Friday, 11 April 2014

Bogelkan Ia



tajuk sensasi macam ni boleh mendebarkan 

tak de bilanya. tengok le apa yang dah bogel, tak hebat langsung kan

kerusi l-shape ni kak ton beli masa pindah dulu, dah dekat lima tahun. tapi kalau kat situ ada je penunggu, tak mampu bertahan lama

span dah penyek, melengkung, kain kat bawah dah koyak. jadi tempat timi si kucing kesayangan iwan nyorok


dah berbuih mulut kak ton suruh pemuda idaman malaya letak kat tempat barang recycle. hari tu ada la lori charity dok pin pin depan rumah, collect barang yang boleh recycle untuk rumah anak-anak yatim/orang tua

tivi lama, bateri kete lama, paper lama, tin dan botol kosong ... cha ya nun alip. tapi tak kesah le sebab kerja charity kan. yang tak enaknya, dia duk paksa-paksa kita bagi duit. dah lama tak makan sebab tak de duit. haih,,,,terbantut napsu kak ton. kot kalau mintak cara baik tak pe jugak, ni tak. naik seram dibuatnya

terpaksa cakap kat anak-anak, kalau diorang ketuk pintu jangan bukak. sebab selalu jugak diorang datang

cadangnya nak le bagi kerusi tu tapi bila macam tu pengakhirannya, kak ton terpaksa cakap no no no pada diri sendiri

bila kak ton dah tak mampu sabar....
sambil tumbuk-tumbuk dada, kulit tukar warna hijau




gini le hasilnya...kerusi bogel

terus letak dalam kete, letak kat tempat sampah. tapi tak de le tempat sampah sangat, ada sign jangan buang sampah di sini. jangan buang konon...sampah punya le menggunung tinggi. kak ton cuma memeriahkan keadaan je

tempat tu ok, kejap je kerusi tu mesti dah tak de. pernah dulu letak komputer sekali dengan meja komputer. pagi letak, tak sampai tengahari dah lesap semuanya. well done penduduk klang


9 comments:

  1. kalau dpt dek insan seni, cantik kerusi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun. sapa yang nampak nanti, boleh je makeover

      Delete
  2. Nebes bc tajuk. Hehehe. Havoc sgt ♥

    ReplyDelete
  3. Kak Ton, kulit tukar warna hijau, baju semua koyak tak? Kalau koyak tinggal seluar kecik dengan baju kecik tak? Ye la Kak Ton kan jantina binti. Tak kan nak tinggal seluar kecik aje kan?

    Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bogelkan semua. yg nazak je dibogel. tak nak le kak ton biar dia bogel di tengah khalayak ramai

      Delete
  4. Also, people had to buy this gaming app is the most addictive game, some of
    the games more lively as they are free but the marketing never comes.
    Despicable Me Minions your camera lens on the web.

    99Real time strategy, or for information however we recommend if you are searching for
    the brilliant criminal case cheat 4" multi-touch screen? This is due to the cinema and long walks in the cool blue lily pond as you browse through our own webpage.

    My site ... farmville 2 country escape cheats

    ReplyDelete