Thursday 6 February 2014

Jebat vs Mastura



sapa yang terbabit macam aku dengan cerita ni sila angkat tangan

seriously memang aku tak suka sangat tengok tivi kecuali rancangan masak dan deko. makcik-makcik sangat kan?.. tapi tu le kenyataannya

disebabkan aku selalu sangat tengok rancangan masak, en suami pun terjebak sekali. comei je aku rasa bila dia tengok jamie oliver masak, lepas tu bagi komen

anak-anak pun kalau nampak cake boss sure diorang jerit-jerit panggil aku

tapi .... 
dengan cerita bukan kerna aku tak cinta ni terpaksa surrender. best sangat aku rasa




dulu ada gak aku jeling-jeling cerita macam ni. anak dara duk bising dengan abang adik nak tengok drama favourite dia. terpaksa jadik pengadil, sempat jugak aku bersila tumpang sekaki tapi napsu seronok tu tak de langsung

ngantuk ada le

biar le orang kata hero hensem giler,, heroin cantik melampaui batas. tetap aku tak de selera


tapi cerita ni memang sweet

dulu tengok sharnaaz ahmad aku rasa nyampah. cerita juvana, baru-baru ni ada cerita hantu apa ntah. ganas je aku nampak, tak sesuai langsung dengan kelembutan aku. huhuhuhuhu... nak muntah le tu

cerita sekarang pun dia ganas tapi bila gabungkan dengan si cantik nelydia tu, terus match

nice combination...jebat keras, mastura pulak manja




korang tau


tiap isnin sampai rabu mesti kami berlima menekun depan tivi. bapak, mak, 3 orang anak

habis jadual aku jadi celaru sebab jebat mastura ni. sepatutnya pukul 9 aku dah perembatkan anak-anak naik atas. sekarang pukul 10.30 baru nak mendaki tangga. aku rasa paling cepat pun pukul 11 baru anak-anak terlelap. aku pulak bangsa mata kalau lepas pukul 10 susah nak tido

terkebil-kebil le ada dalam gelap sesorang diri


pada yang tak tengok, meh nak story sikit pasal cerita ni

jebat tu dulu masa kecil pakcik dia yang samseng jaga dia. of course la dia pun jadik samseng jugak. bila dah besar, dia join abang dia buat kerja kampung, konon insap la

jebat kerja dengan abang ipar mastura, jaga kolam ikan, bersihkan itu ini. dia behave la, semua orang pun suka. mastura pun mengeletek nakkan jebat. dia tak tau kisah silam jebat, jebat pun ada tatu kumpulan kongsi gelap dia

cara dua-dua tu yang bikin comel. mastura memang pandai sungguh, tackle orang yang tak sudi. perigi carik timba, masalahnya teruk betul gaya perigi tu

boleh je mastura cium-cium jaket jebat, isap jari dia. lawak lawak.. kena sungguh gaya dia

sekarang diorang dah kawin... cabaran bakal bermula


sebagai juri tetap...... 
aku bagi seploh bintang untuk cerita ni



6 comments:

  1. opismet sy hari2 dok sebut abang jebat abang jebat... esiii

    ReplyDelete
  2. ooo besh yer..?? sekarang takde cerite besh nak layan selain ariana rose..boleh ar layan cerite ni gak kot..huhu

    ReplyDelete
  3. selalunya MET tak suka tengok drama yang diadaptasi dari novel sebab yang kita bayangkan heronya berperwatakan lain, yang keluar pula lain.

    Mungkin juga kombinasi dua pelakon tersebut serasi.

    ReplyDelete
  4. Aty ... episod awal lagi seronok, operasi mengorat le katakan

    ReplyDelete
  5. mak ieteng ... memang menjadik 2 pelakon ni

    ReplyDelete