Monday, 24 February 2014

Hati Manusia



sekarang kita dalam rancangan primadara...

topik pagi ni adalah "hati manusia". ni kenyataan idup ye, bukan feeling-feeling gadis jelita


aku kan part-time buat kek, cupcake dan sebagainya. salah satu medium kita di zaman moden ni mesti le fb. aku tak nafikan dapat ramai jugak customer melalui fb, blog pun begitu jua

jadi..... 
mesti le aku upload gambar kan?... baru le orang nampak hasil kerja tangan aku. takkan update status je yang aku ni buat itu ini tapi bukti penyiaran langsung tak de

bukan setiap masa pun aku upload. ada gambar aku tunjuk, kalau tak de gambar aku jadi batu le. lagipun order yang gambarnya sama je macam cream puff, plain cupcake tak de le aku nunjuk. dah sama je rupanya kan


terkesima aku kejap bila ada yang kata aku berlagak. berlagak ke tu?... gambar kek je pun

lain le aku tunjuk gambar aku duk dalam timbunan duit kertas rm50, tabur duit kat pengunjung pasar malam belakang rumah ni ke

tu baru aku rasa berlagak


satu lagi.... aku tunjuk gambar birthday iwan dalam fb pun dikatanya berlagak

wahai anda... jangan le begitu. celebrate birthday anak je pun. bukannya gah giler pun. tiramisu, nasik impit, mee sup pun katanya aku berlagak. gambar along tangkap gambar iwan guna tab pun kata berlagak

iwan tu anak aku tau. birthday dia setahun sekali. semua anak pun aku buat benda yang sama, tak lebih tak kurang. kalau rajin aku panggil jirang tetangga, kalau tak rajin kami anak beranak je celebrate. tu je kelainannya


memang rasa sedih tapi mulut tak terkata nak reply balik kata-kata tu


birthday iwan tu hanyalah kegembiraan aku... kek tu adalah rezeki Allah untuk kami sekeluarga 



3 comments:

  1. alah kak...relakslah. Kita nak business itu cara kita promote. Salah satu channel kita guna dan berkesan social network ,FB..the power of FB memang tak dpt dipertikai. Even barang ada nama pun guna FB untuk promote brg. Mungkin terterbit rasa cemburu sebab skills nak buat kek bukan senang. In future block je nama dia dalam restrict ada dalam setting fb tu.

    ReplyDelete
  2. tak de hal... memang tengan relax. dah paham sangat lumrah manusia

    ReplyDelete