Monday 28 April 2014

Apothecary Jars



ewah ewah kak ton.... gaya inggeris nampaknya hari ni

lepas penat pikir pasal air kena catu di hujung minggu, rasa nak pergi ke tahap international sikit

tau tak apa bendanya apothecary jar???... nak cerita lebih-lebih takut salah pulak tapi gambar dah menjelaskan segalanya

bekas kaca cantik ni la dia, siap dengan kaki slim macam model. kaki kak ton tak boleh disamakan sebab ia adalah gajah dan badak

kak ton memang suka dengan bekas ni. kalau le kak ton duk kat australia ataupun amerika, mesti kak ton borong jar ni. jangankan untuk candy, bawang pun kak ton bakal tempatkan dalam jar ni

harga sebiji bekas ni hebat jugak tau. mari le kita lap peluh kalau nak beli banyak sekaligus

tapi... demi candy buffet yang menawan, kak ton redho sambil urut dada... urut dada sambil lompat bintang... lompat bintang sambil pakai bikini

terbaek kan???

dengan ini jugak kak ton umumkan bahawa bekas-bekas ni bakal kak ton sewakan pada yang berminat

suka tak??




ini.....



ini juga...


ini jugak...



ini lagi...

bekas tak sama tinggi ye, maka cantik la meja candy korang nanti. ada yang tinggi, ada yang rendah. mesti tetamu berdebar-debar masa melangkah ke meja



bapak kepada wine glass ni pun ada

pilih mana yang berkenan, pada harga yang kebaboom
korang boleh lompat bintang dengan kak ton


bulan ramadhan dah nak menjelma, selain memperbanyakkan amalan, boleh le plan untuk majlis di syawal nanti

ye dok???...
:)




bekas-bekas ni kak ton suka sangat, suka sangant... nak letak tepung. macam dalam rancangan memasak omputeh tu kalau korang tengok semua pakai bekas clear macam ni. nampak menawan dan mengghairahkan

sempena hari jadi kak ton bulan ogos nanti, kalau apa sapa-sapa yang berniat nak bagi hadiah, korang hadiahkan je bekas-bekas macam ni. sorang sebijik pun tak pe. kak ton terima je dengan hati terbuka

kalau korang rasa tak boleh tunggu bulan ogos, nak bagi sekarang pun tak de masalah

kerjasama dan tindakan segera anda amat dialu-alukan



8 comments:

  1. Kak Ton, mana Kak Mon? Cuti ke? Dia sihat? Rindu kat dia.


    Kak Ton, wah inter na si yo nal betul la kau ni. Gerun aku nak baca entry tu tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia MC la, malas keje

      tau pun gerun, tu baru cakap sikit je

      Delete
  2. memang cantik2 lah bekas2 ni.
    wine glass tu letak gula2 pun cantik juga,
    suruh bagi hadiah kat akak sekali erp :)

    ReplyDelete
  3. Mne nk cari ye jar cmni kak ton? Puas mencari.. Nggeeeee😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ton cari kat byk tempat. terjumpa je kak ton beli ikut rm yg ada dlm purse

      Delete