Sunday, 2 February 2014

Saya adalah makcik senah



Sekarang tengah lepak depan tivi je

Makcik-makcik sangat tau...pukul 10 dah siap masak untuk lunch. Masak simple je pun tapi makcik tetap happy. Dapat isi perut suami n anak-anak dengan air tangan sendiri

Tapi makcik tau... kejap lagi anak-anak mesti berkicau ajak jalan-jalan. Lepas tu ajak pulak makan air tangan orang lain

Makcik pun setuju dengan idea anak-anak ajak keluar tapi bila balik mesti nyesal. Rm membazir tanpa arah tujuan

Hish...sekarang ni duit dah kecik nilainya

Sekali pegi pasar bukan cukup 100, tu belum lagi barang kering. Barang untuk minum petang, untuk breakfast. Tapi masih jimat masak sendiri dari makan kat kedai. Tu yang sebolehnya nak masak

Menteri kewangan macam ni le, semua benda kena pikir, kena buat bajet sendiri. Kalau tak, ke laut le jawabnya belanja



Ok le kengkawan semia, makcik senah nak kopek ikan bilis kejap. Makcik tak suka ikan bilis yang dah siap kopek, keras rasa dia

Terpaksa korbankan kuku demi keluarga



2 comments:

  1. amboi makcik senah!
    nanti buat la manicure ye!

    ReplyDelete
  2. Manicure?... guna kertas pasir je

    ReplyDelete