sapa yang terbabit macam aku dengan cerita ni sila angkat tangan
seriously memang aku tak suka sangat tengok tivi kecuali rancangan masak dan deko. makcik-makcik sangat kan?.. tapi tu le kenyataannya
disebabkan aku selalu sangat tengok rancangan masak, en suami pun terjebak sekali. comei je aku rasa bila dia tengok jamie oliver masak, lepas tu bagi komen
anak-anak pun kalau nampak cake boss sure diorang jerit-jerit panggil aku
tapi ....
dengan cerita bukan kerna aku tak cinta ni terpaksa surrender. best sangat aku rasa
dulu ada gak aku jeling-jeling cerita macam ni. anak dara duk bising dengan abang adik nak tengok drama favourite dia. terpaksa jadik pengadil, sempat jugak aku bersila tumpang sekaki tapi napsu seronok tu tak de langsung
ngantuk ada le
biar le orang kata hero hensem giler,, heroin cantik melampaui batas. tetap aku tak de selera
tapi cerita ni memang sweet
dulu tengok sharnaaz ahmad aku rasa nyampah. cerita juvana, baru-baru ni ada cerita hantu apa ntah. ganas je aku nampak, tak sesuai langsung dengan kelembutan aku. huhuhuhuhu... nak muntah le tu
cerita sekarang pun dia ganas tapi bila gabungkan dengan si cantik nelydia tu, terus match
nice combination...jebat keras, mastura pulak manja
korang tau
tiap isnin sampai rabu mesti kami berlima menekun depan tivi. bapak, mak, 3 orang anak
habis jadual aku jadi celaru sebab jebat mastura ni. sepatutnya pukul 9 aku dah perembatkan anak-anak naik atas. sekarang pukul 10.30 baru nak mendaki tangga. aku rasa paling cepat pun pukul 11 baru anak-anak terlelap. aku pulak bangsa mata kalau lepas pukul 10 susah nak tido
terkebil-kebil le ada dalam gelap sesorang diri
pada yang tak tengok, meh nak story sikit pasal cerita ni
jebat tu dulu masa kecil pakcik dia yang samseng jaga dia. of course la dia pun jadik samseng jugak. bila dah besar, dia join abang dia buat kerja kampung, konon insap la
jebat kerja dengan abang ipar mastura, jaga kolam ikan, bersihkan itu ini. dia behave la, semua orang pun suka. mastura pun mengeletek nakkan jebat. dia tak tau kisah silam jebat, jebat pun ada tatu kumpulan kongsi gelap dia
cara dua-dua tu yang bikin comel. mastura memang pandai sungguh, tackle orang yang tak sudi. perigi carik timba, masalahnya teruk betul gaya perigi tu
boleh je mastura cium-cium jaket jebat, isap jari dia. lawak lawak.. kena sungguh gaya dia
sekarang diorang dah kawin... cabaran bakal bermula
sebagai juri tetap......
aku bagi seploh bintang untuk cerita ni
opismet sy hari2 dok sebut abang jebat abang jebat... esiii
ReplyDeleteJadik bualan ye
ReplyDeleteooo besh yer..?? sekarang takde cerite besh nak layan selain ariana rose..boleh ar layan cerite ni gak kot..huhu
ReplyDeleteselalunya MET tak suka tengok drama yang diadaptasi dari novel sebab yang kita bayangkan heronya berperwatakan lain, yang keluar pula lain.
ReplyDeleteMungkin juga kombinasi dua pelakon tersebut serasi.
Aty ... episod awal lagi seronok, operasi mengorat le katakan
ReplyDeletemak ieteng ... memang menjadik 2 pelakon ni
ReplyDelete