nilai rm1..g pasar mmg xcukup.huhu..sedey....plug tu sy skrg tgh slow2 praktik.tp plug tv mmg xcabut sbb terkepit dgn rak tv.susah nak bukak pasang.huhu....

    ReplyDelete
  4. perasan jugak. rm50 dh cm 50sen jee laa ni

    ReplyDelete